Masa untuk pulang ke bentuk asal
Ke bentuk paling asas tak perlu fikir panjang-panjang mahupun kompleks-kompleks
Masa untuk mengenal ibu dan bapa yang membesarkan kita
Masa untuk memberitahu mereka
Saya sayang kamu walau apa jua kelemahan kamu
Walau kamu pernah curah kata-kata tidak enak kepada ku
Aku sayang ibu dan ayah
Tidak lama lagi aku bakal menjadi kamu
Jika tidak menjadi pun tak apa
Kerana kita bakal melalui usia dewasa di mana mungkin mereka dah tiada
Persetankan ideologi masa lalu
Kembali kepada nilai-nilai murni diri
Berterima kasih kepada mereka yang membantu mu
Usah hirau apa cerita panas terhebat jiran-jiran kamu
Biar urusan mereka bukan menjadi urusan duniawimu
Pedulikan mereka pakai apa, pergi ke mana, buat apa
Tutup surat khabar, keluarkan diri daripada laman sosial
Kembali kepada keadaan yang ringkas
Sesekali pun tidak apa
Dunia yang tiada gajet mudah alih
Hanya ada kau dan dia
Dia itu siapa-siapalah yang kau senangi
Rasai pasir di hujung jari
Dengar ayam jantan berkokok mencari bini
Hidu busuk asap rokok pakcik sebelah baru hembus
Jauhkan diri segera kerana asap rokok tak baik untuk perokok pasif
Cari bunga negara
Bila kali terakhir terlihat bunga raya
Yang stereotaip warna merah lima kelopok itu
Yang sering disiar di kaca televisyen antara cerita
Sesekali kembali ke dunia ringkas ini
Tiada komplikasi tiada politik
Hanya ada kita dan dunia
Sedut bau apa?
Bau kehidupan
Masa untuk pulang ke dunia anda pula
Tapi sesekali kembali ke dunia tadi
Dunia yang mengingatkan anda kepada ringkasnya hidup kita suatu masa dulu
Smell the rose sesekali kata omputeh
Mini-ManCat Monday
12 hours ago
0 comments:
Post a Comment