Pages

Jejak kaki ke Kellie's Castle.

Hi salam,

Maka aku menjejakkan kaki ke Istana Kelly selepas selesai tugas di Ipoh minggu lepas. Seronok dapat berjalan dengan keluarga sekali-sekala. Berbekalkan GPS henpon kami mencari jalan ke Batu Gajah yang terletak 20 minit daripada bandar Ipoh.

Sebelum gi ke sana aku terfikir-fikir adakah aku akan bawa Mikael masuk dalam. Semestinya bangunan tinggal ni kan orang kaitkan dengan benda-benda halus. Namun, bila aku pikir yang ia dah jadi tempat orang berkunjung mesti la efek seram apa dah kurang. 

Maka sesampai je aku bayor - dewasa warganegara Malaysia RM4 x 3, dan pelajar sekolah menengah RM3, budak bawah 6 tahun free je. Teringat aku masa pergi temple kat Ayuthayya, Siam dulu sekali masuk RM2 hulur, kalau dah 5 temple mau rm10 bayor. So tak yah la kedekut2 sangat. Masa aku duk cite pasal pergi kuil kat Siam tu, mak aku tanya. "Nape gi masuk kuil?" Aku kate, "Dah itu je tarikan pelancong yang banyak kat sana" lawatlah.

Langit pula sangat cantik hari tu maka jeng jeng gambar I yang perfek. 




Tetiba teringin nak amek gambar melompat.


Ni fungsinya sebagai kepala katil kot? Isi frame gambar kot?


Masuk ke dalam istana mendiang Kellie ni merasa la hampir2 masuk ke istana mat salleh.
Siap ada tangga kecemasan lagi.


Of kos mengambek family portrait.


Dikatakan Kellie wujudkan influence hindu dalam istananya sebab dia berdoa pada dewa hindu ni dan dapat baby boy. Tengok kepala bermata besar itu, persis fizikal orang India mata besar.



Pemandangan dari 'Helipad', aku panggil helipad sebab bentuk atas ni bulat macam utk landing helikopter. Tapi ia untuk landing kubah menara kot.



Itu adik ipar aku.
Istana ini juga sepatutnya ada lif, yang merupakan pertama di Tanah Melayu kalo tak.


Lepas tu pergi Istana Kuning. Kena pusing keliling Istana yang sekarang baru jumpa.

Apabila jam menunjukkan pukul 6.00 petang aje kami terus bertolak balik. Fuuuuh aku tidur daripada keluar Kuala Kangsar sampai R&R, masa tu nak mandikan Mikael sebab dah masuk Istana Kellie dan dah petang pun tapi orang ramai gilerr. Habis kena bahan dengan mak aku la kan, sebab dia sajes aku mandikan Mikael kat stesen minyak sebelum tu.

Nak gi mana pulak lepas ni ya? Tercapai juga hasrat aku nak round-round Malaysia ni walaupun sambil menyelam minum air.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers