Pages

Butang oh butang : Akhirnya aku jumpa kamu.

Beading.my sebuah kedai online kraf dan bekalan kraf buat sale baru2 ni. Aku pun memborong la sebanyak mana yang mampu. Kalau korang suka charm bracelet, nak buat loom bands banyak2 ke, suka buat gelang / rantai / felt kraf boleh beli sini. So far aku puas hati la dengan service dia. Nak dijadikan cerita, dia jual barang banyak half price masa sale hari tu. Maka aku pun borong suede tipu (faux suede la haha) lace dan charms. Dalam memborong tu aku teringat yang kedai online ni ada jual banyak butang. Seplastik butang tu seberat 100 gram hanya RM4 sahaja. Maka aku ambil kesempatan borong beberapa plastik masa sale tu sebab nak tengok contoh dia. Puas hati la sebab satu pek tu campuran macam2 jenis butang. Kalau kat kedai nak kena beli sebiji dengan harga RM0.20, ni sepack ada lebih kurang 60 biji hanya RM4 aje. Anda jimat dalam RM8 gitu jika 60 butang = RM12. Nampak penekanannya di situ siap ulang harga.

Dalam aku duk menambah charm tu, baru teringat yang aku dah bertahun2 cari butang2 besar untuk jadi hiasan. Aku suka sangat butang,  sebab tu nama blog ni Kancing Itu Butang. Setelah teringat nak membeli butang tu, baru aku cantas charm2 mana yang rasa boleh borong nanti dan ganti dengan butang. Kalau beli nanti charm dia harga biasa tapi masih murah la sebab beli sekali 10 kan.

Kalau nak hias butang banyak2 atas bantal atau beg bolehla beli di sana. Butang tu boleh juga buat gam kat hair band ke, buat brooch ke, buat biji congkak ke ataupun buat mainan anak ko. Anak aku yang 3 years old tu suka betul main butang aku. Aku selalu buat aksi diversion kalau dia nak suruh aku buka plastik. Bagi dia benda2 lain yang seronok  boleh buat main. Masa kecik dulu, kalau dia nampak manik aku siap la dia kutip masuk mulut. Sekarang dia buat main2 macam susun2 ke, adakah dia mewarisi perangai aku suka benda kecik comel2?

Nanti aku update dengan gambar butang dia. Sekarang dah malam, mengantuk pula nak susun2 butang segala. Lagi pun aku nak repair seluar baby aku. Seluar pendek tu saiz untuk baby 0 sampai 6 bulan tapk anak aku pada usia 2 bulan dah tak muat. Kena tambah lagi 2 inci getah. Kesian tengok merah2 pinggang dia.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers