Pages

Masalah dalam berblogging

Menulis blog ialah hobi, sebab ia kerap dilakukan, perlu menulis selalu dan kemaskini (aku selalu tulis tapi semua dalam kotak draf) sentiasa.  Apabila rajin kemasikini maka ramai la yang baca, lama2 boleh jana pendapatan. Itu kalau tahap kerajinan dan dedikasi mantap la. Namun menulis tu kena ada teknik.

Ada orang boleh sekali duduk dan menaip sekali lalu dan di akhirnya klik butang cetak. Orang macam aku kena draf, kena berfikir kreatif dan sebab personaliti aku yang suka multitask - contoh time anak nak kena mandi la ada idea mendatang, maka masa tu la nak menulis.  Tulis dalam tekanan menghasilkan idea bernas tapi tak bernasnya ialah ia akan terjelepuk dalam kotak draf sebab bila idea dah cantik takkan tak nak cek tatabahasa dan ejaan pulakan. Sebab anak nak mandi sangat maka save as draft dulu. Nak ceknya makan sehari seengah, kalau lupa jadi la seminggu sekali update blog. Aku jaki betul kalau aku eja salah, walaupun di blog sahaja. Bahasa Jiwa Bangsa tau. Peel aku pula kadang2 rasa nak guna bahasa pasar atau campur2 malay dan english, ada masa nak english aje, dan ada masa nak melayu sahaja.

Blog aku yang suam2 kuku ni aku rajin la nak update walau sebulan sekali sebab aku tengok tiap2 bulan ada la orang jenguk. Aku skodeng (teropong) tadi ade 1642 pageviews bulan lepas, tolak pageviews aku lebih kurang 50 kali sebulan maka ada la 1590 kali org tgk blog aku. Pageviews pun jadi la kan berbanding hits. Follower pun ada la tambah sorang setiap 3 bulan. Aku tau ramai follower blog ni ada yang tak aktif lagi dah sebab nak kekal berblogging bukan senang. Ni pun banyak kali aku terfikir nak tutup je, tapi sayang sebab seronok bercerita pasal kehidupam ni,

Anyway, aku plan nak bercerita kembali pasal kraf dalam blog ini. Mungkin aku akan selitkan cara-cara membuat kraf sikit. Untuk mempelbagaikan isi blog ini. Sementara tu masa menyusukan anak.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers