Pages



Pada 4 Jun selepas Pak Lah umum minyak naik daripada RM1.92 seliter ke RM2.70 seliter rakyat Malaysia yang berkenderaan semua sibuk mengisi minyak harga rendah sebelum pukul 12.00 malam. Mulai 12.01 pagi esoknya minyak naik ke harga baru yang dianggap sangat membebankan. Di sepanjang Jalan Klang Lama tu je penuh dengan kenderaan yang beratur di stesen minyak.

Aku pun mengikut kawan aku isi minyak. Nasib baik tengah hari tu kami isi minyak RM30 sebab tangki memang dah jerit2 kata hampir kosong. Oleh itu pada malam itu isi lagi separuh je la, tapi nak beraturnya lama sangat. Kami mula beratur lebih kurang beberapa minit sebelum pukul 11 mlm. Seperti biasa ada pula yang mengambil kesempatan nak potong barisan macam dia sorang je yang nak isi minyak dan ada pula tukang marahnya. Alhamdulillah hasil sabar beratur tibalah ke pam minyak pukul 11.40 cam tu. Sekarang minyak dah turun 15 sen untuk RON97 bersamaan RM2.55 seliter.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers