Sorang je ke?
Ini bukan ayat nak ngorat awek kat shopping center, bus stop atau aaa... chat room? Ini ialah ayat yang selalu dituju pada aku kalau aku round kantin/ pusat sumber/ er er mana-mana lah yang nampak cam aku sorang. Owhh, setakat area ofis ni aku berani je sowang2 tapi nak jalan ke luar sana sowang2 "oh tidak!"
Zaman 2001 ke 2002 dulu ada masa aku jalan sorang2 sebab lebih senang nak window shopping lama2? Aku buat kesimpulan ini setelah ikut kawan2 gi shopping dan dorang komplen nape kawannya shopping lama sangat? Ada sekali tu yang nak beria shoppingnya sorang je, yang lagi empat nak jalan2 je. Kawan yang aktif mencari baju tu nak beli sehelai baju fancy je dan dia round satu Mid Valley, hasilnya sorang kawan yang tak sanggup menangis jadinya. Aku selalu juga jadi escort orang shopping macam miss Out Of My Mind yang agak memilih itu tapi bleh tolerate lagi la.
Oh, balik kepada sorang aje? Aku rasa sebab naturally aku anak tengah so aku lebih cenderung duk sorang-sorang. Masa bersendiri dapat menstabilkan hidup aku, ia memberi peluang untuk reflect diri dan tidur juga. Suatu masa dulu aku balik rumah mak bapa tapi duk dalam bilik je 36 jam pertama. Sekarang aku dah bersosial dgn mak aku, hingga mak tertidur2 depan tv sebab aku borak dengan dia.
Sorang je? Aku suka berada dengan kawan-kawan tapi kadang kala segan nak ajak kawan ke hulu hilir. Selagi logik baik aku travel atas bukit ni sorang2, matahari bersinar alam ceria. Kadang2 kalau lapar sangat aku lepak kat kantin dengan majalah dan makan sorang2 dan ramai la yang tanya "Makan sorang je ke?". Miss Out Of My Mind jom makan kantin?
Wonderful Wordy Wednesday
4 days ago
0 comments:
Post a Comment