Achik@Sarizah tag aku pasal "15 things about me". Aku mereview apa yang acik blogkan dan tambah2 pasal diri aku sebab secara tulus ikhlasnya aku nak memblog tapi tak larat nak fikr byk2.
1) Nama panggilan : Keluargaku panggil aku dengan nama penuh. Tapi masuk sekolah menengah senior2 obses nak bagi nama pendek. (Sama lah dgn aku masa aku meningkat form 5, sebelum budak form 1 mendaftar masuk dah rancang nak panggil apa. Berbalik kepada nama pendek, bila org tanya "nak panggil apa?" Aku kata "panggil nama aku je la" dan dorang boleh kata "panjangnya nama". Maka sebab nak sangat nama pendek ada lah yang start panggil Nadh.
Nick aku antaranya ialah; Nadh, Ned, Nat, Nader, Rara dan Mizzy N – serta nick paling tak faveret ‘gedh’.
2) Dilanggar kenderaan : Aku pernah dilanggar kereta masa darjah lima sebab tak tgk kiri kanan sebelum lintas. Sebabnya kapla aku terfokus pada payung yang tertinggal kat busetop pagi tu. Takut wo nanti mak marah payung tinggal. Akibat dilanggar itu aku dapat luka kecil dua tiga. Nasib baik kereta tu slow sebab dekat dengan lintasan kuda belang, kalau tidak?
3) Lesen memandu: Aku takde lesen kenderaan ape pun. Aku aim nak ambil lesen kereta/motor tahun ini dan juga lesen memandu bas dalam masa 10 tahun akan datang. Akulah manusia paling gembira kalau boleh memandu bas sebab aku sangat obses terhadap bas. Ana uhibbu alhafilah. Ahaha!
4) Aku dan Motorsikal : Aku ada parut ekzos motor di betis. Aku tak ingat bagaimana boleh kena tapi aku ingat part sakit je. Masa kecik2 aku kata dengan kakak kalau aku hilang dan dijumpai semula, mak boleh identify aku dgn parut ekzos tu. Ni semua pengaruh daripada drama zaman dedulu yang gunakan tanda lahir untuk kenal pasti long lost father, son, mother, daughter dan segala lah. Tapi parut tu dah makin hilang ditelan usia. Zaman ni guna dna je.
5) Sukan@Sekolah : Zaman sekolah rendah aku masuk tarik tali je wakil rumah sukan. Bila masuk sekolah menengah form 4 kena paksa-rela untuk masuk acara larian. Yang bestnya pernah menang plak tu 800m - gangsa, 4X400 - perak, merentas desa no 12. Pasal sukan sekolah ni aku paling kagum mereka yang lari 100 meter pastu rebah di garis penamat. Lepas sejam dah ok lari relay 4x400m plak. Memang menguji kemampuan maksimum la.
6) Hobi lama: Aku pembaca novel hardcore suatu masa dahulu. Masa masuk sekolah menengah lagi la menjadi-jadi sebab kat library ada koleksi novel Fear Street dan macam2 lagi. Tapi sekarang aku baca buku kadangkala dua bulan satu buku. Namun aku masih giler membaca majalah dan surat khabar. Membaca memang dah tabiat dalam diri ini.
7) Belajar : Zaman sekolah dulu aku pelajar average di sekolah atas bukit itu. Unlike Sarizah yang suka tidur dari stay-up untuk belajar, aku stay up utk berborak je lebih. Study tu selalu last menit dan memang terbukti tak baik utk kesihatan keputusan peperiksaan.
8) Lagu memori : Lagu yang aku suka kecik2 dulu ialah lagu yang kerap keluar tv , maklumlah itulah medium utama hiburan dulu: Roxanne-It Must Have Been Love, Guys Next Door-I’ve Been Waiting For You, Elton John-Sacrifice, Mariah Carey-Vision Of Love dan Wild Orchids-Talk To Me.Tapi masa aku darjah dua cam tu tv aku dipanah petir dan aku mula mengenali radio. Aku dengar Red 104, Radio Johor, dan radio singapura Ria dan Warna. Aku ingat lagu2 memori masa tu lagu Cinta Kenangan Silam dan lagu tak faveret aku Antara Gadis. Tapi sebab lagu2 tu 180 kali keluar radio so tanpa lengah aku pun rajin dengar dan terhafallah seni katanya. Do you have a song stuck in your mind?
9) Me, Irritating? : Orang kata aku jadi irritating sebab tak banyak cakap. Kadang-kadang aku berfungsi sebagai pengiye statement je. Ok juge sbb kadang2 cam tak tau nak cakap apa.
10) Keturunan: Mak aku nye moyang perempuan asalnya dari Kelantan/Siam yang datang ke Johor dan berkahwin dengan orang Jambi. Ada yang dakwa moyang itu org siam. Belah bapa aku pula ada jaringan kekeluargaan dari org minang asal indonesia. Hmmm, yang pastinya semua rumpun Melayu. So aku Melayu la.
11) Me Perangai : Aku suka perhati tabiat orang2 yang rapat dengan aku, rasa cam behavioural scientist plak. Ngwa ha ha ha.
12) Mesra Kanak-Kanak : Aku dah pandai layan kanak-kanak dua tiga tahun ni sebab banyak betul latihan dgn anak kawan2. Sebelum ni cam kekok sikit dgn mereka ini. Tapi bab kanak2 ni acara faveret aku ialah merenung kanak-kanak yang perhatikan aku di tempat awam dengan tenungan maut. Bagi budak-budak ni cuak.
13) Aku hanya tengok wayang, gi karaoke dan main boling lepas umur aku 21 tahun.
14) Aku suka sangat nasi ayam, nasi briyani dan nasi minyak. Aku ambil nasi lebih-lebih lagi kalau ada can.
15) Aku teringin nak naik basikal dari KL ke Johor sejurus selepas aku fitkan badan aku. Sekian, tima kasih.
Aaaa, berjaya juga akhirnya. Masuk point ke 13 dah sejuk giler duk beku idea. Aku tak mengetag sesiapa ye.
Wonderful Wordy Wednesday
4 days ago
2 comments:
1)eh, ko tak suka nama gedh? tapi nama panggilan ko yg lain, Nadh, Ned, Nat, Nader, Rara dan Mizzy N aku tak pernah dengar pon sebelum ni...
3)gile ade gak pompuan nak amik lesen bas. kuikui..
5)sebut pasal 100m, aku paling suka masa ujian tara 100m lelaki batch kita. bila 8 orang si kacak berlari bersama itu HOT kan?
9)ye. gedh yg aku kenal memang tak banyak cakap.
15)aik? knp la ko suka buat perkara2 yg pelik. huhu...
1)Nadh - tu zaman sekolah lagi
Ned dan Nat - variasi nama Nadh Nader dan Mizzy N (aku yang bagi)
Rara (adik aku)
3)BAS is cute. Bas mcm rapid kl bukan metro.
5)8 org yg kacak tu lagi-lagi zaman budak2 matriks dulu. Matang...
15)sbb idea utk cross country tu sgt menyelerakan.
Post a Comment