Pages

yang dalam ditayang-tayang...

Tadi aku menyinggah kat Pusat Sumber kejap sebelum jejak ofis. Aku nampak minah dari ofis lama aku dan hi-hi la kami. Aku capai majalah Wanita ke Nona tadi ek, duk sebelah minah tu dan mula membelek. Sedang aku selak-selak majalah itu aku nampak iklan bra dan minah sebelah tegor. Aku tanya "a?" sebab tak dengar kan apa dia kata. Dia kata "iklan bra?" sambil nak tergelak. Aku kata "majalah perempuan kan?" dalam hati kata "Kenapa?". Adakah dia rasa cam itu sesuatu yang taboo? Aku rasa tak sangat kot masa ini.

Zaman sekarang iklan bra, tuala wanita dan segala yang dulu cover2 nye produk dah jadi benda biasa je. Sekarang ni iklan boleh siap tunjuk2 lagi tahap kegagahan tuala wanita serap cecair. Kalau dulu nak tunjuk tualanya pun segan. Kalau beli pad kat kedai mesti kena balut dalam surat khabar, sekarang selamba jek aku bawa ke hulu hilir dalam plastik. Ala la la lumrah alam kan, selumrah mengeluarkan angin dari mulut atau arse.

Tapi ada gak yang gelak2 bila tgk iklan bra. Gelak aku reserve untuk lebih hebat dari iklan bra. Siapa kata mata dia (dari sudut pandangan) masih dara? Heheh ni mesti tak pernah melayari sesawang lebar dunia.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah