Pages

Evangelion 1.0

Aku beli DVD lagi cepat daripada aku menontonnya. So di pagi yang indah pada suatu hari, sebelum pergi kerja, aku menonton DVD yang aku beli 2 bulan lepas yang bertajuk Evangelion 1.0. Aku pernah baca pasalnya dalam Gempak awal tahun dulu dan terfikir nak tengok. Ia anime Jepun pasal bumi yang diserang alien gergasi bernama Angel. Sebagai langkah mendefend bumi, Jepunese di pusat Nerv ni mencipta robot gergasi bernama Evangelion Unit-01. Pemandu Robot ini ialah Shinji Ikari yang juga anak ketua Nerv sendiri. Sebagai padanan ada watak gadis sebaya bernama Rei Ayanami yang memandu robot besar lagi satu - Unit 00.

Ikari ni asyiklah duk memikirkan nasib diri dia yang malang tu, sebelum tidur, masa memandu robot dan bila lapanglah. Dia sedih sebab bapa dia panggil dia ke Nerv semata-mata untuk keperluan negara walhal dia nak lah mesra-mesra dengan bapanya setelah lama diabai. Rei pula seperti watak tipikal anime perempuan, memiliki payu dara yang besar. Dia ni gadis tiada perasaan. Tukar baju sekolah depan Ikari pun selamba je. Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat wiki!.

Keminatanku terhadap anime taklah sehebat kakakku yang pernah mempengaruhi kami adik beradik menonton siri Naruto dua tahun lalu. Kitaorg tengok versi cakap Jepunnya yang lebih orait dari kat TV tu. Suara dabbing Naruto, Sakura, Sasuke dan Kakashi darling jadi macam tak cukup oksigen. (Kakashi darling sebab watak misteri yang comel, dahle tererre!). Ey, sebutan chakura dia pun dah cukup menyakitkan hati aku. (Pada pendub: Cakra le darlzz, bukan Chakura. Itu macam nama kuih je)

Dan selain Eva-01, DVD dalam koleksi yang belum tengok lagi ialah Mighty Heart dan Batman Empatology (zaman muvi batman cam kartun bukan era serius Dark Knight).

K a babe, wa nak chow pergi shopping ni. Kita Zoom ke ......

2 comments:

or0 said...

ade ape2 beza ngan movie sebelum ni ke dr segi jalan cerita atau just peningkatan visual shj?

mizzy N said...

entahle, sebab saya tak pnah menonto NGE pun.

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah