Pages

Triposting #

INI AKU YANG TELAH DIYEARBOOKKAN
Sangat macam sesuai kan? Geografi muka aku sesuai nak jadi African. Dan setakat ni dah dua kali aku telah disalah anggap sebagai foreigner. Adegan salah sangka pertama berlaku kat kedai makan Pasar Seni, me n my pal pakai slendang and duduk lah nak makan. Pelayan tu datang dan tanya order dalam bahasa Inggeris, kami kata le, "takyah la spikin spikin, kami ni malaysian." Uncle pelayan tu jawab "Awak berdua berpakaian seperti foreigner la". Wakakaka. Adegan kedua berlaku kat kedai mag CM, ala kedai buku seken hand tu. Aku tgh browse majalah2 kat luar dan ada sorang lagi lelaki join aku tgk majalah. Setelah beberapa menet dia toleh ke arah aku dan tetiba kata "La, saya ingatkan awak bukan org mesia." Erkk? Aku rasa dressing pun membantu adegan salah sangka ni. Aku ok je mengenai perkara ini.


PERTAMA KALI AKU NAIK BAS DWE TINGKAT

Ni aku di dalam bas dua tingkat.


Dalam dia tak berapa beza dgn bas setingkat. Aku naik bas Transnasional ni dari JB ke KL. Aku duduk depan sekali tingkat atas sebelah sorang jantan yang duduk mengangkang dengan lebarnya dan peha dia masuk personal space aku. Ia membuatkan aku kurang selesa. Aku bagi hint2 supaya dia mengurangkan luas kakinya tapi dia buat derk je. Kalau aku luahkan secara lisan aku tak tau apa ayat nak guna. Tak sesuai la kata "Encik boleh tolong kecikkan kangkang tak?". Kalau ni "Kaki tu rapat sikit boleh? Saya x selesa la laga2 peha dengan encik." seriusly bunyi cam gile khinzir sux. Duk depan tak rasa sangat hawa dingin dan terdedah pula kepada nur shamsiah lagi la panas, nasib baik ada cam blinds kat depan tu yang bisa ditarik kebawah. Orang sebelah aku ada bayi yang lebih kurang empat bulan umurnya, mula2 bapak dia sarung tudung pada bbnya tapi sbb keadaan suam kuku last2 tudung itu dibuka. Lagi x best psl bas dua tkt ni TV dia diset selari dengan seat aku, so boleh dengar audio je la dan org belakang yang dpt tonton. Pandangan ke jalan raya pula taklah menakutkan sebab sama je rasa macam duk seat depan kat bawah.

NAMPAK TAK KLCC? NI PANDANGAN DEKAT

Ni masa tgh serbey motor di bandar sebelah sana, dekat2 dgn Gombak cam tu la. Waktunya petang2 nak dekat maghrib. Pemandangan yang sebenar nampak sangat 'spectacular' tapi bila ditangkap dengan handphone lari la efek ajaibnya. By the way saya berplan nak beli motor ni, antara skuter Ego atau Suzuki je pilihannya.

PS: Dan hari aku patut makan bubur nasi kejap lagi. Tapi opismet aku yang bawa nasi tu ada hal so tengahari baru dia tiba dan aku dan kawan dah selamat brunch kat kantin. Pastu aku rilek opis kawan aku dan makan buah anggur. Gambar2nya tak dapat diupload sebab aku bluetooth ke pc tapi tah mana le pergi. Okla bebeh selamat puasa enam dan pergi rumah terbuka kawan2 dan klien biznes anda. Ciao.

2 comments:

Azyze said...

bagi emel add ko dan aku akan emelkan ko muka aku yang gile babi sesuai sangat bila letak kat dalam yearbookyourself.

aku xleh letak kat blog aku pasal aku kan berwajah misteri...

hek hek...

AchiQue said...

ko patut cakap, " bang, nak kangkang kangkang kat rumah boleh tak? ni apekehe mengangkang kat sini. mengganggu i tau tak!"

eh, paham ke kalau aku cakap BM ni cik gedh (gedh macam nama african pon ada gak eh)?

hahah. lawak la entry ko kali nih. gambar yearbook ko tuh lawak gile =P

hELLO

hELLO
:D

Followers