aku memblog dari tempat hibernasi lama aku iaitu cc seksyen 2 shah alam. banyak betul perubahan bila dah sezaman tak jejak sini. em, lusa nak raya dah jadi esok aku balik jb. Nasib baik beli tiket vas awal so boleh pilih tempat tingkat 1 dan bukan tingkat 2 yang depan sekali macam hari tu. Owh tidak, makcik kepanasan tau. aku sangat stone ni sebab semalam borak kedai kopi lama betul, pagi ni plak aku bangun awal semata-mata kerana hari gembira. sementara biji mata aku ni gagah lagi aku bagi Q ke Z ni tanpa tangguh-tangguh lagi.
Q ke Z
Q untuk Quantum of Solace
Cerita james bond paling simple. Dia mencari kesolacean dan ganas apabila menyerang+membunuh semua orang jahat yang serang dia. Bond ni tak suave, serius je manjang dan hampenye takde gajet sangat. Dari 5 aku bagi 3 bintang aje. Boipren aku boleh lak tidur dalam panggung tengok Bond serius. Tak faham aku, dah kejut ratus puluh kali pun boleh lelap balik. Tidur bangun, tidur bangun last last habis. Last-last dia tak tau sama ada camille tu bersenggama tak dengan James Bond. Mestila tak cuma ada ciuman lepas geram je kan.
R untuk Robot
Aku seram memikirkan kalau ED2000 dari Robocop tu wujud dan beroperasi dengan jayanya di realiti. Walaupun jari kaki dia ada tiga je dan tak reti turun tangga tapi tembak orang dengan hujan peluru hujan. Kalau Decepticons wujud pun psikotik juga sebab dia sangat besar dan pijak kita je confirm jadi arwah atau patah riuk. Kalau Azyze teringin nak jumpa hantu barat (vampire je ek), dan cik OOMM paranoid dengan hantu, aku pula tak teringin dan paranoid dengan benda besi yang besar dan punya kebolehan cerdik tiruan. Oh no! aku akan pengsan kat situ juga.
S untuk Seringgit
Ada kepada suatu malam hari
Di depan tangga rumahku duduknya seorang lelaki
Berbaju butterfly dan identitinya misteri
Kami semua apalagi sibuklah memerhati
Berapa lama dia akan duduk di sana kami bertanya
Entahlah tak siapa yang berani nak menyapa
Di celah jarinya terkepit seperti rokok yang dinayalakan
Resahlah juga sebab ayah keluar bekerja dan kami tak de idea nak buat apa
Hanya melihat dia merokok di bawah suluhan lampu jalan raya
Menjelang esok lelaki misteri hilang tah ke mana
Kami pun terus CSI kan lokasi dengan segera
Di atas tangga ada rokok-rokoknya
Wahahha orang kaya smoking singgit tapi last-last kena buang sebab tak menyala-nyala
T untuk
Baca ni >>> OBSES dan bawah ini pula.
Judul buku dalam turutan ialah Twilight, New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn. Aku nak terjemah gak, Senja, Purnama Baru, Gerhana dan Fajar Menyinsing. Siapa ada jumpa fanfic dia?
Buku ini sangat berangan. Okla aku memang ala-ala Bella je dulu, huhu kalau jumpa jejaka comel yang diminati je tau pastilah akan Swoon dan intoxicated. Akan tetapi deskripsi hensem di sini sangat overdose bak kata Robert Pattinson (membawakan watak Edward Cullen dalam filem Twilight, "Saya berhenti baca novel itu apabila Bella kata Walaupun dalam hujan Edward nampak hensem macam underwear model."
Aku baca novel itu sampai habis tau, tapi tu je la yang sampai habis yang lain tu tak lagi termasuklah Devil Wears Prada dari kedai uncle CM.
U untuk Underwear
Ada orang kata innerwear aku kaler macam orang2 tua punya. Ni teguran masa tengah melipat baju ye. Ada sekali tu beliau kata aku beli underwear lelaki ke sebab warna kelabu macam sweat shirt. Tapi mestilah bukan, kaler aje macam jejaks tapi pompuan punya tau. Disebabkan oleh teguran itu maka aku pun membuat conscious effort untuk membeli ala-ala mengikut skema kaler pelangi. Sekarang dah meriah dah tapi tak dapat celen certain-certain orang punye warnanya so garang2 macam tuannya.
V untuk Van
Pada suatu masa kenderaan idaman aku ialah van dan vas (bas). Semasa aku darjah tiga dulu aku, akak, adik dan mak ikut family mak melawat siblings dorang kat Perak. Salah satu tempat persinggahan ialah LUMUT sebab satu makcik kawin dgn navy. Pergi rombongan tu naik van dengan arwah nenek tiri aku, anak-anaknya dan cucu sekalian yang 12 orang semuanya. Van yang aku naiki itu van spesis hebat iaitu pakcik aku borrow dari bos dia (bos dia pun ada bot yang kitaorang pernah sample sekali). Naik van yang padat sambil mendengar lagu 'Mendung tak bererti hujan' ulang-ulang pagi, petang, siang, malam sangat memori.
Vas pula pernah jadi idaman sebab aku berangan nak travel ramai-ramai dengan family dan tersayang ke tempat yang idyllic. Maklumla aku tak pernah nampak motorhome kat malaysia dulu jadi vas la alternatifnya. boleh ubahsuai dan isi ramai orang.
W untuk wonder woman wook
Orang offis aku duk gelakkan wanita umur seabad itu sebab kawin dengan jejakas 30s tu. Baikla dia kawin sebab orang pun dah mengata. At the end of the day dia juga yang untung sebab ada orang jaga dia. Aku pernah terbaca ceritanya 3 tahun masa dia baru nikah tapi agaknya orang tak berapa perasan masa tu. Tup tup ni dah 3 tahun kawin. Malahan usianya lebih lama lagi dari usia perkahwinan sesetengah orang muda. Ada jodoh jadi, tahan lama ALHAMDULILLAH.
X untuk X-Men
X-MEN! Aku suka pada watak Gambit, khususnya konflik dia dengan Rogue. Nak cium-cium lebih tak boleh sebab nanti Rogue sedut kuasa dia dan mengkomakan Gambit. Tapi Gambit rilek je curi-curi cium. Sangat sexual harassment, but I loike.
Y untuk Yey
Yey ialah ekspresi gembira! Aku gembira hari ini sebab dah melangkah ke dunia idaman aku. Ok ok, ia macam sambungan kepada cerita yang tak habis hari tu but what the heck second chances are great too! Ya, nak tau pe kisah ni? Yiiha, rahasia tau. Kalau tau tak pe, kalau tak tau macam mana?. Aku rasa cam nak lempang je orang yang suka guna tau takpe. Macam kita bersalah pula kalau tak tau. WTH/F.
Z untuk Zoo
Aku pernah jejak zoo empat kali aje. Sekali kat zoo Johor masa pertandingan melukis tadika2 dulu (aku dapat sagu hati set kaler pensil Staedtler), zoo taiping sebab jalan-jalan kat rumah sedara aku, dan zoo negara pula baru dua kali. Aku nak pergi lagi sebab aku takde gambar sendiri di sana. Gambar dengan cipan besar!
Okla dearest, aklau takde posting lagi aku nak ambil kesempatan ni ucap Selamat Hari Raya Haji!
(To Azyze: sesi perahan otak tul nak abiskan nie)(To Azyze:sangat perah otak siut nak buat benda nie)
Mini-ManCat Monday
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment