KOLEKSI POSTING LAMA
1.
Ni lif kat ofis lama aku. Paparan tingkat dia adalah tingkat X sebab dia tak dapat kesan tingkat mana dia pergi kot. Bangunan yang lif ini lekat ialah setinggi enam tingkat campur basment dengan G untuk Tingkat bawah. Kalau nak naik lif waktu sibuk jawabnya penatlah menunggu sebab orang dari tingkat satu pun turun ke bawah guna lif.
Begitu juga orang tingkat B yang nak ke G, walhal ada tangga tersembunyi kat belakang tu. Tingkat XX, ke mana agaknya dia pergi ya? Misteri je bunyinya.
X menanda tempat.
2.
Aku praktikal kat sini dulu dan sama la dgn kawan aku. Walaupun begitu kawan aku suka usik aku akan kerja situ (walhal dia pun sama praktikal kat situ). Pergi KL mesti kena lalu depan bangunan dia yang duk sebelah Lebuh Raya Persekutuan tu pastu kawanaku akan tunjuk bangunan itu sambil kata, "Tempat Kerja Kau!". Setahun berlalu dan aku pun dapat kerja di situ, hari ni dah dua tahun lebih aku berkhidmat dgnnya.
Huruf r, t dan m ni dicorakkan di atas pasir kat Pangkor dulu. Masa tu tak sampai 6 bulan lagi aku kerja dan itu adalah kali pertama dan terakhir dapat keluar bekerja dengan kawan-kawan sepejabat. SYMP, mari jalankan tugas.
3.
Kasut ni aku beli kat Nose setahun lepas. Aku suka sebab dia funky tapi simple.Kasut ni pernah jadi gambar penghias blog aku yang lagi satu dan juga avatar forum ku. Pakai dan jalan-jalan dalamnya lebih dari 8 jam tak sesuai sebab ia keras dan sakitlah kaki. Aku dah tak pakai sebab kasut ini dah tercabut dari tumitnya. Maka, kenalah betulkan.
4.
Kesukaan aku terhadap Old Town White Coffee bermula masa aku lepak Kluang hujung bulan Mac dulu untuk menunggu ketibaan kawan2ku. Masa tu ada lagi setengah jam dorang nak tiba dan aku lapar la juga. Maka aku pun ngoder kopi hazel dan sandwic tuna dari menu dia. Dan tak sangka harga dia murah je, tahap McDonald je pun dan bukan semahal kedai kopi yang diimport dari Barat.
Di Jalan Klang Lama ada satu Kedai Old Town yang dulu parking dia percuma je so rajin la pergi. Tapi sekarang dah kena bayar jadi sebagai tanda protes aku dah jarang lepak situ. Di kedai itu juga aku pernah ternampak Mawi dan gelprennya, nama dia Ikin kot. Masa kami baru tiba kedai nampak mereka berdua je, tapi masa aku and partner nak blah nampak mereka dan keluarga mereka tanpa Mawi. Kami ke kereta kami dan nampak Mawi dengan kawan dia tgh sembunyi dalam kereta untuk menyalakan kek birthday, nak buat sambutan tergempar la tu.
5.
Ni semua adalah aksesori gayut2 handphone dan kicin aku.
Atas sekali adalah gajah biru bertelinga hijau yang housemate aku beli kat Thai,
bawahnya ialah beruang kaki besar yg aku beli kat satu kedai fast food kat Subang, bege king ke AnW tah, seterusnya makhluk asing warna hijau muda yang dibeli dari Baling dgn rege RM2 dan bawah sekali ialah setan merah mata butang dari KL . Tak ingat la pula.
Pin kat dinding sebab dah tak mampu nak lekat kat hp.
6.
Ni adalah selipar berhias mangga dan kunci pada kakiku. Selipar ni dah uzur dan tanggal perhiasan pada selipar bahagian kanan. Masa beli selipar ni aku nak beli sandal sebenarnya tapi dah ternampak selipar ni maka beli la juga. Pertama kali aku nampaknya aku fikir inilah selipar idamanku. Ia memang memiliki ciri-ciri aku. Ada sedikit ragu juga nak beli tapi aku tau aku mesti terbayang-bayang selipar tu... Makanya aku pun beli.
7.
Ais Kacang, Ais Ais Kacang, Bila panas dan rasa dahaga,
Singgah di gerai Ais Kacang diminta,
Susu dan jagung kacang dan lengkong, Air gula berwarna
Campur semua enak rasanya, Kegemaran kita bersama
Ni ais kacang dan lagu 'ais kacang' yang wajib dipelajari di sekolah rendah dalam mata pelajaran muzik. Aku sampai sekarang tak fanatik terhadap ais batu campur atau nama glamernya ABC. Dulu kalau pergi bandar JB mesti ayah aku bawa kami adik-beradik makan ais kacang dengan air gas (aku suka minum Mirinda Oren). Sekarang kalau pergi pasar malam pun kakak aku mesti beli ABC. Aku suka makan ais kacang kalau ada ais krim dan milo. Masa melepak kat Seksyen 2 Shah Alam ada la ABC Milo yang dijual dgn harga RM2 sahaja sekitar tahun 2000 ke 2003. Aku hanya makan ABC kalau ada orang makan sekali. Tapi kadang2 makan orang lain punya lagi best sebab kuantiti sikit dan tak la sejuk beku lidah nak kena habiskan ABC itu.
8.
Ini ialah catatan ahli mesyuarat yang mungkin boring sebab mesyuarat lama.
Lama+Lapar=siksa.
Tulisan dia dengan corak2 yang dilukis meningatkan aku pada tulisan fancy yang kita suka buat masa sekolah dulu. Berbalik pada cerita mesyuarat tadi, aku pernah berperanan sebagai pengambil minit mesyuarat. Selepas habis meyuarat kenalah kemaskan bilik sebelum balik; buang sampah, susun kerusi, kemas cawan dan buang kertas yang terbiar. Dan kertas ni salah satu daripada tinggalan ahli mesyuarat. Masa ni mesyuarat petang aku rasa, selalunya bermula 2.30 petang dan habis pukul 5.30petang.
Aku dengan ikhlas mengatakan bahawa aku tak merindui saat-saat mencatat minit. Tapi kalau dah tugas maka kita kenalah jalankan sebaik mungkin.
9.
Ni digital kamera pertama saya. Saya beli dia dengan harga RM700 kat pesta kamera tahun 2005 dulu. Ia kamera yang masih menggunakan bateri double AA dan bila bateri dah lemah boleh beli kat kedai aje. Memori kad yang asal 16MB dan masa beli tu dapat kad memori 256MB free. Kamera ni dah jejak seluruh Malaysia, dari Kelantan ke Johor, Sabah dan Sarawak. Gi oversea tu tak lagi kot. Kamera ni lagi hebat travel dari tuannya. Di usia begini dia dah tak berapa aktif lagi, tapi berguna juga bila kawan saya gi cover news dan kamera kompeni habis kena book. I lup my kamera so much dan setelah nak 3.75 tahun berkhidmat ia memang berbaloi setiap sen harganya.
10.
... monitor kat kedai editing di Selayang. Aku dan teammate pegi tempat editing tu dua kali baru siap video kami, Trivia Warisan. Pertama kali pergi dengan AN, YN dan PY. Buka puasa kat situ dan buat kerja sampai lewat malam. Dah malam tu naiklah ke pagi dan bila pasti kerja tak siap so kami bersahur dan pulang ke KL. Hari keduanya naik kereta kawan AL pula, Py dan tambah Sm. Kali ni kerja siap awal dan balik malam tu juga. Rindu zaman muda remaja dulu.
Mini-ManCat Monday
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment