Pages

Australia's stolen generation

Hari ni punya The Star ada artikel A ke Z pasal filem Australia arahan Mark Anthony "Baz" Luhrmann. Huruf S ialah untuk Stolen Generation mengenai anak-anak kecil Australia yang dirembat dari keluarga mereka antara 1869 hingga ke 1970s untuk diasimilasi dalam budaya dan kehidupan orang kulit putih yang dianggap lebih maju dan postitif (Demi masa depan yang cerah katanya). Oh dan ya huruf J dan K semestinya istimewa untuk Mr Jackman dan Ms Kidman, selain U untuk Mr Urban yang ada menyanyikan lagu.

Pasal stolen generation ni boleh juga baca di wikipedia Stolen Generation dalam wikipedia dan juga pasal permohonan maaf kerajaan australia dari orang pribumi australia berkenaan hal ini.

Prelude
Ni adalah efek dari kena ajak kawan tengok Australia. Beliau mahu menonton dahi Kidman yang dikatakan tidak berkerut kerana dah dilemahkan Botox. Cerita ini mesti libatkan banyak emosi jadi kitaorang nak tengok tahap kekerutan muka mrs urban itu. Bercakap mengenai Nicole Kidman aku pelik mana pergi DVD The Others yang aku beli dulu tu... ada tak sesapa ada DVD The Others yang bolh i pinjam sebab cari kat kedai dah takde stok (of course la kedai DVD yang itu, bukan Speedy tau)

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers