Pages

Pasal blog

ngantuk siot... takpe gagahkan. esok ada satu pagi nak tidur (cuti lagi). Hari ni aku nak tiru posting che det yang stail guna point tu sebab sangat sesuai untuk buat posting rojak.

1. Kenapa payah2 nak letak chap kat gambar-gambar di sini.
Awal tahun haritu gambar kawan aku telah digunakan sebagai gambar iringan dalam satu artikel di sebuah laman web ni. Artikel tu pasal adakah gadis sekarang suka pakai baju ketat untuk tayang dada saiz besar. Mungkin sebagai perbandingan penulis meletakkan satu gambar pakai baju kurung dan satu lagi pakai baju fit. Bukan gambar kawan aku ni je yang diguna ada satu lagi gambar gadis yang tah siapa identitinya. Lepas aku dapat repot pasal ni aku terus beritau dia. Kawan aku kata gambar itu dirembat dari myspace dia dan dalam marah dan segan dia sempat melawak nak minta payment dari orang yang guna gambar dia. Sebab itulah aku sibuk mengecap gambar aku kat blog ni. Aku tak cukup taksub nak cap semua macam di laman blog former senior aku ni, di mana semua gambar anaknya di cop dengan jitu. Walaupun tak mungkin akan ada yang rembat tapi dia tetap mengecap untuk tujuan hak dia. Aku cap sebab nak bagitau pic itu datang dari mana. At least ada la yang boleh bagitau aku kalau gambar aku di salah guna ke apa.



2. Lemmadi Blog

Lemadi Satu. Blog ialah untuk 'suka hati akulah nak cakap pasal apa pun', tapi kena self censor kan. Aku ada plan gak nak tulis pasal ekonomi ke, sosial ke, sains ke apa tapi sebab benda tu kena dabel cek fakta maka aku tak sempat nak buat lagi. Melainkan kalau gosip lisan, yang tu memang hentam je la.

Lemadi kedua ialah kenapa aku buat blog? Mula-mula memang nak join sekaki kawan yang sama-sama blogging sebab ia satu cara nak tahu apa dorang kata, especially kawan yang dah lama tak bersosial sama tu. Tapi sekarang bila dah pandai pasang counter jadi risau pula kenapa tak ada orang nak baca blog aku. Hahha, dilema ni sangat vain. Aku patut kembali ke objektif asal, nak bersuka ria je dalam blog. Pertama dan terakhir tujuannya untuk aku.

Lemadi Tiga, kadang-kadang malas nak update. Tapi kalau dah update macam tak cukup satu page untuk tulis. Kalau aku malas aku guna je post options dan posting akan terbit pada hari yang aku malas nak update. Kalau nak update hari2 pun kadang2 jadi tak tau yang mana nak dikeluarkan. Lemadi apa ni. Pandai buat blog pandai la update. Kadang2 rasa macam bebel banyak kat sini macam dalam diari pulak, yang versi disunting.

Ey, banyaknya dilema. Dilema berudu je.


ps: tangkap sebelum ia terlepas
Pada suatu petang di subang aku ternampak matahari nak terbenam yang indah. Aku capai camera phone nak rakam tapi dalam dua tiga minit je matahari disembunyi awan.

lepas-lepas dari tu setiap kali aku tengok pic ni aku dok ingat peluang2 yang aku terlepas sebab terhegeh2 nak rebut. ruginya. tapi ada masa boleh cuba lagi. selagi ada usaha dan doa InsyaAllah boleh.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah