Hari ni kawan sekelas uni aku akan bersanding di pelaminan, Selamat pengantin baru!
Aku kecik hati sebab dia jemput mulut melalui kawan lain. Kenapa dia tak mesej aku je. Dulu kami sekelas, sedorm dan siap pernah keje seorganisasi lagi. Semua grup aku masa belajar mesti dengan dia. Pasal bab hidup sosial tu aku dengan dia lain ideologi so takdela selalu keluar bersama gi shopping ke tapi kadang-kadang ada juga dia lepak rumah sewa aku. Sampai sekali tu dia siap mempergunakan aku untuk tujuan peribadi dia lagi, dan kalau aku tau le kisah di sebaliknya dia menggunakan aku jangan harap aku nak layan masa tu. Cisss...
Lantaklah aku nak gak terasa sebab kawan sekelas yang tak rapat dan kahwin di Perak sana boleh je mengmsg aku untuk minta alamat dan mengepos kad kahwinnya, tapi dia? Rumah dia sejengkal aje daripada rumah aku iaitu dalam 4 ke 5 kilometer aje dan aku pernah jumpa dia kat Parlimen dulu. Sama-sama keje di bawah KemPenerangan ko. Hmmmm. Dulu pun dia keje sama dgn aku sebelum dia dapat keje tetap kat jabatan lain dan bapa dia pun pesara sini juga, dan aku kenal la bapanya itu.
Tapi, mungkin status aku kepadanya dah tak rapat pun jadi invite dengan mulut melalui kawan lain ajela jadinya. Aku feeling terlebih ke? Dulu pun aku call dia masa akhir tahun lalu je sebab nak tahu harga upah jahit baju kurung di KL nie. Tapi, aku ade je nombor telefon dia. Kalau aku kawin aku mesej la dia. Mesej? Ingat nie buat rumah terbuka ke?
Masa aku beritau azyze yang dia nak kawin, azyze kata memang dah boleh agak sebab dia sangat bersifat maternal/makcik daripada antara kami dulu. Aku kata itu bukan soalnya, soalnya ialah dia boleh minta orang lain jemput aku. Kenapa? Over the top tak kecik ati aku?
Apakah zaman berkawan dulu tak memberi makna pada dia? Entahlah, kecik ati la, takpela sekurang-kurangnya dia bagitau dan jemput juga. Tapi sedih la beb. Sodih lah ambo.
Takpela orang dah jemput maka mari kita bersiap dan pergi serbu rumah dia. Pakai apa ye? Hmm, emo punya pasal lupa nak ucap Selamat Hari Jadi kawan aku tu. Moga ko bahgie dgn suami baru ko. Siapalah aku, hanya kawan lama yang dijemput melalui pihak ketiga.
ps: berapakah perkataan takpe yang aku dah guna?
Dua tiga tahun nie aku dapat kad jemputan kahwin lagi banyak daripada kad raya. Dulu kad rraya je.
Mungkin lagi sodih kalau kawan yang kawin dan tak jemput dan kita tau bila dia dah kawin aje. Alasan yang keluar ialah tak dapat nak contact, erkkk ko duk ulu mana wei?
On a ringan note akak aku nak nikah unjung bulan nie, sama tarikh dgn birthday boipren aku plak. Kongsi la ko tarikh istimewa.
Wonderful Wordy Wednesday
4 days ago
11 comments:
ko nie kenapa kebelakangan nie emosi yg melampau nie...tak paham aku...relax la beb. dia xnak jemput pun, apa kita boleh buat. itu hidup dia. lgpun itu menunjukkan betapa dia itu sesuai ke tidak menjadi kawan kita di masa susah dan senang.
dan tolong la jgn nak emo lebih2. penat la. macam ko slalu kata ko penat baca blog emo seseorang itu.
Zaman sekarang value persahabatan tu dah tak de nilai. Kadang emo emo pon bukan kawan kawan kita nak faham sangat, last last kita yang sakit hati balik sendiri.
aku kawen kang aku jemput ko punye. kad, sms, siap kol lagi. kalau ko nak kad version emel pun aku bleh bagi.
sabar ye nadhhhhhhh
ida,
tu lerr cara dia jemput pun memang mcm tak nak jemput. saje emo banyak2.
har har, ko pun dah stop posting emo. yolah, nanti aku kurangkan emo.
pakcik john,
tu ler. tapi biase a feeling je sendiri ni memang kawan tak kan tau pun,
azyze,
huhu. tima kaseh.
kalau ko boleh buat virtual kad yang ada animasi untuk aku lagi bagus. wuuu teringin nak dapat satu.
demand nehh. ngeheheheeeeee
hahaha..
estrogen ko tgh tinggi nie.
sedangkan yang jemput pun aku tak pegi, inikan pula yang tak jemput..
mizzyn, meh jemput belajar perkataan ini..
"ADA AKU KESAH?!!"
haha..
there... there **hugs***...
thoyol
ADA AKU KESAH!
:P
eliz
jck, sodapnya kena peluk.
Selamat Hari raya...aku nak buat blog terbuka minggu ni..jemputlah datang ke blog aku..tukar2 link jugak k.huhu. fndrocka.wordpress.com
Post a Comment