Pages

Lima pendapat dan soalan.

1. Beli kek birthday ke, kesiannya?
"Kek birthday ko ke? Beli sendiri la nie? Kesiannya..." kata akak H pada aku. Berkali-kali dia ulang lagi lepas tu. Dan terus aku rasa macam sangsi dengan tindakan membeli kek birthday sendiri dan bagi orang makan. Peduli la kot. Aku nak, jadi aku beli la. Nak tunggu orang bila la agaknya.

Memang la semua orang berimpikan kawan-kawan akan buat benda spesel macam seprais parti di hari jadi kita. Tapi kadang-kadang pada zaman ini kita kena cekal berbuat sesetengah perkara untuk diri sendiri. Sesetengah perkara itu seperti menyambut sendiri birthday kita, bak kata orang-orang tua "Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima". Jadi lebih baik la sekali sekala kita gembirakan hati orang di hari bahagia kita. Macam buat majlis kahwin kan, sama la konsepnya di mana kita guna duit sendiri untuk menjadi cantik dan senyum-senyum kontrol kepada para jemputan yang makan nasi minyak yang dibeli dengan wang kita sendiri.

Beruntunglah juga mereka yang ada kawan-kawan yang sanggup merancang awal-awal untuk menyambut besday anda. Sungguh rajin mereka mengumpul duit dan meluangkan masa untuk mengseprais anda. Namun kawan yang tak buat macam tu bukan bermakna mereka tidak appreciate anda atau kurang ekspresi cuma mereka meraikannya cara lain. Kita pun jangan juga meletakkan harapan pada mereka untuk buat macam tu sebab mereka tak tahu apa kita fikir. Apa benda baik yang kawan buat pada kita, jika kita ada upaya cuba la buat sesuatu baik kepadanya. Tapi jangan la benda jahat balas benda jahat pulak.

Aku pernah tuduh mak aku tak sambut besday aku masa kecik. Lepas tu mak aku berapi la dan ingatkan aku kembali pasal semua jamuan yang dia buatkan untuk aku dulu. Owwh, sorry mak ingatkan tu makan sesajer je tapi rupanya besday aku. Masa tu aku kecik mana faham sangat yang itu hariku. :P

Ini sesi menyambut birthday ke-21 di Tasik Shah Alam. Aku sponsor Shakey's pizza (4 pizza regular RM40 je masa tu) dan Kajol pula KFC sebaldi., dan kek secara bersama. Parti ini juga dimeriahkan dengan sesi lukisan inai tajaan Azyze Arts dan makanan lain sumbangan kawan-kawan macam Yanty (yang sibuk enter frame tu), Ijang, T.i.j, su, sarina dan zeehan.

Terima kasih kawan-kawan sebab meraikan birthday kami. Korang memang make my day

2. Rumah Bujang Serabai
Hmmph, aku tak setuju dengan pendapat itu. Mereka yang cakap ini semua memang tak buat survey secara meluas. Maybe pendapat ini lahir sebab orang bujang dikatakan malas nak berhias. Sebenarnya Ny yang beritau aku benda ini. Menurutnya orang dalam forum itu kata "Tak logik rumah bujang dalam drama berhias kemain, selalu rumah bujang serabai."

Bongok la forumer ni, aku rasa tak rugi nak mengspend duit untuk rumah bujang. Kalau kita beli sesuatu barang itu di hari ini kita boleh aje guna di masa akan datang. Contohnya macam almari baju atau tilam yang kualiti. Aku nie sebab dah bosan duk asrama la jadi extra rajin nak menyewa rumah dengan penghuni seminimum yang mungkin. Dalam rumah kecik ni isilah dengan katil, meja makan dan sebagainya.

Macam langsir yang korang nampak nie, semeter rm2.90 aje. Pakai la selagi kalernya tak pudar. Bantal kuning merah tu duduk atas dua rak yang dibaringkan. Ambil dua rak buku berharga RM20 dan baringkan hujung ke hujung, atasnya letak tilam lipat-lipat macam yang korang nampak itu. Inilah namanya gunakan apa yang ada. Rak tv tu lain cerita la, itu memang boleh jadi out of bujang ladies punya bajet tapi boleh dibawa ke alam perkahwinan juga.

Ini satu sudut dalam rumah saya, sekarang langsir kain jarang kaler oren. Kalau nak tengok tv malam-malam kena off lampu supaya orang tingkat atas tak skodeng kita tengah baring-baring mahupun terkangkang terkiap kata mak aku.


3. Editan malas nak fikir
Ok aku nye skill mengedit suck tapi tak bermakna aku tak boleh komen kan. Kalau bos aku bagi pergi kursus fotoshop esok mesti kurang suck la agaknya, tapi dia kata aku tak perlukan so buat muka ketat tak puas hati je la. Aku memang malas nak argue. Malas.

NY suka komen iklan print dalam paper yang diedit sebegini. Aku pun rasa suck gak bila lagi kaki subjek yang dicrop ini menjadi seperti terapung di end productnya. Bro ini berdiri atas apa ni?

Bro ni pulak berdiri atas angin lintang ke angin monsun ke? Buatla photoshoot betul-betul. Ini nak ambil subjek kat latar hijau, crop subjek dan tampal atas latar kaler-kaler. So lame la.


4. Halal ke kak?

Aku tampal gambar makanan ni dalam facebook aku dengan tajuk "Jalan-jalan kat Bangkok"dan ada sorang kawan tanya "Halal ke kak?" Aku rasa nak gelak guling-guling sebab takkan la aku nak tayang makanan haram kat facebook yang boleh menjatuhkan nama baik aku sebagai seorang muslim. Duhhhh? Aku tau la negara asing tak banyak makanan halal tapi janganlah tanya soalan sebegitu. Ia ibarat bertanya, hot dog itu diperbuat daripada daging anjing ke?

Makanan itu dibeli daripada kedai seksyen halal kat airport negara Thai. Kita perlu yakin kalau nak makan tempat begini, kalau dah dia tulis besar-besar itu HALAL dan siap dengan logo halal majlis agama dia di lokasi tempat terhormat begini nak mengada-ngada macam mana lagi?

Makanan halal cam nie ini pula boleh cari kat Bangkok, rajin-rajin la survey Internet tu. kalau nak tau lagi. Ia breakfast di hotel kat jalan Ramkamhaeng 22@Bangkok.


4. Derma darah nanti badan naik.
Aku boleh terima kalau orang takut nak derma darah sebab fobia jarum kerana suatu masa dahulu orang kata cucuk jarum sedut darah tu menyakitkan. Tapi masa pertama kali aku derma darah tahun 2001 dah tak rasa apa pun sebab aku rasa doktor bius kot sebelum dia cucuk jarum besar. Namun begitu, aku rasa kelakar dengan mereka yang kata "derma darah badan boleh naik." Hahaha, gelak tipikal aku.

Takkan la kena cucuk jarum besar gitu atau sedut darah boleh menyebabkan kesan sampingan perubahan fizikal. Yang peliknya walaupun kawan aku ramai yang bagi statement macam ni bila tak nak derma darah, tak ada pula aku baca dalam mana-mana majalah yang menyatakan pasal kemusykilan ini. Hmmmm. Yang selalu aku baca soalan "kalau kissing boleh keluar anak tak?" Huhu, pasal itu ada pulak.


Aku badan tak naik-naik pun walaupun dah lima enam kali aku derma.


ps : Aku selalu cuba nak tulis pasal sesuatu yang umum tapi mesti jadi personal juga. Kena cuba dan lagi nie. Gua takut nak cakap pasal fakta walhal dalam assingment dan dalam office pum pang pum pang cakap pasal isu semasa.


6 comments:

thoyol said...

huh,

aku duk dengan family pun bilik bersepah macam haram..

haha..

dan aku takut jarum..

Ellen Whyte said...

I see food and now I'm hungry!

DrSam said...

memang tidak susah sebenarnya mencari makanan halal di Bangkok. Namun satu pengalaman lucu namun menggelikan disuatu hotel ketika makan buffet - pengurusan hotel letak tanda halal, tapi betul-betul bawah label tu terang-terang daging babi. Kinane betul.

kissing memang tidak boleh keluar anak, namun urutan peristiwa selepas kissing boleh membawa kepada termengandung dan terberanak :)

Unknown said...

hahah...i like dr.sam punye jawapan mengenai pembuatan anak....

inur said...

Nadh.. cuntex arr rumah ko... bleh la aku tumpang lepak kalau aku gi key ell? (mcmla takdek tmpt penginapan disediakan) heheh... tapi... aku pun tatau lagi biler aku dpt torn KL... tunggu Bos suruh jek ni.. hehehe....

Naddy said...

marilah mari singgah jika aku ada di bumi KL ini. yang penting bitau awal.

hELLO

hELLO
:D

Followers