Pages

Salam merdeka semua!

Pada Hari Merdeka tahun 2008 aku berjaya juga sambut Ambang Merdeka kat Dataran Merdeka setelah bertahun duk sambut kat Shah Alam. Selepas je habis kiraan ke detik Merdeka terus keluar lah bunga api grande-mande.

Selesai saje orang semua berduyun-duyunlah pulang, kami yang duk tengah nie kenela tunggu kejap. Tengah-tengah tunggu line clear aku ternampak family nie.
Mula-mula aku spy je sebab segan nak ambil gambar dia.
Tapi pas tu ada plak orang ambil gambar mereka so aku pun join sekaki.

Tima kaseh kak. Sungguh patriotik kamu.
Merdeka!love


Warning : Oleh sebab aku xde gambar baru untuk merdeka tahun ini sebab sambut kat rumah maka dengan jimatnya aku recycle aje posting memori ini. Ini posting asalnya.

Segala yang kotak tak semestinya bersegi

Tajuk di atas konon berinspirasikan pepatah lama, 'yang bulat tak datang bergolek dan yang pipih tak datang melayang'. Tapi ni versi cap ayam punya yang mana maksud tidak kesampaian.

Maka dipersilakan diriku memblog. Sila klik segala tulisan warna purple untuk keterangan lebih lanjut.

Ini ialah hadiah yang hampir menjadi tukun dan kini bersemadi dlm laci office aku. Dah luput dah tarikh nak bagi sang empunyenya, tapi aku pasti hadiah ini tak berkulat lagi. Hello there, bila lu mau jumpa gua ha? Ni macam ala-ala sneak preview la untuk saudari.


Kuih tiram yang aku suka, tak tau pun nama dia ku-in-the-weh tiram. Ni rembat daripada hasil tuaian perempuan ini. Tengok kuih ini teringat juga dengan kuih kapal terbang yang aku suka sangat, kalau mak aku buat donat kadang-kadang juga ada kuih kapal terbang. Kuih pesawat?


Akhirnya aku berjaya juge dapat benda ini sebab ada orang akhirnya repair voice recorder dia. Terimalah kasihku!

Lepas ni boleh la mempergunakannya semasa menunggu orang atau duduk dalam bas express dengan mendengar lagu-lagu faveret dan semestinya radio mana yang berlagu sedap. Aku baru tau benda ni boleh record lagu daripada radio juga, osem.


Ini ialah botol susu free. Haha! Jangan kata aku tengah kepingin nak anak ye. Oh ada satu lagi makhluk kecil aku rembat juga yang menjadi idaman daripada kali pertama aku tengok iklannya.

Ta daaa

Polly Pocket.


Ini pula ialah rupa lutut housemate aku hari ini.


Ini, ini, ini dan ini ialah subang yang aku beli masa berkunjung ke Singapura bulan lalu.
Kedai tu jual 2o doler 8 subang so aku beli 4 dan kawan aku beli 4.
Aku suka sebab tak jumpa lagi subang-subang mcm nie kat kedai subang 3 untuk rm10.

Ok itu saja kerawakan untuk hari ini.
Sekian.

xoxo
pangkah bulat pangkah bulat

Silent reader sekalian

Aku sedang berfikir tentang silent reader blog, kenapa mereka jarang atau kadang2 tak pernah nak tinggal komen. Kita nak gak tanya kabar awak kan.

Kepada silent reader blog ini dan blog-blog lain, terima kasih lalu lalang sini. Saya menghargai masa dan tenaga yang anda luangkan untuk kami semua. Oleh itu saya mahu tujukan video berikut untuk korang.

Video ini kumpulan saya buat masa kami belajar dulu, sekitar tahun 2004 - 2005. Saya jadi kameraman nombor dua rasanya. Okeh sila tatap.


Sarah Raisudin - Izin Darinya.

LOL pic of the week!

cute

funny pictures of cats with captions
see more Lolcats and funny pictures

crossed

funny pictures of cats with captions
see more Lolcats and funny pictures

crazy

funny pictures of cats with captions
see more Lolcats and funny pictures

Ode kepada yang paham aje...


Untuk Edy Bidy,
Aku kata GI kedai, dia kata PI kedai.
Dia minta abang habib beli cokelat, abg habib pergi beli gula-gula.
Kalau aku tak bercakap dengan dia pagi-pagi dia tanya "KO NI KENAPA?"
Pagi ni aku kata dia cantik, dia kata juga "KO NI KENAPA?"
Kalau aku kata pakai mcm datin atau artis nampak mcm gile bodo (ngeh ngeh)
Hahaha, walaopun kontras nak mati tapi MPH dan GSC tetap menjadi pujaan hati kami.
Hepi frensip makcik munah, dah nak masuk X tahun sign kontrak rumah bersama.
Habehlah 3 rat lagi derma kat landlord bulan nie uhuhuhu.

xo xo
Mizzy N

Selamat berpuasa kawan-kawan!

Penyertaanku untuk kontes sambung cerita azyze

Update:
HERhh HERhh HERhh.
Walopun 4 aje pesertanya tapi aku bangga!
:o)
Thanks e azyze,

xoxo
MzN

Pada menggu lepas, cik azyze telah membuat pertandingan menyambung cerita pendek. Saya join la tapi dah habis tarikh tatapi cik azizi baik hati jadi dia bagi extension sampai hari ini. Ini entri saya versi yang dah edit sebab ada benda tak berkontinuiti dalam penyertaan asal. Korang ada beberapa jam lagi nak ngejoin. Jangan malu-malu la okies.

Petunjuk
Tulisan pepel ialah cerita asal daripada Azyze
Tulisan biru ialah penyertaan aku.

Klik >>sini<<>


Bengang betul aku.

Sudah berapa kali aku pesan pada dia supaya jangan buat begitu, tapi masih tak didengar.
Kadang-kadang aku rasa macam mahu saja cekik-cekik leher mulusnya, malangnya aku sudah terperangkap dalam janji yang tak sengaja aku berikan pada Jack.

Dalam sekelip mata, dia berdiri di depanku dengan sesuatu disembunyi di balik tubuh kecilnya.

"What's that you have there?" tanya ku.

Dia diam. Tidak responsif. Matanya mengecil memandang aku, sambil peluh-peluh kecil mula terbentuk dan mengalir mecucur dari dahi ke pipi.

"What do you have behind you?"

Dia masih mendiam. Walau tanpa bicara, matanya memberi gambaran jelas tentang objek di gengamannya itu.

Bukan tanda yang baik.

"Look, whatever you're thinking, you better not-"

Belum sempat selesai ayatku, sekilas kulihat tangannya pantas bergerak ke hadapan, dan dalam sedetik objek di tangannya melayang
dan melayang dan melayang ke arah langit. Ia kemudian jatuh ke bumi menyahut panggilan graviti tapi sebelum sempat mencium bumi dah ditangkap seekor anjing kecil berbulu putih.

"Why did you do that?" kata aku sambil mengetap gigi.

Dia tersenyum kepada aku.

"Bukannya I sentuh pun anjing tu kan?" ujarnya.

Aku memandang kembali pada anjing kecil itu yang sedang menggongong frisbee itu sambil berlari ke sana sini mencari pemilk plastik merah berbentuk bulat itu.

"I tau." Jawabku.

"Babe, I tau I baru embrace Islam tiga bulan dan maybe you risau bila orang kata I akan payah nak tinggal apa yang I dah biasa buat dulu. Tapi I bukan nak pergi main guling-guling dengan anjing tu. Kalau kena air liur or sweat dia pun bukan mati. Dog flu?"

Aku tendang sepenyepak pasir ke arahnya. Kena sipi-sipi je pun. Gila kalau kena dia, tak hormat suami namanya.

"I tau kita kena samak kan sebab najis."

Dia senyum ke arah ku. Aku senyum juga la sebab dah dia senyum khas untuk ku. Macam korang tak tau kalau lelaki hensem senyum kat kau mesti kau nak senyum balas balik kan. Lagipun ada cinta di sebalik senyum itu dan makanya...

Jack menyambung "Those sceptic people are like flies. They will go away when the stinks gone. But you know me better and that's why I don't give a damn to what they say. Their judging marks won't kick me out of this reality show"

Tanganku dah siap sedia nak membelai wajahnya. Dah terlalu banyak dugaan dia hadapi hanya kerana menjadi saudara baru. Tapi manjaku terhalang dengan laungan makcik memanggil kami.

"Diana! Hafiz! Mari sini makan. Ada nampak piring plastik merah makcik tak? Tadi kotor nak cuci dulu. Boleh buat isi sos"

Aku kerling pada Hafiz yang nama lama dalam surat beranak Jack D_____ (nama sebenar dirahsiakan).

"Bee, kalau makcik tau anjing gigit piring dia habis la you kena buang keluarga."

"No worries babe, I don't give a damn."



ps: Ini fiksyen je ye untuk hiburan aje.
Kalo salah atau tersilap bahasa harap mahap.
xoxo
Tata


SAAMI : To be lost and loving it

Malam ini malam mula mengarut.
Makanya perkenalkan Siri Angan-Angan Malam Ini atau SAAMI.

Tonight I am watching The Ramen Girl.
It is a story about a girl
learning to cook Ramen from a mean Japan uncle.

In my conscious dream I'd like to be lost too
like her.
For a year or two maybe
to experience something new.
Like resetting a stopwatch back to 00:00.
But not with a clean slate or like a newborn baby
I need my whole life with me to experience the new.
Embrace new and merge it with what I have.
Like Ultimus Prime and Jetfire? Naaaaaaaaaah. Too huge takbole

Yes my dear, the feeling of being in a new place and among people who barely know you is wonderful. It's like bathing in your own bathroom after years of bathing in a communal shower at college. Hey, that sounds more like what independece can buy you.

Walaubagaimanapun it is a nice feeling being away from home even if it is for a few days only. Like the travellers sayings go or something that goes like it, the farther you are from your country the more you are likely to appreciate it. Come on let's travel even if it is on our couch and skimming the world through the net. Let me learn about other culture and enrich my knowledge. Come on!

post scriptum :
here is ramen girl on imdb

Teringat pasal makanan masa Raya

Bila nak raya mesti teringat kuih. Tahun lepas aku beli kuih baulu raya daripada officemate lama. Baulu sodap dimakan dengan air teh atau kopi panas ui.Anyway akak tu jual satu bekas 50 biji belas-belas ringgit harganya dan berperisa coklat dan pandan.

Masa aku beli tu lagi 2 ke 3 minggu nak raya, bila dah hari raya nak ambil baulu untuk tetamu dah berkulat pula baulu satu bekas tu. Akak tu kata kuih tu tahan sebulan tapi mungkin sebab faktor kelembapan tinggi jadi ia berkulat juga la. Lagipun baulunya bukan dalam bekas yang divakum macam kat kilang kan jadi sbb tu tak tahan lama kot.

Tahun ni aku rancang nak beli baulu kat JB. Masa aku balik kampung aritu aku perasan kat Terminal Larkin ada kedai baulu. Dia jual dalam rm16-RM18 untuk 50 dan dia memang masak baulu tu kat kedai itu juga. Perisa dia sama je macam akak ofis tu jual. Nice juga kalau beli situ.

Rindu nak makan kuih baulu bentuk ikan emas.


Petang nie bf aku nye office mate ada kenduri kat Wisma Sejarah dekat dgn Perpustakaan Negara tu. Aku kebulur nak makan nasi briyani orang nie jadi aku paksa juga dia pergi dan lagipun keizinan dah dapat dah siap-siap aritu.

Masa kenduri kakak aku tak puas makan pun. Selalunya kalau aku teringin sangat nak makan nasi ni aku pergi satu kedai briyani kat tesco Sek 13. Tapi kedai dia selalu la penuh lagi-lagi kalau bulan pose nie, siap sedia dah mak bapak booking untuk makan. Jadi sebelum aku mengidam baik makan siap-siap.

Nasi briyani dengan ayam merah sodap tu. Memang menjilat jari.


Masa raya kecik-kecik dulu air paling glamer pula ialah air bandung. Tapi sekarang nie air glamer raya dah bervariasi like air gas dan punch yang ada nata de coco tu, letak ais krim soda maka menjadi idaman sangat.

Air bandung faveret zaman dulu ni memang tak jumpa kat Bandung kata mereka yang pernah pergi bandung. Aku agak hampa bila dapat tahu yang air sirap ialah air gula berwarna merah aje sebenarnya. Jadi selama nie kita serve air gula je pada tetamu.

Hmmph.

Jadi untuk nak bagi best sikit orang letak esen ros bagi bau menarikn atau letak pewarna hijau biar lain macam sikit. Kalau biru aku rasa macam minum bahan kimia pulak.



starKuih siput wajib buat tahun niestar



Suatu masa dahulu kalau raya mesti ada kek lapis macam bawah nie. Maju ke zaman nie dah ada kek lapis Sarawak pula. Ini barulah globalisasi posititf apa yang ada kat Sarawak dah ada kat sini dan vice versa. Bila tengok kuih lapis teringat kuih tepung pelita - lemak berkrim disukai aku!

Kuih ini walaupun dah lama tak makan tapi tak berapa rindu
sebegitu juga kuih bangkit yang sangat ubiquitos di sana sini.


Tepung Bawang / Karipap / Epok-epok

Kuih selamanya glamer tak kira raya mahupun nak buat santapan masa meeting ialah kuih karipap. Aku mengenali kuih ini dengan nama 'tepung bawang', bila bergaul dengan jiran-jiran pula dieorang panggil 'karipap'. Lepas tu bila masuk sekolah rendah dan menengah rakan-rakan daripada negeri lain panggil epok-epok pula.

Inti dia paling best sekali bagi aku ialah sardin atau telur. Selain tu selalunya orang guna keledek dan kalau orang kedai tu kedekut dia akan letak keledek lebih-lebih sikit dan jual dua seringgit. Sangat penipu! Kadang-kadang bila balik mak aku rajin juga buat epok-epok. Kalau aku kelim (buat bunga-bunga keliling kuih tu) mesti jadi besar je tak comel macam mak aku punya. Bila dah goreng rupa dia lain je (agak hodoh juga) jadi aku selalu ngap mana yang aku kelim. Lagi banyak aku kelim lagi banyak kuih tak lawa dan lagi banyak aku makan. Heaven tau.

Ape menu hari raya korang nanti? Tak sabar plak nak tunggu susunan rancangan masakan raya, aku tau tahun ni RTM akan siarkan ketuk-ketuk ramadhan siri 2 pulak. Aku la kena settlekan untuk website tu nanti. Okla ciao.

kredit pic to : gambau semua dicuri drpd internet kecuali gmbr nasi briyani dgn air bandung tu sendiri punya.adacall

erk. jem gile.

Hari ni website yang kami duk manage ni memaparkan ini.


Siapa buat demo bagi jalan raya sesak nie. Habis bandwith.
Cuba cek it out sini, tengok dah ok ke belum.
Sambung story contest at azyze's

http://azyze.blogspot.com/2009/08/sambung-cerita-yihaa.html

xoxo
MizzyN

Last month we were busy bodies

My house turned into a bee hive last month. Some people we hired came with a whole lot of chickens and built a cooking headquarter behind my house. Relatives and family friends also lent sufficient helping hands to prep food for 1000 people.


As dusk came I was also dolled up by the 'queen of the day' who marked me with her colours of slavery. She transmogrified me into a 'pengapit', kinda like bridesmaid. My job was being her assistant solely to do her biddings.

What is this all about? It is about love.

Making the girl a queen to someone special, legally binding love that is.

Gimme some love, Mmuah!



Feeling happy she told me to disseminate purple and white stalks of flowers to anybody who did her biddings. Eggs were attached to these flowers, I think it is a symbol of fertility.

Her sweethear gave her tons of gifts and as him and his family went to eat
she knelt down to check if everything is there.
Fruits - check
Shoes - check
Bag - Check
Bla bla - check
I took this photo specially for you bloggers out there. See me and my peace sign there?

Happy Wedded Bliss My Sister!

May you go forth and multiply.


I love you!

XOXO, Mizzy N


After everything is settled 'the queen' went round the house to supervise things.

After all tomorrow is another important day.

Sudah siap ka pasang?

ps: in an unrelated matter azyze is holding a contest for everybody to participate in. The deadline is next Monday. Click here to enter. http://azyze.blogspot.com/2009/08/sambung-cerita-yihaa.html/

Aliens In The Attic - my review

"This movie is purely for the kids" was my thought while exiting the theatre. Then I heard a girl walking behind me commenting to her friend. "The movie is cute, fun and has everything an adventure should have. I am going to recommend it to the 'budak-budak' " I wondered whether the 'budak=budak' she mentioned was merely a reference to her friends or real kids aka budak-budak.

The movie is about aliens who landed on the attics of a vacation home. Their ultimate motive is to conquer earth but first they have to retrieve a mysterious contraption hidden under the basement. 'Aliens in the attic' has all the characters of a typical children's adventure; the sceptic parents, the older sister with a himbo boyfriend who opresses her brother, the little sister who 'cutifies' everything that looks innocent, the cousins and also the rookie bad guy who switched sides.

However someone thought that the movie does not seem suitable for kids at all. As described by a commentator on IMDB "There are too many things that it seems to condone that are wrong for children. The relationship between one of the older boys and his father is a reversed relationship. The father considers his teen son to be adults so the boy has no rules. Then you have the super smart boy that feels so embarrassed about his intelligence that he flunks all of his classes on purpose. " There were a few elements in the movie which may cause questions in some people's mind but I didn't think twice about them. But as a parent maybe one might see all these as bad examples for their kids especially when we compare it to our local movies which seems to have one or two moral things pointed out. You can read more of the comment here - http://www.imdb.com/title/tt0775552/

Anyway to watch such movies you have to be relax and enjoy it like how you would a bowl of cereal, without much thought.

It's some kind of a movie marathon

GI JOE, The Proposal, Harry Potter 6, Setem, Taking Of Pelham 123...

Choosing that ring tone.

Source : http://www.wired.com/culture/lifestyle/magazine/17-08/by_ringtone


Click image for a bigger picture okeh


According to this my ringtone should be set to default.

Setem

Setem

Setem mengisahkan dua pemuda Sid dan Joe yang dipaksa Pak Ramli untuk mencuri setem antik berharga RM4 juta untuk menyelamatkan rumah kebajikan jagaannya. Di tengah2 dua orang ni merancang nak curi setem, muncul Piranha Lim yang mahu habuannya juga. Pada masa yang sama pula Mani yang baru bebas daripada penjara juga memaksa kawannya Vellu untuk mencilok setem itu. Mani, seorang pengawal keselamatan akan terlibat secara langsung untuk memindahkan setem itu ke Muzium Melaka untuk pameran.
Pada ketika kedua-dua geng ini nak mencuri setem itu muncul pelbagai gangguan termasuk sepasang adik kakak - adik cacat penglihatan dan kakak nurse yang memerlukan wang untuk membedah mata adiknya yang buta - dan pendatang tanpa izin Aryanto yang menyukarkan lagi mereka mendapatkan setem itu. Siapakah yang akan berjaya mendapat setem itu dan membolot kesemua duit tersebut akhirnya? Intrigue!


Okeh masa untuk Spoiler!!!

Sid dan Joe ialah dua orang kaki putar alam, yang mungkin anak yatim sebab baik dengan Pak Ramli tuan empunya sebuah rumah anak yatim. Masalahnya, Pak Ramli memerlukan rm500,000 untuk mengelakkan daripada rumah itu dirampas dan makanya telah menalipon mereka untuk mendapatkan bantuan. Pak Ramli paksa mereka mencuri sebuah setem antik berharga jutaan ringgit untuk menyelesaikan masalahnya itu.

Setem tersebut yang dimiliki oleh pewarisnya seorang mat salleh ni dijadual akan dipamer di Muzium Melaka dan mereka mengambil kesempatan itu untuk mencurinya. Namun usaha Sid dan Joe rupanya mendapat persaingan dalam bentuk pakatan Mani dan Vellu. Mani baru bebas daripada penjara tidak bertaubat langsung, malahan terus merancang untuk mencuri setem itu setelah tau Vellu akan menjadi anggota keselamatan semasa proses pemindahan setem itu nanti. Semasa mereka tengah syok-syok merancang rompakan tersebut muncul seorang pendatang yang tercilok setem itu.

Mereka semua saling kejar mengejar dengan pasukan Sid dan Joe dibayangi oleh kehadiran orang-orang Piranha Lim yang turut ingin setem tersebut. Di dalam aktiviti perebutan setem, takdir telah meniup setem tersebut dan melekat dalam beg seorang pemain muzik cacat penglihatan. Akibatnya mereka semua mengejar pemuzik ini dan kakaknya pula.

Bosan pulak aku rasa nak cerita panjang-panjang nie. Sesungguhnya post perap mampu membuatkan aku bosan berblogging. Walobagaimanapun aku pendekkan cerita panjang, Setem itu sebenarnya palsu dan pemiliknya sebenarnya sengaja nak bagi setem itu hilang dan dengan itu mendapat pampasan insurans 4juta ringgit. Oleh itu semua mereka yang sudah penat merebut setem itu bersatu hati akibat bengang dengan pewaris setem itu lalu berkomplot untuk mengenakan balik pemilik setem itu. Masa ni rasa dah macam Ocean's eleven pula sebab bersama-sama melakukan jenayah untuk mengenakan orang jahat lain. Dah la ... malas nak tulis. The end.

best tak?

Pelud for adoption

If you plan to adopt a cat please adopt Pelud. She is currently staying at Sharlene's house
(
http://psharlene.blogspot.com/).However this gorgeous 3-year old white short-haired female cat dislikes other cats and children. So if you have the proper environment for her and are still interested please contact Sharlene. Thanks!

Read more about Pelud here:

hELLO

hELLO
:D

Followers