Pages

Setem

Setem

Setem mengisahkan dua pemuda Sid dan Joe yang dipaksa Pak Ramli untuk mencuri setem antik berharga RM4 juta untuk menyelamatkan rumah kebajikan jagaannya. Di tengah2 dua orang ni merancang nak curi setem, muncul Piranha Lim yang mahu habuannya juga. Pada masa yang sama pula Mani yang baru bebas daripada penjara juga memaksa kawannya Vellu untuk mencilok setem itu. Mani, seorang pengawal keselamatan akan terlibat secara langsung untuk memindahkan setem itu ke Muzium Melaka untuk pameran.
Pada ketika kedua-dua geng ini nak mencuri setem itu muncul pelbagai gangguan termasuk sepasang adik kakak - adik cacat penglihatan dan kakak nurse yang memerlukan wang untuk membedah mata adiknya yang buta - dan pendatang tanpa izin Aryanto yang menyukarkan lagi mereka mendapatkan setem itu. Siapakah yang akan berjaya mendapat setem itu dan membolot kesemua duit tersebut akhirnya? Intrigue!


Okeh masa untuk Spoiler!!!

Sid dan Joe ialah dua orang kaki putar alam, yang mungkin anak yatim sebab baik dengan Pak Ramli tuan empunya sebuah rumah anak yatim. Masalahnya, Pak Ramli memerlukan rm500,000 untuk mengelakkan daripada rumah itu dirampas dan makanya telah menalipon mereka untuk mendapatkan bantuan. Pak Ramli paksa mereka mencuri sebuah setem antik berharga jutaan ringgit untuk menyelesaikan masalahnya itu.

Setem tersebut yang dimiliki oleh pewarisnya seorang mat salleh ni dijadual akan dipamer di Muzium Melaka dan mereka mengambil kesempatan itu untuk mencurinya. Namun usaha Sid dan Joe rupanya mendapat persaingan dalam bentuk pakatan Mani dan Vellu. Mani baru bebas daripada penjara tidak bertaubat langsung, malahan terus merancang untuk mencuri setem itu setelah tau Vellu akan menjadi anggota keselamatan semasa proses pemindahan setem itu nanti. Semasa mereka tengah syok-syok merancang rompakan tersebut muncul seorang pendatang yang tercilok setem itu.

Mereka semua saling kejar mengejar dengan pasukan Sid dan Joe dibayangi oleh kehadiran orang-orang Piranha Lim yang turut ingin setem tersebut. Di dalam aktiviti perebutan setem, takdir telah meniup setem tersebut dan melekat dalam beg seorang pemain muzik cacat penglihatan. Akibatnya mereka semua mengejar pemuzik ini dan kakaknya pula.

Bosan pulak aku rasa nak cerita panjang-panjang nie. Sesungguhnya post perap mampu membuatkan aku bosan berblogging. Walobagaimanapun aku pendekkan cerita panjang, Setem itu sebenarnya palsu dan pemiliknya sebenarnya sengaja nak bagi setem itu hilang dan dengan itu mendapat pampasan insurans 4juta ringgit. Oleh itu semua mereka yang sudah penat merebut setem itu bersatu hati akibat bengang dengan pewaris setem itu lalu berkomplot untuk mengenakan balik pemilik setem itu. Masa ni rasa dah macam Ocean's eleven pula sebab bersama-sama melakukan jenayah untuk mengenakan orang jahat lain. Dah la ... malas nak tulis. The end.

best tak?

2 comments:

Eliz said...

aku nak tengok tak tengok lagi... macam best jerr

Naddy said...

best la macam cerita afdlin yang lain. tapi ini diarah khabir bhatia kan?

hELLO

hELLO
:D

Followers