Pages

Memori sekolah menengah.

Masa aku sekolah menengah dulu kami ada perhimpunan hari-hari pada mulanya tapi aku rasa lama2 tu jadi kurang sehingga dua kali sahaja seminggu. Yelakan kalau hari2 berhimpun pun bukan ada benda sangat nak cikgu sampaikan jadi ia pun dikurangkan. Setiap Isnin ialah hari berkumpul untuk perhimpunan akademik dan hari Ahad untuk perhimpunan pasal asrama pulak.

Semasa perhimpunan ini cikgu2 akan menyampaikan arahan terbaru dan isu semasa sekolah. Selepas tu ada pulak sesi public speaking dan ini memang gilir-gilir la student kena. Selalunya aku akan kena public speaking sampai 3 kali setahun sebab orang lain selalu tak mahu. Aku bukanlah penyedia teks paling hebat mahupun rajin tapi aku suka la nak volunteer jadi tukang pengucap awam. Namun begitu teks speechnya aku selalu siapkan beberapa jam sebelum nak naik pentas.

Masa aku tingkatan lima ada satu masa tu setiap pelajar kena buat ucapan dalam bahasa Malaysia dan budak-budak nie semua sangatlah rajin nak membuat ucapan kan. Kalau kena student yang rajin dan berdisplin akan dengarlah perucapan awam pasal saham la pasal kebaikan internet dan keburukan kafe siberlah atau pasal isu semasa. Haha masa tu cerita pasal kafe siber sekarang free wifi di kedai makanan terdekat anda.

Kalau kena pada budak2 yang maleh nak buat speech habis la jadi rahsia di sebalik warna lah, fesyen rambut lah, makna di sebalik tahi lalat la, haram sungguh tajuk2nya. Macam tajuk rencana dalam majalah2 gaya hidup la pula. Pemalas sunggu perangai dorang nie hihi.

Last aku buat speech masa perhimpunan Isnin yang diadakan dalam keadaan grand dengan lagu Negaraku, Lagu Negeri Melaka dan Lagu Sekolah dimainkan dengan iringan piano dan gitar. Kalau ada masa rajin orchestra sekolah pun turut naik pentas memainkan muzik iringan untuk kami nyanyi.

Aku ingat aku bagi speech masa tu dalam bahasa Inggeris dan aku tak hafal pun apa yang aku tulis dan aku kononnya nak buat ala2 bersahaja sambil guna teks sebagai reference aje. Tapi sebab aku gabra aku memulakan setiap perenggan dengan Well. Hasil nya selama sebulan budak2 sekolah panggil aku kakak Well Well sebab duk sebut Well this and Well that. Hoho.

7 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

ehh..kite satu skolah menengah kan...kenapa aku takde memori langsung psl perucapan awam tuh..yg aku ingat aku kena jaga kat belakang jek wkt assembly sbb aku pengawas..kekekeke

Naddy said...

hahaa. boleh tak ingat??? wei itu saat wajib dalam perhimpunan la tu lily oi!

ninieZUERYANNIE said...

a-aaa, lily & gedh.. kite satu skolahkan? nape aku pon cam x ingat pasal public speaking tuh? nmpak sgt aku bukan kaki public speaking, tp kaki speaking2 kat perhimpunan..

Naddy said...

ko memang aku akui kaki speaking dalam perhimpunan ninie. ade je ceritanya hehhe.

AchiQue said...

aku pon tak ingat weh! adakah aku tak pay attention masa perhimpunan?

Naddy said...

adoila kawn2 aku sume amnesia.
arggeeeeee

ninieZUERYANNIE said...

hayooo.. ye ke gedh!! alamak rupe2nye aku dr dulu lagi mmg camtu.. sampai skang xblh dok sblh geng kalo masuk meeting.. mmg wat meeting lagi satu la ktrg! apekah????

hELLO

hELLO
:D

Followers