Pages

Merdeka memory! Repost yang menjimatkan

Pada Hari Merdeka tahun 2008 aku berjaya juga sambut Ambang Merdeka kat Dataran Merdeka setelah bertahun duk sambut kat Shah Alam. Selepas je habis kiraan ke detik Merdeka terus keluar lah bunga api grande-mande.

Selesai saje orang semua berduyun-duyunlah pulang, kami yang duk tengah nie kenela tunggu kejap. Tengah-tengah tunggu line clear aku ternampak family nie.
Mula-mula aku spy je sebab segan nak ambil gambar dia.
Tapi pas tu ada plak orang ambil gambar mereka so aku pun join sekaki.

Tima kaseh kak. Sungguh patriotik kamu.
Merdeka!love


Warning : Oleh sebab aku xde gambar baru untuk merdeka tahun ini sebab sambut kat rumah maka dengan jimatnya aku recycle aje posting memori ini. Ini posting asalnya.

Salam raya

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Addict?

Aku pasti aku seorang addict shopping. Sebab baru-baru ni aku beli barang untuk baby tapi aku yang over sbb baby nak susu tapi aku gi amek pix barang tu dulu untuk blogging nanti. Hinakan perangai. Arghhhh dan hahaha. 

Duk shopping barang online untuk baby ada kebaikannnya sebab aku takleh keluar dalam pantang. Habis pantang aje dah raya sooooo. Lepas tu pulak duduk rumah mertua bila masa nak beli barang. Lepas tu dah naik keje so kena mula buat stok untuk kerja la ni. Tapi rush membeli dan mendapat barang tu memang best la, lagi2 bila terkelup dalam rumah takde benda nak buat/fikir. Kalau ko x pernah rasa berpantang xyah cakap banyak pasal terasing dari dunia nyata.

Aku pernah baca satu artikel ni dia kata seorang addict ni tak kisahla bentuk apa pun dia akan addict punya kalau  di benar2 suka. Contoh besar drug addict la, kononnya kalau dia x jadi drug addict dia akan addict kat benda lain. Aku addict kat macam2 benda seperti kertas warna warni konon boleh buat arts, zip, butang, kain cotton comel2 dan apa saja yang datang dalam mcm2 warna. 

Menurut sini http://brainz.org/how-know-if-youre-addict/Camne nak tau ko ada ketagihan ialah dengan kesankan ini
   "If you find yourself drawn to a particular substance or activity to the point where you no longer have a choice about whether you will take it or perform it, you may be an addict. Needing more and more of the substance or activity to get the same effect may also be a sign that you're an addict."

Hah sah memang aku addict pada benda2 yang aku sehut di atas. Sekarang ni aku baru habis pantang tapi satu pun barang berikut tak dijahit2 lagi. Heheheheh. Jawabnya adakah aku kena beli mesin jahit dan belajar jahit? Cuba dan jaya kononnya? Rasa memang kena macam tu. Mana tau la kan, tetiba pulak pandai jahit boleh diy semua benda, asas gila DIY dah ada cuma skill DIY aje tak ada. 

Ok tu project next kot, lepas dah stabil duduk dengan baby. The least ada mesin jahit boleh tibai jahit seluar katok hehehehhe.

5 minggu lebih di bandar Johor Bahru

Pyan Rizal sang suami aku pernah offer aku untuk berpindah ke bandar kelahiranku Johor Bahru! Oh sangatlah sesuai kan. Tapi aku menolak mentah-mentah buat masa ini. Walaupun rtm dekat je dgn rumah aku dan laki aku punya kompeni pun ada cawangan kat sini tapi aku katakan tidak.

Aku kata kawan2 semua dan kehidupan ku pada masa ini kat sini dan aku memang nak spend masa kat kl dulu baru fikir nak ke negeri. Dalam masa 5 tahun lagi entah ke Johor, Seremban mahupun Kuantan tak tau lagila camne. Itu tempat2 yang ada rtm la.

Hakikatnya aku ada la kawan kat jb tapi ikatan aku dgn jay bee longgar sikit. Tahun 1995 aku sekolah Melaka dan 2000 sampai skang kat shah alam n kl. So...

Tapi setelah 35 hari dikuarantin di rumah aku pasti aku boleh survive di JB jika perlu berpindah. Oh BTW anak aku pun masuk 5 minggu today. Aku rasa macam makhluk kat zoo tu yang kalau dipindahkan ke zoo baru kena kuarantin. Agak2 dah masak baru lepaskan untul tontonan umum. Bukan aku kata aku macam haiwan dikurung tapi macam tu la. Setelah 5 minggu idea nak duk jb tu tidaklah nampak dahsyat sangat.

Hahaha sangat la aku nak pindah! Oh tidak. Kalau nak tahu aku nak ke pindah jb tanya aku lagi 5 tahun ye, sekarang aku x mahu lagi :P

Lupa dah nak buat entry apa sebenarnya. Takpe la bye.BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Merdeka and raya

A friend's facebook status ask, is waving jalur gemilang enough 2 show your patriotisme? I say it's 1 way of many, like nak braya you don't wear baju melayu just bcos it's raya but you still raya right. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Twitter saya

Meh follow me on twitter twitter.com/naderrara BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Jenab dan Zakry

Jenab suka sangat pada Zakry, tapi Zakry buat x heran. Macam2 Jenab buat untuk tarik perhatian Zakry macam kemas meja Zakry bila dia pergi solat Jumaat. Maklumlah sekolah asrama apa lagi budak pompuan nak buat kalau boring. Lepak kat kelas la macam boss, takde org nak pantau. Cikgu semua pergi rehatkan diri.

Meja Zakry selalunya semak sebab budak lelaki mana la pandai nak menyusun barang2. Jenab pun bukan la pengemas orangnya tapi kalau setakat nak susun harta benda dalam ruang bawah meja tu apa la payah, sekali seminggu je pun. Untuk orang yang dia suka juga.

Ni bulan puasa pula, Jenab ambil kesempatan ni untuk kirim juadah pasar Ramadhan pada Zakry. Maklumlah Zakry pun mesti nak makan fancy2 selain daripada makanan dewan makan kan.

Sebab Jenab tingkatan 5 maka suka hati je la dia pesan pada budak2 junior suruh hantar murtabak la, ayam percik la dan air katira pada Zakry. Jenab tak pasti Zakry makan ke tak apa yang dia hantar selama ni tapi dia ikhlas dan yang penting niat tu.

Tapi....

Zakry tak pernah kata apa pun, terima kasih ke atau tak suka. Dia buat tak tau je kat kelas walaupun jarak meja 5 meter aje. Jenab fikir, selagi Zakry tak kata "please stop" maknanya dia rela je kot. Sebenarnya Jenab dengan budak lelaki pun x mesra mana pun cuma dengan geng2 yang extra feminin tu je. Jadi no hal la pada Jenab.

Ini cerita lama sebenarnya, 12 tahun lepas. Masa tu usia Jenab 17 tahun dan teringin juga nak ada pakwe atau lebih kurang mcm tu. Bak kata orang sekarang 'teman tapi mesra'. Hakikatnya Jenab x kisah kalau Zakry reject dia tapi ni xde feedback je. Nampak la sangat bertepuk sebelah tangan. Tapi Jenab muka tembok jadi selagi tangan sana x menampar dia ok je.

Bulan berlalu dan Jenab buat je la apa yang dia rasa ok. Tapi pada suatu hari Jenab terserempak dengan junior dia. Junior dia kata "kak saya x sampai hati nak cite tapi ada kawan saya dengar kawan dia kata. Akak muka x lawa tapi ada hati nak ngorat Abang Zakry yang hensem lagi kacak tu". Waaaduuuhh menyirap darah Jenab dengarrr. Tak sangka dia yang ada juga insan yang sibuk nak tau cite pasal apa dia buat.

Terasa gak Jenab dengan kata-kata individu itu tapi Jenab x heran. Jenab x pernah rasa diri dia huduh berbanding orang lain, peduli la apa orang nak kata pada dia. Muka lawa bukan jaminan bahagia pun.

Ekceli Jenab suka2 je nak suka Zakry. Orang lain sibuk ada abang angkat la, adik angkat la dan pakwes maka dia teringin jue. Trend masa tu katakan.

Selang seminggu akhirnya Zakry hantar nota. Tapi Zakry pengecut, hantar nota yang reject Jenab tapi yang benar 'Haris'.

Jenab yang hanya rabun jauh baca tulisannya dan sah-sah tulisan si Zakry. Jenab gelak je la, sangat tak matang respon. Dua hari lepas tu masa kelas prep petang di waktu santai Zakry mara 5 meter ke meja Jenab. Dia duduk dengan muka serius sebelah kawan Jenab. Lalu dia kata "ko tak malu ke?"

Jenab kagum akhirnya Zakry bersuara juga pasal semuanya. Tapi Jenab x rasa la malu ke apa. "Nak malu apa, ada maruah yang ternoda ke?" Namun sejak haritu Jenab dah berhenti kacau Zakry. Tumpuannya beralih ke SPM pula.

Mesti anda terfikir kenapa Jenab sanggup cari timba kan. Sebabnya Jenab pernah skodeng nombor telefon Zakry dan telefon rumah dia masa satu hari cuti tu. Zakry angkat dan sambut dengan mesra. Tapi rupanya mesra kat telefon aje. Budak lelaki ni ada masa perangai macam perempuan juga kan. Pelik aje, kan senang kalau jadi macam aku. Tak nak kata tak nak je la.

Pada hari ini adakah masih dipandang senget orang perempuan kalau cari jejaka? Perigi cari timba? Makcik2 akan kata "Malulah kita orang perempuan cari lelaki." Tapi ada banyak kes lelaki yang kena paksa meminang si gadis. Kalau aku la tak de rasa salah pun. Masa ni la kita keluarkan kisah Siti Khadijah r.a meminang Rasulullah s.a.w.

Aku rasa aku pun yang memulakan langkah nak kahwin ni. Masa berkenalan dulu pun aku yang buka langkah juga. Tapi aku buka langkah pun silat belajar dalam 5 step aja.

What do you think?BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Stir


A heart softened by his cry
The warmth of his body touches her
The occasional smile he flashes warms her heart
Sometimes closing her eyes she could feel his soft skin

At all time he reminds her of his existence
Wants her to answer his call
Wants her to nourish him
Wants her to take care of him 
All the time

Her heart is stirred by this little guy
She can't refuse him
Even when she is bleary eyed from not enough sleep
Even as she entered a whole new world for him
All nervousness set aside
Her life is now his

Can't believe he is here after all
After an easy peasy pregnancy
Thank God for your gift
Hope I can give him the best that I could
As a mother to your hamba
The heir to this world

May he grew stronger by day
He will embrace the world
Carry it on his shoulders
A caliph of this world

Meme

Jumpa meme ni dlm blog azyze. Lama x buat benda mcm ni. Sape nak ikot silakan.

First sekali, kome orang Perak ke?
Nope, tapi makcik saya kawin dgn Penang and duduk Taiping, Perak. Anak2 dia dan dia cakap pekat Perak.

Jujur lah, siapa yang last sekali text kome?
Emmm, celcom. Dia kata penggunaan data dah nak max.

Kome tido bukak pintu ke tutup?
Tido tutup pintu la. Malu la org nampak tgh bergelimpangan atas katil.

Kome rajin minum teh?
Rajin, tapi tgh pantang jauhkan la.

Esok kome ade apape plan berjimba ke?
Berjimba dalam rumah smbl baca buku. Pantang style jimba.

Mana lagi kome takut: kulit gelap ke bibir pecah?
Kulit dah gelap maka bibir pecah la. Bibir pecah sakit la.

Kome terkejut idak kalau tetiba mak kome kata dia mengandung lagi?
Tak. Tapi dia dah menopos so agak penat la kot. Dapat la adik satu lagi.

Kome lebih suka pergi cuti pantai ke cuti hutan?
Pantai sbb aku suka sangat pantai. I like the sun, sea and shore.

Kome teringin idak nak kawen?
Alhamdulilah dah kahwin setahun.

Sekarang ni kome pakai jeans ke, baju tido ke, ape?
Uniform pantang - kain batik.

Macamana agaknye kalau kome kawen dengan orang yang kome last sekali mesej?
Kome adalah sejenis artificial intelligence la.

Orang terakhir yang kome kongsi rahsia?
Suami kome la.

Sekarang ni kome dengar lagu ape?
Lagu kipas berputar hahaha.

Kat mana tempat last kome tertido, selain katil kome?
Kerusi kat depan. Kome senang nak tgk anak kome.

Kome rasa kan, ade tak seseorang yang akan kekal dalam hati kome sampai bila-bila?
Ada, my two besties. Eh seseorang aje ye, azyze and idayunus. Suami dgn anak of kos la, itu spesel maaa.

Kome rasa, berbaloi ke ada relationship?
Baloi la sebab aku manusia yang suka berbual dgn org bila tensen atau nak dapat idea.

Kome percaya dengan CINTA?
Ya. Cinta itu buat dunia puter puteran.

Bila kali terakhir kome jumpa bapak kome?
Tadi pagi masa dia gosok baju pukul 6 pagi.

Kome ada apape memori yang kome nak padam dari ingatan?
Ada, tapi xleh la. Apa kome nye memori adalah yang membuatkan kome begini hari ni.

Ada tak sesape yang kome nak ajak lepak untuk berborak dan berkongsi cerita?
Ada, tapi kome tatau bile dia habis keje.

Pernah idak sesape panggil kome prince atau princess?
Tak, Kome geli hahaha. Selalu org panggil puan aje. Suami panggil baby :)

Kome rasa boleh ke bebudak remaja betul-betul jatuh cinta?
Boleh kot, tapi versi mentah la. Cinta kan banyak versi.

Secepat mana mood kome bertukar?
Hmmmmm lambat la mood nak tukar, paling lama boleh bosan 2 jam lepas tu gua blah.

Sekarang ni kome mood ape?
Mood nak mensurf sbb x leh tido, panas.

Kome nak sesape telefon kome ke sekarang ni?
Takla, anak kome tgh nangis.

Apa yang sentiasa kome bawak dengan diri kome?
Hp and anak!

Katil kome selese tak?
Selesa. Pakai cadar kahwin lagi warna merah awwww.

Kome rasa kome ni understanding tak?
Sangat understanding tau.

Kome ni boleh kira manusia yang periang ke?
Periang dan serius mengikut masa. Hmmm mungkin patut naikkan faktor periang itu lagi2 nak mulakan hidup dengan anak.

Siape ade dalam gambar profil kome?
Kome aje. Untuk blog ni, twitter dan fb.

Kome single ke masa Valentines Day haritu?
Tidak, dah berkapel sejak 7 thn dulu.

Ape filem terakhir kome tengok?
Lupa plak filem apa tgk kat wayang. Tapi filem kat tv ialah ending Legenda Budak Setan.

Kome dengar lagu-lagu tak selepas kome abes?
Lagu apa? Habis apa?

Berapa lama masanya untuk kome tido?
Skang paling lama sejam je sekali tido.

Kome banyak cakap idak?
Banyak la cakap kalau ada orang yg sudi dengar.

Boleh kome describe cinta dalam 2 perkataan aje?
Percaya dan sayang.BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Anugerah

Anakku memang anugerah Illahi. Memanglah kan. Ok ok, aku susun balik kata-kata itu lebih spesifik jadinya. 

Anakku anugerah kepada keluarga aku dan mertua ku. Siapa lagi yang boleh buat orang keliling curahkan ratus2 ringgit semata-mata untuk jumpa dia? Cucu pertama la katakan. Aku pun tidak dapat menarik org untuk bagi hadiah ratus-ratus secara demand. 

Baru 21 hari jadi mak. Banyak benda nak belajar lagi ni. 


Dia lahir 5 hari sebelum aku dan pyan rizal sambut anniversary kami yang pertama. Memang aku plan nak rancang keluarga at least setahun sebab aku kan carefree orangnya. Nak enjoy diri dengan suami je. Maklumla dah kapel 6.5 years konon nak bergomol-gomol berduaan aje, nak tgk wayang tanpa kena fikir si kecil, nak pergi bercuti sana sini dan enjoy hidup sukaria pengantin baru.  

Lama dow kapel rasa mcm nak terbalik dunia, tapi Alhamdulillah tahan la nafsu nak bersenggama tu sampai tunang dan kahwin.

Tapi pyan rizal nak anak cepat sebenonye. Kalau boleh la katanya sebab dia suka budak2 cuma aku aje yang x heran kat budak2. Maklumlah adik aku pun beza 2.5 thn dgn aku dan kali terakhir ada baby ialah 19 thn dulu. Masa tu mak aku babysit anak sedara dia dr 6 bln ke 5 thn dan aku smpat merasa selama 3 tahun je sebelum aku masuk Mozac9599.  

Aku memang x pernah salin lampin baby, tengok org susukan baby secara live, dan nak pegang baby 5 hari pun rasa neves. Eh aku nak la anak tapi kalau ada awal xpe, cuma kalau bisa dilambatkan okeh juga. Lepas kahwin tu siap nak amek pil perancang and siap semangat call my former schoolmate saorang doktor. Tapi lepas tu mcm x berapa gigih nak dapatkan pun...

Tapi. Slps 2 bln hidup berdua rasa mcm rentak hidup sama aje. So akhirnya aku doa pada Tuhan kalo ada cepat ok juga.  

Masa bln oktober 2010, bendera merah aku x melambai dah 2 minggu. Sebab ia memang tepat melambai selalunya maka aku yakin la mcm ada sesuatu aje. Malam tu juga pes time aku try pregnancy test kit. Xpernah la aku tgk depan mata bentuk dia. Asek tengok dalam tv kat cite2 omputeh je. 

Eh eh eh kalau cite omputeh je kan ada pregnancy test kit. Kalau cite melayu muntah2 kat sinki pastu tengok cermin ternganga sebab tiba2 terlintas "gua hamil!". Kalau cite Tamil/hindi pengsan lepas tu hantar spital and doctor kata "tahniah, anda sebenarnya hamil!" duhh. Cite cine aku dah lama x tengok jadi x tau. 

Hasilnya positif yeah. Soooo aku suka la kan sbb Allah dah beri can aku hamil. Tapi pyan rizal terkebil jap sebab dia mcm x caya aku preggie. Of course la I gi klinik untuk pengesahan lepas tu.

Di fastforwardkan aku beritau mak aku, kakak aku and bestie aku. Budak2 opis dan yang lain2 aku beritau lambat sikit la sbb nerves uu.  

So 9 bln berlalu dan baby pun lahir. Masa dia lahir aku duk spital dua malam kena monitor sebab caesar. Dua-dua malam tu tawakal je la cuba breastfeed bayi. Masa dia lahir smpi 3 hari mcm tu kena bagi kolostrum yg sgt baik utk baby. Oh lupa masa cek kat PPUM pun ada dia bagi talk psl penyusuan susu ibu. Tapi satu benda aku fail ialah nak salin lampin dia. Hehehehehehh.  


Usia 48 jam di muka bumi 


Malam tragis bagi ibu first time bernama Aku tu ialah malam kedua kat hospital. Mikael nangis beria-ia. Emmm pagi buta sebenarnya dlm pkl 2 mcm tu. Aku dahla x dpt nak tido sbb nurse dtg tiap2 2 jam cek blood pressure, bagi ubat, dr datang cek, kena injek sana sini. Dia plak nangis mcm kena pukul, kuat oooo. 

So masa dia  nangis tu aku mcm blur tatau nak buat apa. Sekali cek bontot rupanya berak pertama dia. Oleh sbb aku xde pengalaman so aku roger nurse la kan. Sekali nurse datang suruh lap2 pakai wet tisu je. Duuuhhhh x friendly langsung. Bagi arahan pakai mulut and blah dlm masa 30 saat. Dabel duuuuh betul. Siap kau kalau aku jumpa lenkali. 

Nasib baik org sebelah aku tu sudi membantu. Nama dia Tini and dia first time mom juga tapi dia ada byk anak buah so kacang je pada dia. Kali kedua Mikael nangis pun dia yg tolong tukar. Aku memang dah blur x cukup tido masa tu.  

Tini nye anak lahir normal tapi kena masuk wad sebab masa lahir belakang dia lembik. So dia duk sorang2 kat wad sebelum aku masuk. Bila waktu melawat dia gi tengok anak dia kat wad kanak-kanak. Masa pagi pertama aku kat wad tu (anak aku lahir mlm sebelum tu) nurse tego dia nape x perah susu. Duhhhhh dah dua hari baru nak beritau ke? Tini tu masuk wad hari Ahad tapi hari selasa baru ko nak bitau..... Aku tak cek wad tu friendly penyusuan ke tak. Friendly kot tapi nurse2 ada yg x cukup informatif. 

Eh ok, berbalik kepada cite pasal anugerah tadi. So seminggu pertama tu mak and mak mertua aku ada bersama. Hidup tak berapa indah sbb aku rasa mcm alien. Efek tahan sakit 11 jam tu memang melembikkan la. Aku x tahu hari ni hari apa, lepas tu baby nak susu 2 jam sekali. Ada 3 malam tu dia nak susu 40 minit sekali. Bila imbas semula aku rasa sbb aku x tukar lampin dia kot. Letak balik je dalam 30 minit dia marah. Aku tau sumbat susu aje. Waduuuuh fail ini mak.

Ok enough about me, biasa la mcm program tv ada byk insert and cut away heh.  

Mikael membuatkan mak long and mak su dia berkejaran balik rumah dr KL nun sana. Merapatkan juga hubungan mak mertua dan mak aku yg last jumpa masa aku bertandang tahun lepas.  Bapak mertua aku belum jumpa dia lagi ni sbb x mo ikut mak mertua aku masa dia datang kl. Tapi aku dah kirim gambar berhelai2 dalam laptop pyan rizal, ko nak gambo apa? Ada jutas jutas daripada telepong and kamera yg aku amek. 

Tengah tunggu teksi nak ke klinik cek jaundis pada usia dia 15 hari. Alhamdulillah x ada. 

Mikael sebelum dibotakkan 

Sedang dibotakkan 

Baby botak


Aku pula gitu-gitu je dengan anak aku kalau orang ramai ada. Bagi can kat bapak dia layan bila balik weekend tu. Dah 3 hari x salin lampin dia berak hahahaah. Hari ni kembali spt biasa la. Tapi lagi 3 minggu ke 4 minggu dia akan feed 3-4 jam so rileks la sikit badan. Nak nyusu 10 minit tapi nak sendawakan tambah 10 minit, kalau sendawa x mo kua maka kena dudukkan tegak sampai 15 minit. Klo x air susu dlm perut dia boleh terkua and takut dia tersedak. Tersedak masuk dalam paru2 dikhuatiri lemas. Oh tidak! Moga Allah pelihara kesejahteraan diri Mikael dan omaknya. Omaknya pun kena extra alert time nyusu ni. 

Aku harap kehadiran Mikael akan menjadikan aku insan lebih baik. Lepas sakit beranak of course la insaf. Masa sakit nak beranak tu semua selawat keluar dan siap belajar selawat lagi dr nurse.  

Siap buat reflection lagi tu maybe payah nak beranak sebab selalu marah2 suami kot. Ohohoho. Hospital tu x bagi suami masuk sebab ada sejarah suami tumbuk doktor dalam bilik bedah. So suami aku masuk kejap2 aje. Tapi dia nanges la tengok aku dalam labour. Mencungap tau nak tahan sakit tu, cuma bila dapat gas tahan sakit lega sikittttt. Sikit je la.  

Aku bersyukur Allah bagi aku can jaga anugerahnya ini, begitu juga semua ahli keluarga ku. Mereka memang sayang gilossss la kat dia. Aku pula sedang belajar menyayanginya, belajar memahami tangisnya yang banyak jenis tu. Syukur Alhamdulillah. 

Semoga Allah berkati usaha aku dan keluarga menjaga khalifah cinonetNya ini. InsyaAllah. 

Reading a book

I think hidup aku perlukan sedos buku. Oleh itu aku akan baca novel hari ni. Dos yg mujarab ialah 2 biji sebulan. Babai fb n twitter (sgtla kan) hehehehehehehehh.

Burppp

Aku rasa lemau duduk rumah lama-lama, maklumlah kebebasan untuk mendapatkan sesuatu di kedai tiada. Sifat aku yang tidak berapa mempercayai orang lain untuk beli barang aku skang kena ubah. Aku kena bergantung pada orang lain pula. Itu rasanya yang kadang2 menyebabkan aku lemah hidup terkedap dalam pantang. Aku nak itu ini kena tunggu 2,3 hari baru dapat berbanding masa hamil dulu bila semua benda boleh dapat hari tu. Kalau x dpt beli merajuk. Huhuhuu. Sekarang minta hari ni mungkin minggu depan baru dapat.

Kisah hidup aku pula slow motion sekarang. Isu negara bukan lagi hal yang aku perlu ambil tahu dengan gigih. Masa aku hanya ada untuk buat keperluan asas. Aku sukar hadapi keadaan itu. Orang lain yang datang dan pergi dari rumah ini tak merasai itu semua. Mereka hanya nampak aku perlu berehat dan suruh take it easy. Tapi mereka lepas keluar dari rumah ni boleh tengok wayang dan release tension mcm2.

Hidup di rumah dengan keluarga juga banyak melibatkan drama hari-hari yang lain daripada aku amalkan. Aku amalkan hidup bila tak puas hati cakap tapi di sini cakap kena berlapik. Walaupun ada orang kata dia bercakap nyata tapi sebenarnya cara dia komunikasi dgn aku lain. 

Wujud pula elemen negatif yang kalau diusir dari hidup ni pun takpe. Menjengkelkan sahaja. Kadang2 aku pelik fikir siapa yang baru lepas beranak di rumah ini? Bullshit yang aku tak perlu hadapi sepanjang aku berada jauh dari rumah kini aku hadapi hari2. Bukan hari2 malahan setiap masa. Aku selalu buat bodoh sbb pada aku dia x layak nak demand itu ini dengan perangain x semenggah dia tu. Tapi sesetengah benda kena let it be la kan.

Macam drama swasta kan yang meleleh2 tu, kalau aku benci aku tutup je tv. Tapi di sini tak bolehla...

Aku juga selalu curi masa nak online sbb dulu aku hari2 online. Tapi ni aku kena belajar offline. Semalaman semalam aku tinggal hp dlm bilik. Dan aku kena limitkan guna internet mulai hari ni sbb baby bangun 2 jam sekali. 

Oklah bye2 kehidupan maya. See u later.

Mind

Now i know why mothers in confinement talk about their baby all the time. Because
- i see, wake up, feed, burp baby every 2 hours.
-there's no time for leisure activity as i only have about an hour in between feeding
- feeding takes half an hour plus burping and then off to eat, take a bath, update fb/blog/twitter, entertain visitors or family who came.
- i only have two hands to feed, express milk and sometimes i silence my hp if i really need to sleep. Luckily my mum cooks and washes my clothes for me, bathes and buys stuff for me. She also bathes baby and change her nappy when i am in the bathroom.
-feeding and changing baby's nappy is 85 percent my chore.

Now i sleep in the couch as all my baby equipment is in the front. Getting out of bed was hard as the bed was springy and i was having a hard time getting up to feed baby.

After bathing i usually airdry the stitches for 15 minutes. Now the stitches have healed and the dried blood are coming off. But the inside stitches are still on their way to recovery. I walk to and fro from the bed to the kitchen. Set the table with the food my mom has cooked. Online sources said to not lift anything heavier than baby.

Now i go with the flow as scheduling my life isn't working at all. Baby rules and that's why it is called confinement. Learning to live with baby.

Now i need to ensure that i won't feel so lethargic and moody when i feed baby at 1, 3, 5 ams.

Pleasd understand your post natal friends, their hormones are out of the window and as a new mother who have never take care of a baby i see new things each day. I didn't know that babies drink like they have been running a 10km marathon. Nor did i know that the chance to get jaundice only disappears after baby is 20 days old. Right now my baby has mild jaundice and i have to monitor him until tomorrow.

I am aligning my thoughts towards a new life. It was tough the first week as i was forgetful, mood swingy and my bff raged because i didn't pick up the phone when she called. Hmmm... Being alienated from the world and facing so many new things at the same time was challenging to me. I know that millions of women post caesarian have walked the same road as mine and if they succeeded so can I.

Most importantly is to take care of myself and feelings before others and become a mother to dear Mikael. Maybe i should detox myself from the net and see what else that i can do and discover about myself.

Luckily mikael cooperates with me from day 1. He cries only when he is hungry, needs change or couldn't sleep. And i read somewhere that a new mother spend 6 hrs a day feeding baby. Ok, that's my life now. Byee. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

hELLO

hELLO
:D

Followers