Pages

Mitos suka hati dalam masyarakat

Orang kita memang suka buat mitos suka hati dalam kehidupan sehari-hari. Selalunya mitos itu ialah kepercayaan turun temurun. Antara mitos yang aku malas nak cari asal usul tapi selalu dengar ialah

1. Kalau asah pensel sampai lebih pendek lagi daripada jari kelingking atau asah depan belakang mcm pensel nak bertukang tu nanti emak akan mati cepat. Ini aku dengar masa darjah 2. Macam mana nyawa mak kau bergantung pada kepanjangan pensel sangat persamaan tak linear mahupun kuadratik.

2. Kalau kau rampas laki orang nanti orang lain rampas laki kau balik. Hah yolah, aku tengok ada je yang tackle laki orang berjaya hidup aman damai dengan 'laki orangnya' itu sampai mati.

3. Semasa isteri pregnant dan suami ada bunuh haiwan maka anak itu boleh terkenan dengan rupa bentuk haiwan itu. Cheitss. Allah tidak akan hukum anak tak berdosa itu dengan jadikan ia serupa dengan haiwan itu kot. Kejam sungguh kepercayaan ini.

4. Kalau aku baca Harian Metro selalu aje ada statement ini berikutan dengan perangai terakhir arwah x. "Perangai dia pelik sejurus sebelum dia meninggalkan kami, agaknya dia dah tau bila dia nak pergi'.

Tapi juga sesiapa pun takkan tau bila dia akan pergi meninggalkan alam fana ini sebab ada juga statement begini "Perangai dia mcm biasa aje tak de pun pelik2 sebelum pergi meninggalkan kami".

5. Bila sebut pasal kematian aje terus taboo walhal kalau mati bukan tanda Allah sayang kat kita ke. Mungkin kita belum bersedia tapi kalau kena panggil awal kurang sikit dosa.


6. Hmmm xde dah. Ok itu aje.

ps: aku nak tergelak dalam laporan berita suatu masa dahulu apabila dorang jumpa ikan berbentuk aneh terda mpar tepi laut. Laporan tu kata ikan tu badan mcm ikan lumba-lumba muncung mcm boye. Haha.

2 comments:

nora ashikin said...

betul tu! ntah pape ntah org zaman dulu2 punya mitos! hahahaha.. ada sesetengahnya ada maksud tersirat di sebalik mitos tu, contohnya macam 'anak dara tak baik menyanyi kat dapo, nanti dapat laki tua' padahal dorang tak bg anak dara dorang nyanyi sebab tak manis di pandang org. hahaha!

Naddy said...

hehe ye la kinkin. mengongkan mereka2 nie. pandai buat kepercayaan sendiri.

hELLO

hELLO
:D

Followers