Pages

Worked, took a few days off, worked and a few more days off.

It is the end of the year again and with SPM and school holiday just around the corner, the beginning of the year end is coming.  

This is the beginning to an end, a beginning to an end, a beginning to an end.

A few years back I saw a line like this from a t shirt I think. It has stuck with me since. A beginning to an end, a beginning of 2014's end. It is a mixed feeling of ending a year and meeting a new one. Happy that something has ended and another one is coming, a new year, new resolutions, new things to look forward to, past things to ponder about. A year's end offers a closure, like an ending to a moment in life, a practical way to not let life feels overwhelming, compartmentalize it in a 365 days period. For example, I am planning to be buried in sewing towards middle of 2015 since I only sew a bit in 2014. I am also aiming to upgrade a few beloved items, like my camera, a house (rent or buy) and maybe a few new skills.

The ending of year hits me hard at times, since I am a January baby so the thought of 2015 means an upcoming birthday and having to accept that I am turning a year older. Although age is just a number, it stills jitter me sometimes. For now I am just going to chill and freak out when I meet the big 40. Exterior chill - interior panicking about getting old, the usual grouses, power spec naik, berat bertambah, some body parts going south and such.

Anyway moving to another topic. I took a few days off recently, since my spouse had to finish his off days before 2015 approaches. So I took some days off to join him in an excursion to his hometown. Since we had enough of Temerloh, I asked him to take me to Kuala Lipis. As we don't really know which road to use, we end up following the road signs from Jerantut to Lipis. Our Internet was out so we were basically clueless. 

The ride was long at 3 hours, which could be shortened if we knew which road to use. The roads were snakey and at some point we were the only car there, so we realized we used an unpopular road, or was it because it was a week day so not many people are travelling around. We took off at around 2 pm and arrived at 5pm. When we arrived in Kuala Lipis, the feeling was priceless. But looking back, if I knew it was going to take that long, maybe I wouldn't push for the trip. Lucky I was clueless.


Some shophouses in Kuala Lipis, Pahang.  I have begun to love old buildings. They are unique and feels homely compared to modern buildings of my time, referring to 80s building.



The District Council building which was situated on a hill. 5 more years and it will be a 100 
years old building. Very antique. It was the resident of colonial people who came to Malaysia to administer the town.


Me with the KM 0. Some people said that Lipis is the middle of Peninsular Malaysia, well actually Temerloh is the center. According to this link, "The "0" milestone near the post office in Kuala Lipis is actually a distance marker used by the old, pre-independence British administration for sending letters and telegrams to other districts and locations in Malaya."

It was raining lightly that day, so everyone was in the car while I was running here and there taking pictures. Once in awhile taking pictures of me without the kids seems strange. My camera made it looked like it was a shining bright day.





Nice buildings, nice place, it was worth it although the overall visit lasted an hour only. I can scratch that thing about going to a place where you have never been to, at least once a year. And bye bye.
x

If tomorrow is my last day on earth

If tomorrow is my last day on earth, I will wake up really early so I could come home really early. Then I would cuddle my sons and cook them dinner. When my husband comes home, I will kiss him and tell him that I love him and thank him for marrying me and provide for the kids.

After the kids went to bed I will jot down my day in a few simple sentences in a diary. When the kids sleep, I will go to my craft section and say bye bye to them. Then I will lie down and die.

Wait... why would I wait until my last day to be sweet and loving. Why don't I just do it everyday. This is a wonderful thing that I am thinking now. I should always remind myself that everyday should be like my last day on earth. It is just an ordinary day but it would be really special if it resonates deep within everyday of my daily days.

Well, got to go home now and kiss my sons. Nanowrimo will resume later. Lols.

Nanowrimo Day 6,7,8,9 and 10 (218)

Hari ini aku menjanjikan akan menulis lebih baik daripada esok. Mari kita teruskan menaip walaupun agak kehabisan idea juga ni. Aku memang tidak langsung mengamalkan apa yang aku tulis awal-awal tadi. Maka kesimpulannya aku akan tulis dengan agenda mengarut sahaja hari ini.

Hari ini aku diingatkan mengapa penulisan esei amat penting dalam kehidupan. Penulisan penting kerana sebagai manusia bertamadun kita harus tahu merekodkan apa yang terjadi dalam kehidupan. Ini kerana tulisan dapat merekodkan apa yang terjadi hari ini untuk bacaan anak-anak kita. Ingat tak BOTAKK yang cikgu ajar dahulu semasa sekolah menengah / rendah, maaf aku tidak ingat. Ia adalah ciri-ciri tamadun. B ialah Bahasa, O ialah organisasi, T ialah tulisan, A ialah agama dan K - pengkhususan pekerjaan. Aku rasa aku belajar dulu lain je maksud K tu, tapi tak mengapalah, tapi lebih kurang je maksudnya.

Maka tulisan ialah suatu bentuk tamadun, sebagai manusia bertamadun apabila kita ada tulisan maka dapatlah kita menyimpan rekod. Tak kisahlah tulisan tu bentuk canggih macam bahasa Melayu sedia ada, mahu pun lukisan anak-anak kita yang dia lorek-lorek masa dia usia 3 tahun kan. Cukup kita catatkan tarikh atas kertas lukisan tu pasti kita akan ingat bila kita tengok balik setelah 2-3 tahun berlalu.

Hari ini bakal berakhir maka aku sambung esok kerana ada perkara lebih penting untuk aku buat. Nanti kita sambung ya.

ps: I am 70 percent behind schedule. I will try to strive for more words tomorrow.

NANOWRIMO Day 5 (512)

Masuk hari ke 5 bernanowrimo memang peluh jantan semua keluar. Ya seperti aku katakan dalam hari pertama punya nanowrimo, motivasi aku dah kurang. Maka aku akan buat senaman minda untuk hari esok demi kesinambungan kepada nanowimo. Aku juga mengambil keputusan tak logik dengan menukar tajuk nanowrimo aku kepada, Aku dengar kau teringin jadi mak? atau dalam tajuk lainnya So, you want to be a mom?

Aku dapat idea ini daripada mengelamun semalam, biasa la kalau jadi mak ni banyak benda nak kena brainstorm sambil buat kerja-kerja rumah tu. Contohnya macam tengah basuh pinggan, air sinki kat rumah aku pula kecik, maka aku akan menerawang fikir apa yang aku boleh buat untuk memperbaiki gaya hidup aku. Contohnya macam basuh botol simpanan susu aku yang berlambak kat pejabat ke, sebab aku memang menghabiskan 20 minit sehari nak mencuci botol. Masa yang pendek itu patut aku habiskan dengan menatap wajah bayi aku atau berinteraksi dengan anak sulung aku je. Maklumlah, sampai rumah dah pukul 7 lepas tu yang kecik tu meminta nak tidur selalunya, maka aku ada masa yang sangat-sangat suntuk sehari.'

Sebelum aku jadi seorang mak, aku memang tak tau sangat la pasal nak jadi ibu. Aku melahirkan anak dan membiasakan diri hari-hari jaga anak, lepas tu aku baca laman web dan dengar naluri aku untuk mengemudi hidup anak aku. Setakat ini macam berjaya setakat kemahiran dia tau mana mata dia, mulut, hidung dan telinga. Cuma bab keagamaan tu aku tak berapa nak pandai melatih dia. Sikit-sikit la kan aku kena ajar dia, lama-lama mesti dia akan terbiasa. Kalau spiderman, batman, ultraman dan ironman dia boleh beza maknanya dia mudah menerima benda baharu la tu.

Ok, aku tujukan kepada semua orang yang belum pernah jadi ibu. Hakikatnya aku pun bukanlah mak yang pandai mana. Aku pun baru 3 tahun 4 bulan menjadi ibu dan masih banyak perkara yang aku perlu pelajari dan alami baru aku pandai. Setakat ini aku cuma berpengalaman menjaga bayi, tapi bayi yang minum susu ibulah, bayi yang minum susu botol aku belum pernah jaga. Bayi susu ibu ni kalau menangis kita bagi je susu, kalau dia tidak mahu barulah kita cek pampers dia, dukung dia, bawa dia keluar bilik atau bercakap dengan dia.

Kepada mereka yang belum pernah anak, ya memang jadi ibu akan merubah engkau, tapi mungkin dalam 50 peratus sahaja. Secara amnya kau masih orang yang sama, cuma kau kena jaga seorang anak sahaja dan masa kau untuk dia. Oh dan duit kau pun untuk dia, tak ada dah spare cash nak beli handbag baru setiap bulan, mahu pun beli kasut lagi 4 macam. Masa ini baru kau sedar bahawa selama ini kau ada duit lebih tu sebab kau akan menggunakannya untuk anak. Ini pendapat aku la, kadang-kadang kan kita macam ada duit lebihan yang banyak dan kita nak membeli-belah bersuka ria walaupun benda tu perlu. Maka bila kita ada anak, kebanyakan benda yang kita beli ialah perlu. Tak apa tak dapat shopping tu. Mula-mula akan rasa macam teringin sangat nak shopping, namun lama-lama kau akan tak shopping sangat sebab kau rasa baik beli barang anak kau sahaja.

ps: ketandusan 2376 perkataan.

Nanowrimo Day 4 (741)

Aku mula pandai menulis karangan semasa di sekolah menengah di mana kita boleh mengarang secara separa bebas. Sebelum tu karangan kita kan sekadar isi tempat kosong atau buat sambungan cerita berdasarkan maklumat yang disediakan. Semasa di sekolah menengah aku mula mencari identiti dalam penulisan walaupun aku hanya mengarang untuk subjek bahasa malaysia dan bahasa inggeris.

Aku suka memanjang-manjangkan karangan. Contohnya jika arahan karangan mahukan 300 patah perkataan, aku pula akan menulis berpanjangan sehingga mencecah 500 patah perkataan. Esei aku, lebih-lebih lagi bila esei bahasa inggeris semacam tidak mahu berhenti. Sepatutnya ceritanya habis di halaman tiga namun apabila aku tengok ada lagi 40 minit masa peperiksaan, aku lagi giat nak menambah cerita. Bila diimbas kembali macam tengok filem Artificial Intelligence (AI) yang boleh dhentikan ceritanya di saat robot itu tenggelam dalam kapal selam. Kita biar penonton memikirkan nasib si robot selepas itu. Tetapi tidak, pengarahnya menyambung cerita itu dengan menunjukkan bahawa ada alien yang sangat tertarik dengan robot itu. Maka si alien telah mengklon emak angkat si anak robot itu dan berikan dia peluang untuk bersama ibu angkatnya selama sehari buat kali terakhir.

Begitula aku dalam penulisan. Aku macam tak faham bagaimana sesebuah cerita itu harus berakhir. Sekarang baru aku faham semua cerita harus ada kemuncaknya atau climax sebelum menuju kepada pengakhirannya. Tengok drama-drama bersiri sekarang ini lebih menumpukan kepada klimaks sahaja untuk menarik penonton terus setia. Apabila ada climax maka ada cliffhangernya, di mana penonton harus sambung tengok episod seterusnya untuk tahu apa yang bakal berlaku.

Selama aku berblogging, 7 tahun lebih kurang, kadang-kadang aku tidak ada mood untuk mengarang. Ada hari aku mahu bercerita kisah yang aku nak blog tapi tidak ada mood. Bagaikan tiada jiwa nak memulakan ayat, mungkin kerana tiada motivasi. Aku rasa apabila hidup kita tidak ada motivasi kita selalu tidak teruja untuk melakukan perkara macam berblogging. Contohnya sekarang aku mahu amat menjayakan nanowrimo, maka aku akan cuba menaip 1667 patah perkataan sehari. semalam aku gagal sedikit kerana tidak dapat menghasilkan lagi 500 patah perkataan. aku hanya mahu mengejar rangka untuk penulisan nanwrimo seterusnya. Selepas itu pengasuh aku pula cuti kecemasan, maka aku hanya duduk di rumah sambil menjaga anak sahaja.

Penulisan dalam hidup aku yang paling berlebih-lebihan ialah nanowrimo ini sebenarnya. Cita-cita untuk bernanowrimo juga yang paling unggul aku mahu kecapi setakat ini. Walaupun aku saban tahun menanam impian untuk menulis novel sebelum aku 25 tahun la, dan sebelum aku mencapai usia 3 dekad la, namun semuanya hanya anganan di hati dan bibir. Oh dan jangan lupa aku pernah berangan nak meghasilkan biografi mengenai diriku sebelum aku mencecah usia 32. Hahaha, aku sudah 32 dan aku belum ada biografi kerana aku rasa tiada apa yang aku boleh kongsikan mengenai hidupku pada hari ini.

Eh lupa, penulisan paling gigih dahulu pun aku pernah menterjemah sebuah ebook. Sayangnya ia tidak berhasil kerana ada perkataan yang aku tidak dapat terjemah dengan elok. Setelah pemilik ebook itu menegur aku dengan mengatakan aku ibarat tidak pandai menterjemah, terus aku lumpuh dan melupakan hasrat untuk menterjemah. Aku mendiamkan diri selepas itu, dan aku pun tidak tahu sama ada dia ada menggunakan hasil terjemahan aku itu.

Selain itu aku juga pernah menterjemah skrip kepada rakan aku, dan dapatlah sedikit bayaran. Skripnya ialah dokumentari mengenai pasca bersalin, atau berpantang. Aku ada masalah pada penterjemahan itu kerana ada beberapa perkara yang aku tidak dapat terjemah, namun rakan aku itu membayar juga beberapa ratus. Alhamdulillah, rezeki juga kan. Walaupun agak sakit kepala nak menghabiskan penterjemahan itu kerana aku tidak dapat mencari maksud perkataan tertentu. Sebelum itu lagi aku pernah menterjemah secara percuma untuk rakan sepejabat aku. Dia merupakan pelajar separuh masa dan pensyarahnya memberikan assignment padanya iaitu menterjemah beberapa bab dalam buku tulisan pensyarahnya itu. Aku rasa pensyarahnya mahu mencari penterjemah percuma untuk karya sahaja kerana sangat payah mahu menterjemah naskhah akademik. Aku rasa hanya mereka yang berfikiran kompleks sahaja akan faham bagaimana penulisannya. Nasib baikla aku ada asas maka aku cuba juga.

Buat kerja-kerja terjemahan percuma begini walaupun sangat sukar namun ia sebenarnya mampu menajamkan kemahiran menterjemah aku. Itu sahaja rasanya paling gigih aku menaip selain daripada berblogging.

Sebenarnya hari ini aku juga tiada mood untuk menterjemah. Aku hanya mahu melarikan diri daripada nanowrimo ini. Mungkin aku patut menukar penulisan nanowrimo ini ke bentuk penceritaan, daripada sebuah karya berbentuk penceritaan nanowrimo kepada bentuk yang lebih mudah aku fikirkan idea. Jika aku menukar sekarang maka aku akan ada masa untuk menyusun semula karya aku daripada mula.

Baiklah bertemu esok. Dan aku sebenarnya berhutang sehari punya penulisan

741 perkataan


Nanowrimo Day 3 (1227)

Persediaan ke arah nanowrimo. Pertama sekali haruslah ada kemudahan untuk menaip. Kalau tak dapat menaip kena la menulis atas kertas. Jangan pandang remeh terhadap menulis dalam kertas ini. Tidak ada yang payahnya mengenai menulis dalam kertas ni, cuma agak leceh bila bab mengira perkataan tu. Mudah sahaja mengira, kita gunakan teknik mengira huruf begini. Pertama kira setiap barisan ada purata berapa perkataan dan lepas tu darab dengan jumlah barisan karangan korang. Katalah sebaris purata 7 perkataan, maka darabkan 7 perkataan dengan 30 baris karangan, hasilnya ialah 210 patah perkataan . Kalau ada barisan yang separuh je sebab dah habis peranggan tu maka jadikan ia 0.5 dan tambah dengan barisan seterusnya yang separuh juga panjangnya. Kira separuh dan separuh jadi sebaris. Kalau nak kira sebiji-sebiji perkataan setiap barisan itu sangatlah larat kan.

Kalau anda tidak ada word document jangan risau, yang penting ada Internet. Kalau menaip dalam notepad atau wordpad boleh copy dan paste ke dalam word counter. Word counter tu anda sila cari di Internet, ada macam-macam laman web yang mengira perkataan. Komputer aku tak ada word document maka aku taip je dalam wordpad dan aku akan salin semua dan tampal dalam word count. Selalunya aku mengambil masa 40 minit ke sejam dengan kaedah menaip tanpa henti, untuk menghasilkan sebuah karangan mengandungi 1667 patah perkataan.

Jika terlebih tak apa, tapi kalau terkurang tu tambah-tambahkan beberapa perenggan lagi. Aku agak-agak setiap perenggan lebih kurang 50 patah perkataan selalunya.  Jadi kalau terkurang 100 perkataam maka korang tambah dua perenggan. Apabila dah menulis sebanyak 1000 perkataan maka jangan risau mesti banyak ayat tambahan akan muncul.

Aku pernah menyampah baca novel cintan sebab banyak sangat dilemma watak utamanya. Nak cerita pasal kecewa sahaja 3 halaman. Macam la orang lain tak sedih, tak ditinggalkan pakwe, ni ulang-ulang kekecewaan dia sampai berlaman banyaknya. Agaknya inilah yang dikatakan oleh air mata, dika air mata boleh bercerita. Sehalaman ayat sedih sama dengan satu sesi menangis.

Setelah menaip 1667 patah perkataan kenalah periksa secara asasnya ejaan korang betul ke tidak. Aku setakat ini cek secara am sahaja ejaan, tapi jika menaip di telefon lebih mudah kerana ada pemeriksa ejaan siap-siap di bawah tu. Aku rasa tidak ada siapa pun yang larat nak memeriksa ejaan dia untuk 10 hari punya karangan. Maka sejurus setelah kau menaip, aku nasihatkan kau terus periksa siap-siap ejaan dan struktur ayat kau. Ia lebih mudah kerana kau masih segar untuk mengarang.

Seterusnya yang perlu ada untuk menyertai nanowrimo ialah masa, jika kau tidak dapat peruntukkan sejam sehari maka kau memang tidak ada masa untuk nanowrimo sebenarnya. Kau boleh peruntukkan sekali duduk sejam atau 15 minit kali empat sesi dalam sehari untuk menaip. Namun jika kita tidak ada masa langsung, kita kena la korbankan masa untuk aktiviti lain demi untuk bernanowrimo. Contohnya, macam aku ini sangat suka melayari internet sambil menyusukan anak. Aku akan korbankan aktiviti melayari Internet itu kepada aktiviti menaip nanowrimo. Mungkin juga sambil kau tunggu mesyuarat nak bermula, atau sambil mesin basuh kau ada lagi 10 minit nak habiskan mengering pakaian, kau bolehlah menaip nanowrimo. Macam aku memang sentiasa melakukan aktiviti menunggu di pejabat. Aku tunggu video siap muat naik, aku tunggu video di render dan juga menunggu info daripada sumber-sumber aku untuk datang. Selalunya setiap penantian ni  Semasa sesi menunggu yang banyak ini aku boleh luangkan dengan menjadikan ia sesi menulis / menaip nanowrimo atau mencatat idea untuk nanowrimo.

Menulis nanowrimo ini merupakan beban juga. Bayangkan nak memastikan kau kena menaip 50000 perkataan dalam masa 30 hari di samping kau melakukan aktiviti harian kau. Selepas kau habis menaip apa yang kau dapat hanya kepuasan sahaja. Bukan kau dapat apa-apa pun berbentuk ganjaran kewangan. Bagi sesetengah orang ia bukan aktiviti yang bermanfaat pun. Tapi sebagaimana setiap orang lain ada citarasa masing-masing, kepuasan bernanowrimo dan menghabiskan sebuah projek nanowrim, aku nak nikmat itu. Aku sudah gagal sebanyak 4 ke 5 kali, InsyaAllah aku akan usaha gigih tahun ini.

Bernanowrimo ini harus dianggap sebagai beban yang dicintai, walaupun agak menyusahkan dan memerlukan konsistensi, namun kerana suka, sayang dan cinta kita sanggup buat. Macam aku sekarang ini gigih menyusukan anak aku dengan susu ibu secara eksklusif. Sebenarnya menyusukan anak begini lebih leceh dan banyak masa kena dikorbankan untuk mengepam dan menguruskan peralatan menyusu. Pam nak kena basuh hari-hari dan botol sekurang-kurangnya ada 5 biji nak cuci dan steril sehari. Selalu aku balik sahaja daripada pejabat aku akan rendam botol-botol dan pam aku dengan segera. Aku akan rendam segera dalam baldi, basuh kemudian tak apa. Kalau aku rajin malam tu juga aku basuh dan kemudian terus rendam dalam air paip yang dalamnya terlarut tablet pensterilan. Jika aku tak larat aku akan cuci pada subuh esoknya.

Suami aku selalu mengusik aku dengan mengatakan lebih senang bagi susu formula juga. Sekurang-kurangnya susu formula hanya memerlukan satu botol sahaja yang perlu dicuci berkali-kali. Aku cerita mengenai kegigihan aku menyusukan anak kerana perasaannya sama dengan bernanowrimo. Rasa macam perlu mengepam tapi pada masa yang sama malas. Tapi bak kata pepatah melayu, alah bisa tegal biasa. Mula-mula sakit je rasa nak mencuci botol hari-hari, namun lama-lama akan jadi biasa.

Hasil susu aku juga bukanlah semeriah mereka yang mengepam sejak dalam pantang. Aku perlu mengepam hampir 5 kali sehari, jika aku tidak larat, maka aku akan pam 4 kali sahaja. 2 kali di pejabat, sekali selepas pulang daripada kerja (di rumah) dan sekali lagi pada awal pagi esok. Aku perlu kerap mengepam kerana sekali pam aku dapat sebotol susu sahaja walhal anak aku minum 5 botol susu sehari. Apabila aku tiba di rumah pengasuh setiap hari, dia sedang minum susu dalam botol. Setiap hari ada lebihan 3 auns susu. Apabila sang bayi itu berada dekat dengan aku memang dia tidak akan layan susu dalam botol la jawabnya. Tak apalah, aku anggap ia sebagai tiada rezeki bayiku. Apa-apapun aku akan berusaha untuk memberikan anak aku susu ibu eksklusif selama setahun kurang-kurangnya.

Semasa anak pertama dahulu aku lemah betul bab penyelenggaraan botol, namun dengan anak kedua ini aku lebih bijak sikit. Jika aku mahu sgera, aku rebus sahaja botol-botol yang botol direbus kerana ia lebih mudah. Bagi botol yang tidak boleh disteril dengan tablet steril aku bilas sahaja dan lap dengan kertas tisu sebelum dikeringkan. Aku pasti ia bersih, lagipun susu ibu ada pelbagai bahan istimewa seperti anti fungus jadi ia sudah ada sifat anti kuman itu sendiri.

Ye kamu akan membaca lebih banyak cerita mengenai penyusuan ibu kerana aku akan cuba mengaitkan ia dengan nanowrimo aku. Macam kau tengok facebook dan nampak cerita pasal anak-anak dan anak, kerana hari-hari seorang ibu akan berfikir mengenai anaknya hampir setiap kali fikirannya melayang. Bayangkan jika anda boleh melupakan anak anda buat sehari, agak-agaknya apa jadi.

Maka untuk sebulan ini nanowrimo di hati dan di jari. Tapi aku tidaklah bermimpi nanowrimo sepanjang minggu ini, aku hanya tahu aku perlu membuat catatan ringkas setiap hari untuk memastikan esok punya nanowrimo ada permulaan. Jika nak menulis dengan kertas kosong ia akan mengundang amcam-macam iklan, dan akhirnya aku akan hilang fokus. Macam makan nasi dan lauk, hari-hari aku akan analisis lauk aku. Semalam aku dah makan ikan patin, hari ini aku makan ikan keli pula, lusa aku makan ayam. Maka bagi tulat dan hari selepas tulat aku akan makan daging, sotong atau udang. Jika tidak ada aku akan makan ayam je la. Masuk minggu depan baharu aku akan makan ikan semula. Biar bersusun menu hari-hari berikutnya kerana manusia ini ada sifatnya sukakan rutin, tak perlu berfikir banyak apabila kita dah set dalam minda kita nak makan apa.

Aku rasa bagi seseorang yang menyertai Nanowrimo dengan harapan untuk menulis 50000 patah perkataan dengan berjaya agak sukar walaupun boleh dilakukan. Ini kerana mereka akan berasa seperti layang-layang sahaja apabila mereka tiada garis panduan asas nak bercerita pasal apa.

Sekian nanowrimo saya.

Nanowrimo Day 2 (1779)

Hari kedua projek Nanowrimo,  apa harus aku tulis lagi ya. Ada banyak benda aku nak tulis tapi harus ada susunan idea. Jika aku tak susun idea maka aku akan menulis dalam pasrah. Ibarat pergi peperiksaan akhir tanpa menduduki peperiksaan, pasti dalam hati ada perasaan gundah sebab rasa macam kebarangkalian untuk gagal itu tinggi.

Untuk bab kedua ini aku fikir aku akan bercakap mengenai bagaimana aku terlibat dengan nanowrimo dan kenapa aku berminat nak ikuti walaupun saban tahun aku gagal.

Menulis ialah sesuatu yang wajib dalam kehidupan aku sebagai penerbit rancangan. Sekarang ini memang aku tak guna sangat penulisan berkarangan, tapi bayangkan di masa hadapan. Apabila aku perlu menulis sesuatu artikel, aku tidak perlu upah orang kerana aku boleh buat sendiri jika ada masa. Jika aku ada program atau produk sendiri, pastinya aku perlu untuk  menghasilkan bahan hebahan untuk tujuan  promosi dan untuk menyampaikan maklumar kepada bakal pelanggam. Contoh hebahan media ialah seperti press release, sinopsis mengenai jenis-jenis barang yang aku ada atau program terbitan aku, dan juga teks untuk laman web. Tajuk artikel seperti mana macam meletakkan nama produk juga penting, contoh penggunaan nama yang catchy atau mudah menangkap perhatian penting. Kita boleh je mengupah penulis kreatif namun lebih mudah untuk kita tulis sendiri. Selain itu jimat pun ye juga, ringan sikit poket dan boleh tuju duit lebih ke arah lain.

Jika ada kesempatan tahun hadapan, aku patut menghadiri kursus penulisan kreatif kerana hampir setiap minggu aku perlu menyusun ayat untuk sinopsis drama dan program. Kadang2 aku kekeringan idea kerana aku sudah lama tidak membaca karangan dalam bahasa malaysia melainkan laporan berita. Aku banyak membaca penulisan dalam bahasa Inggeris maka aku lebih cenderung dalam penulisan bahasa inggeris berbanding bahasa Melayu.

Zaman ini pula, ramai orang yang lebih suka memberi maklumat dalam bentuk point form. Kaedah itu lebih mudah apabila kita mahu memahami sesuatu dalam masa singkat, namun untuk tempoh masa panjang, penulisan berbentuk karangan lebih sesuai. Lagipun tak ada berita dalam suratkhabar yang menggunakan point form walaupun berita akan dibaca dengan sekali lalu sahaja. Itu sahaja cukup menunjukkan bahawa penulisan karangan itu penting, maka kebolehan menulis karangan yang mudah difahami dan ada struktur perlu aku kuasai.

Dalam dunia ini ada orang suka dibuai karangan yang indah iaitu novel. Sejujurnya aku sudah lama tidak membaca novel walaupun aku membeli novel hampir 5 buah setiap tahun. Walaupun aku tidak membaca novel bahasa Melayu tetapi salah satu impian ulung aku dalam dunia ialah untuk menghasilkan sebuah novel. Aku belum fikir lagi nama pena tetapi aku baru fikirkan tentang jenis cerita yang aku ingin hasilkan. Begitu jauh impian aku kan.

Aku selalu merepek dan berfikiran jauh melalui status aku dalam Facebook, namun kawan aku selalu kata aku berfikiran terlalu jauh dan serius.  Aku menganggap ia sebagai sebuah penyelidikan kerana dalam menulis novel kita kena membayangkan kenapa watak-watak kita dalam novel itu berperangai sebegini atau sebegitu. Contoh-contoh perangai manusia ini kita boleh ambil daripada perangai orang-orang di sekeliling kita, contoh ada kawan / jiran / saudara kita yang tidak berapa komersial wajahnya namun sangat sopan santun sehingga menjadi kegilaan orang ramai di kawasan itu. Mungkin yang minat tu cuma jiran sebelah rumah dan posmen sahaja, tetapi kita boleh terapkan elemen berlebihan di situ dengan mengatakan  kebanyakan lelaki yang berimpian beristeri atau yang ingin pasang satu lagi menyukai dia.

Itu antara dua sebab kenapa aku kembali mengambil bahagian dalam nanowrimo tahun ini. Pertama untuk mengasah skil menulis kreatif aku dan keduanya untuk memulakan cubaan aku menulis novel. Sebab-sebab lain ialah untuk kepuasan diri, kerana kejayaan menghabiskan penulisan sebanyak 50000 pastinya merupakan kejayaan yang manis.
Penulisan esei panjang bukan asing bagi aku. Semasa aku menduduki SPM dahulu jika karangan hendak 300 patah perkataan, aku tulis berlebihan sehingga 500 patah perkataan. Masalah aku disitu ialah aku tidak pandai merancang isi karangan. Maka selalunya karangan aku akan berpanjangan kerana aku tidak puas hati dengan penutupnya.

Nasib baiklah aku lulus cemerlang semua kertas ujian yang memerlukan aku menulis cerita fiksyen. Jika aku gagal, aku tak rasa aku akan menyambung pelajaran dalam bidang komunikasi, nak berkomunikasi dalam karangan pun gagal apatah lagi dalam bentuk percakapan.

Aku suka berblogging kerana aku suka hamburkan cerita aku ke dalam medium penulisan. Zaman sebelum blogging dahulu aku akan menulis dalam diari, namun sejak ada blog ni aku sudah tidak berdiari lagi. Aku lebih mudah menyusun ayat dalam keadaan beremosi dalam dunia siber. Ia lebih bersifat segera dan mudah diakses di mana-mana. Namun jika akunamat kecewa atau sedih aku lebih suka melayan dalam kepala atau hati pada saat itu kerana jika aku tidak rekodkan maka aku akan mudah merawat jiwa luka aku. Jika aku rekodkan dan aku baca semula,  ia Ibarat membuka luka lama. Sakit oooo.

Sepatutnya aku tidak ada masalah menghabiskan nanowrimo kerana aku hanya perlu menghabiskan 40 minit untuk menaip 1666 patah perkataan sehari. Ini ialah dengan menyediakan idea dahulu dalam bentuk mota pendek dan bukan menulis membuta tuli tanpa tujuan.

Dalam kehidupan kita kena sentiasa ada impian baharu, walaupun dirasakan sangat suntuk untuk mengejar cita-cita itu. Contohnya impian hendak memiliki lesen memandu. Aku dulu memang ada impian nak memandu sendiri, namun apabila anak kedua baharu membuak-buak impian itu. Semasa anak masih tunggal dan mudah bergerak ke sana sini, aku tidak kisah pun untuk belajar memandu.
Aku rasa menggunakan kemudahan awam lebih mudah dan efektif.  Namun apabila anak bercambah jadi dua dan aku rasa sudah tiba masa aku menghantar anak aku ke sekolah dan ia bakal memudahkan aku pergi sendiri ke mana-mana aku mahu, maka aku gigih belajar memandu.

Teringat ada suatu masa tu aku pergi ke stadium tertutup di taman tasik perdana dengan menaiki teksi sambil perut memboyot. Masa tu siang hari dan partner aku perlu bekerja luar kawasan, maka aku sahaja yang ada untuk ke sana dan menyelesaikan urusan itu. Sememangnya aku pengguna teksi gigih namun adakalanya menyiksa diri jika tempat itu jauh dan waktu malam. Aku pernah pergi ke stadium bukit jalil menaiki keretapi, tetapi suami aku hantar ke stesen keretapi terdekat dengan rumahlah. Masa itu malam merdeka maka apabila tiba masa untuk pulang ada banyak kenderaan awam disediakan, namun lewat jugala aku pulang ke rumah. Masalah aku dengan kenderaan awam ini apabila tiba waktu hujan, kadang-kadang susah untuk mendapat teksi dan keretapi terkandas kerana hujan.

Cuba anda perhatikan daripada awal bab hari kedua ini aku nak bercerita tentang kegigihan aku menyertai nanowrimo namun di penghujung ini aku bercerita pula tentang kegigighan aku dalam kehidupan pula.

Sememangnya aku amat gigih dalam beberapa hal, namun kadangkala aku ibarat nasi panas yang sejuk menjelang petang. Aku salahkan sifat kemanusiaan aku di mana aku hanyalah insan biasa.  Lol. Alasan je kan.

Oleh itu aku berharap agar aku akan menyelesaikan nanowrimo ini dengan gigih. Sekurang-kurangnya jika aku tidak dapat menghasilkan novel menjelang usia aku 30an, aku dapat menyudahkan penulisan sepanjang novel.

Aku rasa jika aku mahu menulis novel aku perlu ada ejen yang dapat memastikan aku terus menulis dan tidak mengikut jadual penulisan.  Semasa aku belajar asas penerbitan dahulu,  kami buat kerja penerbitan brochure berpandukan jadual. Masa itu kami ambil ringan sahaja kerana kami ada banyak subjek dan menganggap penyediaan jadual itu sekadar syarat dalam laporan. Namun apabila memasuki dunia bekerja ini baru aku dapat rasakan kepentingan melakukan kerja mengikut jadual sedia ada. Contoh kerja aku sekarang, aku perlu merekod dan menyunting video dan memuat naik dalam masa 3 hari bekerja. Jika ada masalah pada mesin baharulah ada alasan untuk lambat muat naik. Kita katalah pada pelanggan yanb kita ada masalah teknikal.

Maka bagi memastikan kejayaan nanowrimo ini aku perlu menaip 1666 perkataan atau lebih. Jika lebih maka aku bertuahlah kerana aku tidak perlu menaip terlalu banyak perkataan di kemudian hari. Jika terlebih awal siap maka aku boleh membaca dan menyunting semula nanowrimo aku di hujung-hujung bulan November itu.

Oh tidak sabarnya mahu menemui hari aku dapat menaip 10000 perkataan.  Jika aku dapat selesaikan 10k perkataan dalam 5 hari aku boleh berehat 2 hari dan mencari idea untuk 10k huruf seterusnya.

Macam aku cakap tadi dan di bab sebelumnya, jika ada bahan untuk menulis lebih mudah memanjangkan ayat. Jika aku tidak silap, nanowrimo membenarkan peserta untuk menyediakan nota awal-awal dan tinggal mengarang sahaja menjelang bulan nanowrimo. Maklumlah kadang-kadang bila kita mula menaip karangan kita, tidak semestinya kita akan mengikut semula idea yang kita sudah susun. Macam aku, pasti aku akan menyimpang jauh daripada idea asal. Lagi pula bila dapat idea baharu, maka perkembangan idea itu pasti akan menjadi-jadi.

Nanowrimo ini juga merupakan cara aku melepaskan tenaga kreatif aku. Apabila kita dapat menyalurkan tenaga ke arah sesuatu yang kita suka semestinya hari kita akan lebih ceria. Lagipun aktiviti ini percuma dan tidak mengeluarkan wang, namun mungkin tidak berapa sihat untuk jari kerana aku kan jitu mengetuk papan kekunci sambil mengejar sasaran 1666 patah perkataan sehari.
Ada dua kawan aku yang aku kenal pasti setiap tahun bernanowrimo. Seorang bekerja sebagai wartawan dan seorang lagi copywriter. Mereka memang hari-hari menulis dan aku tak pasti adakah mereka akan sertai tahun ini.  Aku tidak seperti mereka, bukan bekerja dalam dunia penulisan. Dunia aku dunia video, mungkin kerana itu aku rasa aku gigih nak menaip. Sehari, aku rasa aku taip tak sampai 150 patah perkataan. Sinopsis selalunya aku buat dalam 30 patah perkataan sahaja kerana ruang dalam laman web terhad.

Secara purata pula aku hanya berblogging seminggu sekali, maka memang aku akan menyalurkan tenaga penulisan aku ke nanowrimo.

Esok aku mahu bercerita mengenai apa pula agaknya ya.  Mungkin mengenai perkara yang memberi motivasi kepada aku dalam penulisan. Masa ini sumber inspirasi aku ialah anak-anak dan suami. Mereka bertiga yang mewarnai hari-hari aku selain daripada keluarga dan kawan kawan.
Apabila teringat mereka maka aku akan segera melakukan kerja dengan tekun dan jitu.  Aku mahu mereka bangga punya ibu yang mengejar impian ku walau aku punya anak dua orang. Aku punya mengejar cita-cita pun bukanlah tahap berusaha siang dan malam,  cukup sekadar buat kerja pada masanya dan dengan penuh tekun. Masa selepas kerja ialah dengan anak-anak kerana mereka masih kecil. Mereka akan sebesar ini untuk beberapa tahun sahaja, selepas itu mereka akan membesar dan makin mudah dijaga dan pada masa itu baharulah aku akan lebih jitu mengejar impian peribadi  aku. Aku ada banyak cita-cita selain daripada menulis novel,  namun ada yang aku tidak kongsikan dengan ramai orang kerana aku tidak bersedia melakukannya pada masa ini. Biarlah ia jadi impian dalam jiwa dahulu.

Nanowrimo oh nanowrimo nampak macam mudah tetapi ia perlukan perancangan jua. Setelah bertahun mencuba, aku dapati aku bermasalah daripada segi memyediakan masa untuk menulis. Aku boleh melayari web sambil menidurkan anak, tapi aku tidak membuka aplikasi teks untuk menaip nanowrimo.
Sebulan ini nampaknya memang aku perlu bercuti daripada melayari media sosial dan mula beri tumpuan kepada nanowrimo. 5 minit pun sudah boleh menjana idea untuk 100 patah perkataan.  Ok berjumpa di hari ketiga nanti ya.

NANOWRIMO day 1 (1700)

Working title: NASI, KICAP DAN TELUR GORENG

Hari ini hujan, maka aku terkandas di pejabat. Bulan November sudah pun tiba dan macam biasa aku menjebakkan diri aku untuk menyertai Nanowrimo. Nanti la aku cerita pasal aktiviti ini, tapi secara amnya ia adalah mengenai projek penulisan 50000 patah perkataan sepanjang bulan November sahaja. Walau apa pun cerita kau mahu pun bahasa yang kau guna, objektifnya ialah menghasilkan 50000 patah perkataan. Aku masuk kerana aku mahukan suatu bentuk penulisan yang gigih. Jika aku tak berjaya pun tak apa kerana bukan ada insentif besar pun jika aku dapat habiskan. Paling-paling pun kepuasan kerana berjaya mencapai objektif.

Jika dilihat dengan mata kasar, aku sebenarnya hampir tiada masa untuk aktiviti remeh seperti ini. Aku hanya ada masa untuk menjadi ibu, isteri dan pekerja di pejabat. Namun aku perlukan suatu ruang escapism yang mana hanya ada aku dan karya aku sahaja. Lagi pun ia cuma melibatkan sebulan sahaja. Maka aku yakin aku akan berjaya kali ini. Aku cuma perlu membuang satu aktiviti lain demi menjayakan Nanowrimo ini. Aku rasa aku akan hindari aktiviti melayari Internet sepanjang November ini. Mungkin itu caranya. Sebagai pelayar Internet tegar aku habiskan lebih kurang 5 jam yang padu menghadap Internet sahaja, termasuklah memuat naik video, mengemaskini laman web dan mencari info mengenai program yang dimuat naik.

Demi memastikan 50000 perkataan itu wujud secara harmoni, aku harus pastikan aku ada objektif kukuh. Maka, pertama sekali aku perlu memikirkan topik. Perkara pertama yang terlintas di minda aku ialah pastinya untuk cuba menulis mengenai sesuatu yang aku tahu. Semestinya bukan perkara yang tahu, ia mestilah perkara yang aku pakar. Kepakaran itu tak semestinya harus ada kearifan yang boleh dikira dengan kayu pengukur, sekadar aku boleh buat dengan lancar maka aku anggap itu kepakaran aku. Contohnya seperti menjahit tangan, aku pasti aku pakar juga dalam menjahit tangan walau pun aku tak sehebat mana kerana aku hanya tahu jahit jelujur, kia, insang pari dan silang pangkah sahaja.

Oh ya semalam aku berjaya mengusik sebentar cat arklik dan kanvas aku. Dah 3 bulan rasanya beli tapi baru dua kali je aku sentuh. Aku rasa macam nak menjadikan aktiviti melukis dengan arklik sebagai hobi sepenuh masa, namun aku hanya mampu lakukan apabila anak-anak semua dah tidur dan kerja rumah penting sudah terlaksana.

Kembali kepada objektif Nanowrimo tadi. Apakah agaknya topik yang aku boleh tulis? Jika bercakap mengenai paling aku pakar pada masa ini dan relevan, semestinya pasal diri aku dan pengalaman menjadi ibu kepada dua orang anak. Zaman sekarang jika kau ada anak dan aktif di media sosial pastinya kau akan memenuhi ruang media sosial kau dengan kisah mengenai anak kau.

Kawan aku pernah menegur yang aku dah jadi macam ibu-ibu kebanyakan di media sosial yang sikit-sikit nak kongsi pasal anak. Aku rasa ia adalah benda semula jadi. Apabila kau jadi ibu maka kau akan menatap wajah anak kau, apabila kau membeli belah maka kau akan berfikir pasal keperluan anak kau dan juga apabila kau nak kena kerja lebih masa pada tarikh-tarikh tertentu maka kau kena berfikir pasal anak kau. Apatah lagi kalau pasangan hidup kau mempunyai kerjaya yang perlu menghabiskan masa di pejabat, maka secara default kaulah pemegang amanah Allah itu. Maka anak dalam minda, maka kisah anaklah yang akan keluar di laman sosial.

Media sosial ibarat menjadi diari umum. Sambil kau berkongsi kisah anak kau, orang lain akan melihatnya dan memberi komen. Ada jenis ibu bapa yang suka berkongsi semua gambar anak, apa sahaja aksi baru dan meanrik nak diuploadnya. Semua aksi anak nak diceritakan. Macamlah anak orang lain tidak melalui saat-saat itu juga kan. Kadangkala ada orang yang tak ada anak menyampah. Itu belum orang yang belum memiliki anak sendiri, bila buka Facebook sahaja kisah anak-anak yang dia akan jumpa. Kepada mereka-mereka ini, selalunya kalau menyampah sangat dia akan klik untuk sembunyikan kisah-kisah anak orang ini daripada timeline dia.

Kisah aku sebagai ibu beranak dua walaupun baru 107 hari banyak ksiahnya. Aku pun masih banyak cara dan kaedan menjaga anak yang perlu aku baiki, ubah dan juga amalkan perkara baru. Separuh daripada masa aku menjadi ibu kadangkala rasa seperti masih gagal dalam sesetengah aspek. Lagi2 bila dah mula kerja dan hujung minggu balik sebab sibuk ambil kelas memandu. Masa untuk anak, rumah, suami dan diri sendiri kadang tersasar daripada sasaran dalam minda. Kata nak tidur 2 jam dan bangun untuk mengepam susu (anakku masih menyusu badan), namun selalu tidur nyenyak.

Topik penulisan aku Nasi, Kicap dan Telur itu aku ambil daripada makanan yang anak aku selalu makan. Anak aku ni selalu aku bagi makan menu ni je sebab dia tak berapa arif dalam memakan sayur. Di rumah pengasuh baru dia ni pun dia jarang makan petang, jadi dia makan roti. Maka bila tiba malam dia akan minta aku masakkan nasi putih, telur goreng dan kicap. Pagi tadi masa aku dalam perjalanan pergi ke tempat kerja, aku tertarik dengan idea untuk menamakan projek nanowrimo 2014 aku ini dengan ayat itu.

Anak pertama aku sememangnya buah hati aku paling dekat di hati. Anak kedua dekat di hati jua tapi dia belum ada memori cukup lama dengan aku. Semoga aku akan membuat macam-macam memori dengan mereka berdua.

Sebagai ibu anak sulung dah masuk 3 tahun ni, aku sentiasa dilemma kerana tidak sempat mengajar dia skill pra sekolah. Kalau setakat bahagian badan macam mata, hidung, telinga, rambut dan kaki tu dia sudah faham. Ini bercerita tentang skill ABC, 123 dan warna. Semalam aku uji dia dengan bertanya dia warna merah dalam flash card tu sama dengan objek apa di dalam rumah. Dia nampaknya dah berjaya menunjukkan objek yang sama warna, cuma dia keliru warna jingga dan merah kerana hampir sama.

Tatkala anak orang lain di usia 4 tahun masuk ke taska, aku tak sedia lagi nak menghantar dia ke sana kerana tidak ada orang akan mengambilnya, silap aku juga la sebab aku tak ada lesen lagi. Maka perancangan aku untuk tahun hadapan ialah untuk menghantar dia sekali-sekala ke taska atau bawa dia ke muzium dan sebagainya. Biar dia street smart dahulu sebelum dia memasuki sistem pembelajaran formal. Hidup ini bukan mengenai pembelajaran formal sahaja. Contohnya macam masa aku tadika dahulu aku tidak tahu berlari pun. Bila kita di tadika antara aktiviti wajib akan kita masuk ialah sukaneka kan, aku ni pada awalnya berlari pun takut. Aku rasa aku berlari macam orang kidal menulis pakai tangan kanan. Aku rasa sangat pelik dan janggal.

Maka untuk anak aku ni aku nak latih dia dari segi street smart dan perkara lain, jika aku tak berpeluang untuk menghantarnya ke taska tahun hadapan. Dalam dunia ni ada pelbagai jenis industri, maka jika anak aku tak dapat masuk industri akademik, perubatan, kejuruteraan aku harap dia akan masuk ke industri seni. Dia mungkin lebih arif menggerakkan jarinya membuat kraf tangan berbanding menghafal pelbagai jenis formula matematik.

Jauh di sudut hati aku, aku mahukan juga anak aku jadi pelajar pandai sampai ada 20 A ke kan. Kerana jika banyak A maka tawaran untuk belajar dengan biasiswa itu meningkat kan. Aku pun senang hati anak aku belajar dengan biasiswa. Di sudut hati aku kesian pula bila memikirkna jika dia tak ke taska adakah dia akan ketinggalan banyak perkara berbanding rakan seusianya? Adakah aku aku kena gigih mengajar dia di rumah mulai tahun depan. Masa untuk belajar formal sudah bermula. Semi formal la. Buat masa sekarang aku suka dengan kemajuannya, cuma aku belum memperkenalkan dia kepada muqaddam. Sekurang-kurangnya dia tahu apa itu muqaddam dan al quran dan boleh menghormati kitab suci itu bila nampak.

Kehidupan ibu beranak dua ni menjadikan aku banyak menghabiskan masa di rumah. Satu kerana aktiviti di luar bersama dua budak kenit memenatkan, lagi-lagi apabila ia berlaku waktu malam. Aku juga mula membeli belah baju di Instagram, baru-baru ini aku menempah dua helai kain daripada seorang pelajar fesyen ini. Aku nak belajar jahit baju sendiri entah bila, harapannya agar tahun depanla kerana tangan aku dah gatal nak menjahit. Apabila anak sudah besar, mungkin setahun maka bolehlah aku memulakan semula aktiviti aku sebagai peniaga dengan izin suami dan jabatan ya. Maka bila tiba waktu aku bersara aku punya perniagaan yang boleh menjana pendapatan. Bayangkan aku bersara usia 56, anak aku sudah 27 tahun. Maka dia sudah boleh mewarisi perniagaan aku. Bestnya.

Wah jauh sudah aku bercakap dalam bab pertama nanowrimo aku ini. Aku harap kelancaran diea ini akan bertambah-tambah supaya aku akan dapat menjayakan nanowrimo sehingga 50000 patah perkataan. Aku harus kurangkan aktiviti melayari Internet mana yang tak perlu dan menjana lagi idea untuk memastikan cerita aku koheren sehingga bab 30. Aku ada sasaran untuk menaip sebanyak 1667 atau lebih perkataan sehari. Maka aku harap ia akan berjayalah.

Aku kagum dengan satu penulis novel ni, dia kata anak dia semua dah bersekolah. Dia memang akan memasak seawal pukul 9 pagi dan selepas habis memasak dia akan mula menulis sehingga waktu tengah hari apabila anak dia balik ke rumah. Dia kata dalam kamus hidup dia tak wujud writer's block kerana dia akan sentiasa mencatata idea yang timbul. Maknanya dia membawa buku dan pen ke mana sahaja dia pergi. Walau pun aku sudah lama tahu dengan membawa tinta dan buku nota ke mana-mana ialah perangai orang berjaya tapi aku tak buat pun. Zaman ni semua benda aku catat dalam hp, tapi itu pun jarang.

Baiklah, kepada sesiapa yang ingin tahu dan berminat nak memulakan nanworimo boleh layari nanowrimo.org. Di sana ada macam-macam aktiviti untuk anda mengembangkan idea anda, ada tips macam-macam. Aku hanya pergi ke sana untuk log in dan daftar akaun sahaja. Macam aku sibuk sangat sahaja kan tidak langsung mengambil apa-apa tips dari sana. Jika tabiat aku ini diketahui oleh orang-orang yang rajin maka mereka akan kata aku ni memang emrancang untuk gagal. Aku pantang kena komen. Hahaha.

Penulisan ialah kelancaran idea dari minda turun ke jari. Kadangkala ia akan kita lewat-lewatkan kerana dalam jadual harian kita, kita lebih suka berborak dan melayari Internet. Namun menulis boleh membuatkan kita berfikir tentang macam-macam, contohnya apabila kita mahu menulis semestinya kita akan buat brainstorming. Daripada satu idea bercambah menjadi dua, tiga dan tiga puluh. Namun keghairahan menulis juga memerlukan masa. Contohnya kini aku sudah 40 minit melekat di kerusi ini kerana mahu menaip 1667 patah perkataan. Lewat la aku ambil anak hari ini. Nasib baik hari Jumaat dan esok aku boleh meluangkan masa lebih bersama anak-anak. Ok bye.

1700 words

NANOWRIMO 1 (Bulan ni posting aku pasal nanowrimo je la)

Ok, nanowrimo bermula hari ini. Maka apa yang aku akan post sepanjang bulan November ialah Nanowrimo sahaja. Semua cerita pasal kehidupan, cecehan jiwa dan sebagainya akan kembali pada bulan Disember 2014. Sasaran aku ialah untuk menaip 50000 patah perkataan untuk Nanowrimo. Oleh itu mari kita cari tema apa nak tulis.

Sebelum itu perkara mengenai Nanowrimo aku. Nanowrimo ialah National November Writing Month.

Satu - Haruslah temanya mengenai perkara yang aku tahu. Apabila temanya dekat di hati maka dengan harapan dapat la menulis dengan penuh kelancaran. Writer's block sila main jauh-jauh.

Dua - Motif nanowrimo aku suka-suka je. Namun jika topik yang aku pilih tu menggembirakan hasilnya mungkin aku boleh bukukan. Eceeheehehehhe.

Tiga - Setiap hari kena menaip 1667 perkataan. Oh, harap aku berjaya la menulis.

Empat - Kena menulis dengan gigih.

Lima - Kena banyak bahan rujukan. Lagi banyak bahan rujukan lagi bagus sebab tak payah la aku nak elaborate lebih-lebih.

Enam - Menaip di mana? Guna laptop di rumah. Telefon bimbit ketika nak tidurkan anak la.

Tujuh - Bahasa. Kali ni aku nak guna Bahasa Melayu jela sebab itu kan bahasa ibunda. Biar sesekali aku menulis bahasa ibunda aku.

Lapan - Wish me luck!

hELLO

hELLO
:D

Followers