Aku mula pandai menulis karangan semasa di sekolah menengah di mana kita boleh mengarang secara separa bebas. Sebelum tu karangan kita kan sekadar isi tempat kosong atau buat sambungan cerita berdasarkan maklumat yang disediakan. Semasa di sekolah menengah aku mula mencari identiti dalam penulisan walaupun aku hanya mengarang untuk subjek bahasa malaysia dan bahasa inggeris.
Aku suka memanjang-manjangkan karangan. Contohnya jika arahan karangan mahukan 300 patah perkataan, aku pula akan menulis berpanjangan sehingga mencecah 500 patah perkataan. Esei aku, lebih-lebih lagi bila esei bahasa inggeris semacam tidak mahu berhenti. Sepatutnya ceritanya habis di halaman tiga namun apabila aku tengok ada lagi 40 minit masa peperiksaan, aku lagi giat nak menambah cerita. Bila diimbas kembali macam tengok filem Artificial Intelligence (AI) yang boleh dhentikan ceritanya di saat robot itu tenggelam dalam kapal selam. Kita biar penonton memikirkan nasib si robot selepas itu. Tetapi tidak, pengarahnya menyambung cerita itu dengan menunjukkan bahawa ada alien yang sangat tertarik dengan robot itu. Maka si alien telah mengklon emak angkat si anak robot itu dan berikan dia peluang untuk bersama ibu angkatnya selama sehari buat kali terakhir.
Begitula aku dalam penulisan. Aku macam tak faham bagaimana sesebuah cerita itu harus berakhir. Sekarang baru aku faham semua cerita harus ada kemuncaknya atau climax sebelum menuju kepada pengakhirannya. Tengok drama-drama bersiri sekarang ini lebih menumpukan kepada klimaks sahaja untuk menarik penonton terus setia. Apabila ada climax maka ada cliffhangernya, di mana penonton harus sambung tengok episod seterusnya untuk tahu apa yang bakal berlaku.
Selama aku berblogging, 7 tahun lebih kurang, kadang-kadang aku tidak ada mood untuk mengarang. Ada hari aku mahu bercerita kisah yang aku nak blog tapi tidak ada mood. Bagaikan tiada jiwa nak memulakan ayat, mungkin kerana tiada motivasi. Aku rasa apabila hidup kita tidak ada motivasi kita selalu tidak teruja untuk melakukan perkara macam berblogging. Contohnya sekarang aku mahu amat menjayakan nanowrimo, maka aku akan cuba menaip 1667 patah perkataan sehari. semalam aku gagal sedikit kerana tidak dapat menghasilkan lagi 500 patah perkataan. aku hanya mahu mengejar rangka untuk penulisan nanwrimo seterusnya. Selepas itu pengasuh aku pula cuti kecemasan, maka aku hanya duduk di rumah sambil menjaga anak sahaja.
Penulisan dalam hidup aku yang paling berlebih-lebihan ialah nanowrimo ini sebenarnya. Cita-cita untuk bernanowrimo juga yang paling unggul aku mahu kecapi setakat ini. Walaupun aku saban tahun menanam impian untuk menulis novel sebelum aku 25 tahun la, dan sebelum aku mencapai usia 3 dekad la, namun semuanya hanya anganan di hati dan bibir. Oh dan jangan lupa aku pernah berangan nak meghasilkan biografi mengenai diriku sebelum aku mencecah usia 32. Hahaha, aku sudah 32 dan aku belum ada biografi kerana aku rasa tiada apa yang aku boleh kongsikan mengenai hidupku pada hari ini.
Eh lupa, penulisan paling gigih dahulu pun aku pernah menterjemah sebuah ebook. Sayangnya ia tidak berhasil kerana ada perkataan yang aku tidak dapat terjemah dengan elok. Setelah pemilik ebook itu menegur aku dengan mengatakan aku ibarat tidak pandai menterjemah, terus aku lumpuh dan melupakan hasrat untuk menterjemah. Aku mendiamkan diri selepas itu, dan aku pun tidak tahu sama ada dia ada menggunakan hasil terjemahan aku itu.
Selain itu aku juga pernah menterjemah skrip kepada rakan aku, dan dapatlah sedikit bayaran. Skripnya ialah dokumentari mengenai pasca bersalin, atau berpantang. Aku ada masalah pada penterjemahan itu kerana ada beberapa perkara yang aku tidak dapat terjemah, namun rakan aku itu membayar juga beberapa ratus. Alhamdulillah, rezeki juga kan. Walaupun agak sakit kepala nak menghabiskan penterjemahan itu kerana aku tidak dapat mencari maksud perkataan tertentu. Sebelum itu lagi aku pernah menterjemah secara percuma untuk rakan sepejabat aku. Dia merupakan pelajar separuh masa dan pensyarahnya memberikan assignment padanya iaitu menterjemah beberapa bab dalam buku tulisan pensyarahnya itu. Aku rasa pensyarahnya mahu mencari penterjemah percuma untuk karya sahaja kerana sangat payah mahu menterjemah naskhah akademik. Aku rasa hanya mereka yang berfikiran kompleks sahaja akan faham bagaimana penulisannya. Nasib baikla aku ada asas maka aku cuba juga.
Buat kerja-kerja terjemahan percuma begini walaupun sangat sukar namun ia sebenarnya mampu menajamkan kemahiran menterjemah aku. Itu sahaja rasanya paling gigih aku menaip selain daripada berblogging.
Sebenarnya hari ini aku juga tiada mood untuk menterjemah. Aku hanya mahu melarikan diri daripada nanowrimo ini. Mungkin aku patut menukar penulisan nanowrimo ini ke bentuk penceritaan, daripada sebuah karya berbentuk penceritaan nanowrimo kepada bentuk yang lebih mudah aku fikirkan idea. Jika aku menukar sekarang maka aku akan ada masa untuk menyusun semula karya aku daripada mula.
Baiklah bertemu esok. Dan aku sebenarnya berhutang sehari punya penulisan
741 perkataan
Mini-ManCat Monday
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment