Hari kedua projek Nanowrimo, apa harus aku tulis lagi ya. Ada banyak benda aku nak tulis tapi harus ada susunan idea. Jika aku tak susun idea maka aku akan menulis dalam pasrah. Ibarat pergi peperiksaan akhir tanpa menduduki peperiksaan, pasti dalam hati ada perasaan gundah sebab rasa macam kebarangkalian untuk gagal itu tinggi.
Untuk bab kedua ini aku fikir aku akan bercakap mengenai bagaimana aku terlibat dengan nanowrimo dan kenapa aku berminat nak ikuti walaupun saban tahun aku gagal.
Menulis ialah sesuatu yang wajib dalam kehidupan aku sebagai penerbit rancangan. Sekarang ini memang aku tak guna sangat penulisan berkarangan, tapi bayangkan di masa hadapan. Apabila aku perlu menulis sesuatu artikel, aku tidak perlu upah orang kerana aku boleh buat sendiri jika ada masa. Jika aku ada program atau produk sendiri, pastinya aku perlu untuk menghasilkan bahan hebahan untuk tujuan promosi dan untuk menyampaikan maklumar kepada bakal pelanggam. Contoh hebahan media ialah seperti press release, sinopsis mengenai jenis-jenis barang yang aku ada atau program terbitan aku, dan juga teks untuk laman web. Tajuk artikel seperti mana macam meletakkan nama produk juga penting, contoh penggunaan nama yang catchy atau mudah menangkap perhatian penting. Kita boleh je mengupah penulis kreatif namun lebih mudah untuk kita tulis sendiri. Selain itu jimat pun ye juga, ringan sikit poket dan boleh tuju duit lebih ke arah lain.
Jika ada kesempatan tahun hadapan, aku patut menghadiri kursus penulisan kreatif kerana hampir setiap minggu aku perlu menyusun ayat untuk sinopsis drama dan program. Kadang2 aku kekeringan idea kerana aku sudah lama tidak membaca karangan dalam bahasa malaysia melainkan laporan berita. Aku banyak membaca penulisan dalam bahasa Inggeris maka aku lebih cenderung dalam penulisan bahasa inggeris berbanding bahasa Melayu.
Zaman ini pula, ramai orang yang lebih suka memberi maklumat dalam bentuk point form. Kaedah itu lebih mudah apabila kita mahu memahami sesuatu dalam masa singkat, namun untuk tempoh masa panjang, penulisan berbentuk karangan lebih sesuai. Lagipun tak ada berita dalam suratkhabar yang menggunakan point form walaupun berita akan dibaca dengan sekali lalu sahaja. Itu sahaja cukup menunjukkan bahawa penulisan karangan itu penting, maka kebolehan menulis karangan yang mudah difahami dan ada struktur perlu aku kuasai.
Dalam dunia ini ada orang suka dibuai karangan yang indah iaitu novel. Sejujurnya aku sudah lama tidak membaca novel walaupun aku membeli novel hampir 5 buah setiap tahun. Walaupun aku tidak membaca novel bahasa Melayu tetapi salah satu impian ulung aku dalam dunia ialah untuk menghasilkan sebuah novel. Aku belum fikir lagi nama pena tetapi aku baru fikirkan tentang jenis cerita yang aku ingin hasilkan. Begitu jauh impian aku kan.
Aku selalu merepek dan berfikiran jauh melalui status aku dalam Facebook, namun kawan aku selalu kata aku berfikiran terlalu jauh dan serius. Aku menganggap ia sebagai sebuah penyelidikan kerana dalam menulis novel kita kena membayangkan kenapa watak-watak kita dalam novel itu berperangai sebegini atau sebegitu. Contoh-contoh perangai manusia ini kita boleh ambil daripada perangai orang-orang di sekeliling kita, contoh ada kawan / jiran / saudara kita yang tidak berapa komersial wajahnya namun sangat sopan santun sehingga menjadi kegilaan orang ramai di kawasan itu. Mungkin yang minat tu cuma jiran sebelah rumah dan posmen sahaja, tetapi kita boleh terapkan elemen berlebihan di situ dengan mengatakan kebanyakan lelaki yang berimpian beristeri atau yang ingin pasang satu lagi menyukai dia.
Itu antara dua sebab kenapa aku kembali mengambil bahagian dalam nanowrimo tahun ini. Pertama untuk mengasah skil menulis kreatif aku dan keduanya untuk memulakan cubaan aku menulis novel. Sebab-sebab lain ialah untuk kepuasan diri, kerana kejayaan menghabiskan penulisan sebanyak 50000 pastinya merupakan kejayaan yang manis.
Penulisan esei panjang bukan asing bagi aku. Semasa aku menduduki SPM dahulu jika karangan hendak 300 patah perkataan, aku tulis berlebihan sehingga 500 patah perkataan. Masalah aku disitu ialah aku tidak pandai merancang isi karangan. Maka selalunya karangan aku akan berpanjangan kerana aku tidak puas hati dengan penutupnya.
Nasib baiklah aku lulus cemerlang semua kertas ujian yang memerlukan aku menulis cerita fiksyen. Jika aku gagal, aku tak rasa aku akan menyambung pelajaran dalam bidang komunikasi, nak berkomunikasi dalam karangan pun gagal apatah lagi dalam bentuk percakapan.
Aku suka berblogging kerana aku suka hamburkan cerita aku ke dalam medium penulisan. Zaman sebelum blogging dahulu aku akan menulis dalam diari, namun sejak ada blog ni aku sudah tidak berdiari lagi. Aku lebih mudah menyusun ayat dalam keadaan beremosi dalam dunia siber. Ia lebih bersifat segera dan mudah diakses di mana-mana. Namun jika akunamat kecewa atau sedih aku lebih suka melayan dalam kepala atau hati pada saat itu kerana jika aku tidak rekodkan maka aku akan mudah merawat jiwa luka aku. Jika aku rekodkan dan aku baca semula, ia Ibarat membuka luka lama. Sakit oooo.
Sepatutnya aku tidak ada masalah menghabiskan nanowrimo kerana aku hanya perlu menghabiskan 40 minit untuk menaip 1666 patah perkataan sehari. Ini ialah dengan menyediakan idea dahulu dalam bentuk mota pendek dan bukan menulis membuta tuli tanpa tujuan.
Dalam kehidupan kita kena sentiasa ada impian baharu, walaupun dirasakan sangat suntuk untuk mengejar cita-cita itu. Contohnya impian hendak memiliki lesen memandu. Aku dulu memang ada impian nak memandu sendiri, namun apabila anak kedua baharu membuak-buak impian itu. Semasa anak masih tunggal dan mudah bergerak ke sana sini, aku tidak kisah pun untuk belajar memandu.
Aku rasa menggunakan kemudahan awam lebih mudah dan efektif. Namun apabila anak bercambah jadi dua dan aku rasa sudah tiba masa aku menghantar anak aku ke sekolah dan ia bakal memudahkan aku pergi sendiri ke mana-mana aku mahu, maka aku gigih belajar memandu.
Teringat ada suatu masa tu aku pergi ke stadium tertutup di taman tasik perdana dengan menaiki teksi sambil perut memboyot. Masa tu siang hari dan partner aku perlu bekerja luar kawasan, maka aku sahaja yang ada untuk ke sana dan menyelesaikan urusan itu. Sememangnya aku pengguna teksi gigih namun adakalanya menyiksa diri jika tempat itu jauh dan waktu malam. Aku pernah pergi ke stadium bukit jalil menaiki keretapi, tetapi suami aku hantar ke stesen keretapi terdekat dengan rumahlah. Masa itu malam merdeka maka apabila tiba masa untuk pulang ada banyak kenderaan awam disediakan, namun lewat jugala aku pulang ke rumah. Masalah aku dengan kenderaan awam ini apabila tiba waktu hujan, kadang-kadang susah untuk mendapat teksi dan keretapi terkandas kerana hujan.
Cuba anda perhatikan daripada awal bab hari kedua ini aku nak bercerita tentang kegigihan aku menyertai nanowrimo namun di penghujung ini aku bercerita pula tentang kegigighan aku dalam kehidupan pula.
Sememangnya aku amat gigih dalam beberapa hal, namun kadangkala aku ibarat nasi panas yang sejuk menjelang petang. Aku salahkan sifat kemanusiaan aku di mana aku hanyalah insan biasa. Lol. Alasan je kan.
Oleh itu aku berharap agar aku akan menyelesaikan nanowrimo ini dengan gigih. Sekurang-kurangnya jika aku tidak dapat menghasilkan novel menjelang usia aku 30an, aku dapat menyudahkan penulisan sepanjang novel.
Aku rasa jika aku mahu menulis novel aku perlu ada ejen yang dapat memastikan aku terus menulis dan tidak mengikut jadual penulisan. Semasa aku belajar asas penerbitan dahulu, kami buat kerja penerbitan brochure berpandukan jadual. Masa itu kami ambil ringan sahaja kerana kami ada banyak subjek dan menganggap penyediaan jadual itu sekadar syarat dalam laporan. Namun apabila memasuki dunia bekerja ini baru aku dapat rasakan kepentingan melakukan kerja mengikut jadual sedia ada. Contoh kerja aku sekarang, aku perlu merekod dan menyunting video dan memuat naik dalam masa 3 hari bekerja. Jika ada masalah pada mesin baharulah ada alasan untuk lambat muat naik. Kita katalah pada pelanggan yanb kita ada masalah teknikal.
Maka bagi memastikan kejayaan nanowrimo ini aku perlu menaip 1666 perkataan atau lebih. Jika lebih maka aku bertuahlah kerana aku tidak perlu menaip terlalu banyak perkataan di kemudian hari. Jika terlebih awal siap maka aku boleh membaca dan menyunting semula nanowrimo aku di hujung-hujung bulan November itu.
Oh tidak sabarnya mahu menemui hari aku dapat menaip 10000 perkataan. Jika aku dapat selesaikan 10k perkataan dalam 5 hari aku boleh berehat 2 hari dan mencari idea untuk 10k huruf seterusnya.
Macam aku cakap tadi dan di bab sebelumnya, jika ada bahan untuk menulis lebih mudah memanjangkan ayat. Jika aku tidak silap, nanowrimo membenarkan peserta untuk menyediakan nota awal-awal dan tinggal mengarang sahaja menjelang bulan nanowrimo. Maklumlah kadang-kadang bila kita mula menaip karangan kita, tidak semestinya kita akan mengikut semula idea yang kita sudah susun. Macam aku, pasti aku akan menyimpang jauh daripada idea asal. Lagi pula bila dapat idea baharu, maka perkembangan idea itu pasti akan menjadi-jadi.
Macam aku cakap tadi dan di bab sebelumnya, jika ada bahan untuk menulis lebih mudah memanjangkan ayat. Jika aku tidak silap, nanowrimo membenarkan peserta untuk menyediakan nota awal-awal dan tinggal mengarang sahaja menjelang bulan nanowrimo. Maklumlah kadang-kadang bila kita mula menaip karangan kita, tidak semestinya kita akan mengikut semula idea yang kita sudah susun. Macam aku, pasti aku akan menyimpang jauh daripada idea asal. Lagi pula bila dapat idea baharu, maka perkembangan idea itu pasti akan menjadi-jadi.
Nanowrimo ini juga merupakan cara aku melepaskan tenaga kreatif aku. Apabila kita dapat menyalurkan tenaga ke arah sesuatu yang kita suka semestinya hari kita akan lebih ceria. Lagipun aktiviti ini percuma dan tidak mengeluarkan wang, namun mungkin tidak berapa sihat untuk jari kerana aku kan jitu mengetuk papan kekunci sambil mengejar sasaran 1666 patah perkataan sehari.
Ada dua kawan aku yang aku kenal pasti setiap tahun bernanowrimo. Seorang bekerja sebagai wartawan dan seorang lagi copywriter. Mereka memang hari-hari menulis dan aku tak pasti adakah mereka akan sertai tahun ini. Aku tidak seperti mereka, bukan bekerja dalam dunia penulisan. Dunia aku dunia video, mungkin kerana itu aku rasa aku gigih nak menaip. Sehari, aku rasa aku taip tak sampai 150 patah perkataan. Sinopsis selalunya aku buat dalam 30 patah perkataan sahaja kerana ruang dalam laman web terhad.
Secara purata pula aku hanya berblogging seminggu sekali, maka memang aku akan menyalurkan tenaga penulisan aku ke nanowrimo.
Esok aku mahu bercerita mengenai apa pula agaknya ya. Mungkin mengenai perkara yang memberi motivasi kepada aku dalam penulisan. Masa ini sumber inspirasi aku ialah anak-anak dan suami. Mereka bertiga yang mewarnai hari-hari aku selain daripada keluarga dan kawan kawan.
Apabila teringat mereka maka aku akan segera melakukan kerja dengan tekun dan jitu. Aku mahu mereka bangga punya ibu yang mengejar impian ku walau aku punya anak dua orang. Aku punya mengejar cita-cita pun bukanlah tahap berusaha siang dan malam, cukup sekadar buat kerja pada masanya dan dengan penuh tekun. Masa selepas kerja ialah dengan anak-anak kerana mereka masih kecil. Mereka akan sebesar ini untuk beberapa tahun sahaja, selepas itu mereka akan membesar dan makin mudah dijaga dan pada masa itu baharulah aku akan lebih jitu mengejar impian peribadi aku. Aku ada banyak cita-cita selain daripada menulis novel, namun ada yang aku tidak kongsikan dengan ramai orang kerana aku tidak bersedia melakukannya pada masa ini. Biarlah ia jadi impian dalam jiwa dahulu.
Nanowrimo oh nanowrimo nampak macam mudah tetapi ia perlukan perancangan jua. Setelah bertahun mencuba, aku dapati aku bermasalah daripada segi memyediakan masa untuk menulis. Aku boleh melayari web sambil menidurkan anak, tapi aku tidak membuka aplikasi teks untuk menaip nanowrimo.
Sebulan ini nampaknya memang aku perlu bercuti daripada melayari media sosial dan mula beri tumpuan kepada nanowrimo. 5 minit pun sudah boleh menjana idea untuk 100 patah perkataan. Ok berjumpa di hari ketiga nanti ya.
0 comments:
Post a Comment