Hari ini aku menjanjikan akan menulis lebih baik daripada esok. Mari kita teruskan menaip walaupun agak kehabisan idea juga ni. Aku memang tidak langsung mengamalkan apa yang aku tulis awal-awal tadi. Maka kesimpulannya aku akan tulis dengan agenda mengarut sahaja hari ini.
Hari ini aku diingatkan mengapa penulisan esei amat penting dalam kehidupan. Penulisan penting kerana sebagai manusia bertamadun kita harus tahu merekodkan apa yang terjadi dalam kehidupan. Ini kerana tulisan dapat merekodkan apa yang terjadi hari ini untuk bacaan anak-anak kita. Ingat tak BOTAKK yang cikgu ajar dahulu semasa sekolah menengah / rendah, maaf aku tidak ingat. Ia adalah ciri-ciri tamadun. B ialah Bahasa, O ialah organisasi, T ialah tulisan, A ialah agama dan K - pengkhususan pekerjaan. Aku rasa aku belajar dulu lain je maksud K tu, tapi tak mengapalah, tapi lebih kurang je maksudnya.
Maka tulisan ialah suatu bentuk tamadun, sebagai manusia bertamadun apabila kita ada tulisan maka dapatlah kita menyimpan rekod. Tak kisahlah tulisan tu bentuk canggih macam bahasa Melayu sedia ada, mahu pun lukisan anak-anak kita yang dia lorek-lorek masa dia usia 3 tahun kan. Cukup kita catatkan tarikh atas kertas lukisan tu pasti kita akan ingat bila kita tengok balik setelah 2-3 tahun berlalu.
Hari ini bakal berakhir maka aku sambung esok kerana ada perkara lebih penting untuk aku buat. Nanti kita sambung ya.
ps: I am 70 percent behind schedule. I will try to strive for more words tomorrow.
Mini-ManCat Monday
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment