Pages

NANOWRIMO Day 5 (512)

Masuk hari ke 5 bernanowrimo memang peluh jantan semua keluar. Ya seperti aku katakan dalam hari pertama punya nanowrimo, motivasi aku dah kurang. Maka aku akan buat senaman minda untuk hari esok demi kesinambungan kepada nanowimo. Aku juga mengambil keputusan tak logik dengan menukar tajuk nanowrimo aku kepada, Aku dengar kau teringin jadi mak? atau dalam tajuk lainnya So, you want to be a mom?

Aku dapat idea ini daripada mengelamun semalam, biasa la kalau jadi mak ni banyak benda nak kena brainstorm sambil buat kerja-kerja rumah tu. Contohnya macam tengah basuh pinggan, air sinki kat rumah aku pula kecik, maka aku akan menerawang fikir apa yang aku boleh buat untuk memperbaiki gaya hidup aku. Contohnya macam basuh botol simpanan susu aku yang berlambak kat pejabat ke, sebab aku memang menghabiskan 20 minit sehari nak mencuci botol. Masa yang pendek itu patut aku habiskan dengan menatap wajah bayi aku atau berinteraksi dengan anak sulung aku je. Maklumlah, sampai rumah dah pukul 7 lepas tu yang kecik tu meminta nak tidur selalunya, maka aku ada masa yang sangat-sangat suntuk sehari.'

Sebelum aku jadi seorang mak, aku memang tak tau sangat la pasal nak jadi ibu. Aku melahirkan anak dan membiasakan diri hari-hari jaga anak, lepas tu aku baca laman web dan dengar naluri aku untuk mengemudi hidup anak aku. Setakat ini macam berjaya setakat kemahiran dia tau mana mata dia, mulut, hidung dan telinga. Cuma bab keagamaan tu aku tak berapa nak pandai melatih dia. Sikit-sikit la kan aku kena ajar dia, lama-lama mesti dia akan terbiasa. Kalau spiderman, batman, ultraman dan ironman dia boleh beza maknanya dia mudah menerima benda baharu la tu.

Ok, aku tujukan kepada semua orang yang belum pernah jadi ibu. Hakikatnya aku pun bukanlah mak yang pandai mana. Aku pun baru 3 tahun 4 bulan menjadi ibu dan masih banyak perkara yang aku perlu pelajari dan alami baru aku pandai. Setakat ini aku cuma berpengalaman menjaga bayi, tapi bayi yang minum susu ibulah, bayi yang minum susu botol aku belum pernah jaga. Bayi susu ibu ni kalau menangis kita bagi je susu, kalau dia tidak mahu barulah kita cek pampers dia, dukung dia, bawa dia keluar bilik atau bercakap dengan dia.

Kepada mereka yang belum pernah anak, ya memang jadi ibu akan merubah engkau, tapi mungkin dalam 50 peratus sahaja. Secara amnya kau masih orang yang sama, cuma kau kena jaga seorang anak sahaja dan masa kau untuk dia. Oh dan duit kau pun untuk dia, tak ada dah spare cash nak beli handbag baru setiap bulan, mahu pun beli kasut lagi 4 macam. Masa ini baru kau sedar bahawa selama ini kau ada duit lebih tu sebab kau akan menggunakannya untuk anak. Ini pendapat aku la, kadang-kadang kan kita macam ada duit lebihan yang banyak dan kita nak membeli-belah bersuka ria walaupun benda tu perlu. Maka bila kita ada anak, kebanyakan benda yang kita beli ialah perlu. Tak apa tak dapat shopping tu. Mula-mula akan rasa macam teringin sangat nak shopping, namun lama-lama kau akan tak shopping sangat sebab kau rasa baik beli barang anak kau sahaja.

ps: ketandusan 2376 perkataan.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers