Pages

nanowrimo ku yang menyedihkan.... sob sob

My nanowrimo is only 1700 + 2671 = 4,371 word aje.
Haha fail gile.
Ada lagi 45,629 word je nak lulus dan esok dah 1 December 09.
Takpe aku sambung sampai Disember.
Haha, suke hati akula.

Watched too many movies?

There are movie ticket stubs in every pocket of my coats. Sign that I've been spending too much time at the movies.rindu

New Moon, Visited

I just saw New Moon recently. Frankly it was better than the novel because it contains none of the icky-icky stuff. The hall was full of nubile young things (girls and boys) which shows who the audiences of New Moon is.

With each scene I saw I was busy comparing it with the novel. It felt like I was trying to make sure that the story goes by book. I read the novel 2 months ago and the story stuck in my head, like a sick song you sing repeatedly despite hating it to the core because of the catchy and easy lyrics. I was a biased audience as I already made my opinion about the book.

The main protagonist here is pale Kristen Stewart and even paler (grayish) Robert Pattinson. However to me the winning character here is the other protagonist Taylor Lautner who is very big, dark and CUTE. There was this scene where Taylor who portrays Jacob/Jake Black squatted beside Bella (Kristen) to see if she was hurt. Upon seeing her with a bloodied forehead, he quickly stood up and pulled up his shirt revealing his very buff body, six packs and all (He wanted to use his shirt to wipe her blood. ).

At that moment everyone was screaming euphorically and the guy a row behind said out loud. "He was like WUSH, such a facebook moment!" It was kind of eerie to hear that from a guy's mouth even though he sounded effeminate sikit. Then I laughed too, not because of the body exposing scene but because of everyone's reaction towards it. Kelakar.

The movie was funny and I like Alice's character who came to Bella to confirm her visions and Bella's clueless father who cared but did not know how to manage a stressed out daughter. I did not like Bella who was a bit over acting during her nerve biting scenes especially during the times when she imagined that Edward was beside her. I liked Bella better when she was happy especially when she was with Jake. Jake was angsty and this could be explained by his sudden transformation into a werewolf.

I said too much there - haha spoilers. But to those who have read the book and like it very much, you wouldn't be disappointed as the story is very much like the book. And like any other movie the buzz about Edward Cullen/R. Patz was over the top seeing that he only appeared for a fraction of the film.

Okay, abrupt end here. The End.

SHRH

SELAMAT HARI RAYA HAJI DUDE AND DUDETTES!!!

Aku tengah melepak di pagi raya nie, sebelum mandi nak berblogging dulu. Sebenarnya hasrat hati nak shut down laptop nie sebab selalu hibernate aje tapi dah nampak ikon blogger terus aje nak berkarya. Ceihh, dah bunyi mcm journal hidup plak.

Ok darlings yang tengah beraya nak makan nanti apa hari ini? Selamat masak dan selamat makan. Aku belum keluar bilik lagi ni, tapi dah dengan tuala nak gi mandi. Hari Raya Haji ni aku buat program homestay kat rumah orang di Baling, Kedah ini. Konon nak merasai experience dengan orang cheheheh, sangatlah. Oleh sebab Mak aku dah datang KL awal bulan hari tu nak pergi Bandung jadi aku fikir tak de la ralat sangat tak balik raya tahun ni. Lagipun bulan depan aku balik lagi jadi excuse la konon.

Kenangan Hari Raya Haji dulu-dulu masa kat JB, aku selalu pergi rumah atuk dan nenek aku. Tapi sekarang semua dah tak ada kerana dah menemui Illahi kembali jadi aku selalu duk diam2 kat rumah pada raya haji. Kini kalau tak melepak di rumah aku pergi la melawat makcik dan pakcik yang terdekat. Tahun nie ayah su kepada bapak aku dan isterinya juga dapat pergi haji. Alhamdulillah sebab mereka pun baru sahaja bersara daripada bekerja baru-baru ini dan persaraan itu dimulakan dengan sesuatu yang istimewa.

Raya Haji ini juga membangkitkan kenangan sayu sebab Tok yang merupakan bapa kpd mak aku meninggal di Makkah. Ada la dalam tiga tahun kot dia meninggal di sana dan tak lama lepas tu nenek tiri aku pulak di Malaysia.

Aku sedih la juga walaupun perhubungan aku dengan Tok itu tidak rapat kerana tidak dapat menziarahi dia kali terakhir. Jenazahnya dikebumikan di Kota Makkah dan aku dengar best gile kalau dapat mati sana. Dia meninggal di Makkah semasa sedang beribadah dan bekerja, bak kata mak aku Atuk aku kerjanye 'membawa orang pergi Mekah'. Boleh kata tiap-tiap tahun dia pergi sana kalau ada keperluan. Selalunya bila balik dia akan bawak berguni-guni barangan daripada sana untuk dibahagi kepada anak-anak dan cucu-cucu di sini. Aku pernah dapat rantai manik, cincin perak (yang longgar jadi masa aku lambai sedara aku daripada balkoni rumah flat lama ia terjatuh pula) dan kain untuk baju kurung.

Selalunya masa itu mak akan bawa aku berjumpa dia selepas dia pulang ke Malaysia. Dia ada office dalam rumah jadi sementara tu kami duduk la luar menunggu dia. Bila dia keluar aku salam la dia. Lepas tu dia borak la dengan mak aku dan tanya apa khabar family aku. Selalunya mak aku akan khabar la juga tentang perkembangan akademik kami, dah tingkatan berapa, nak periksa besar apa.

Kemudian arwah Tok aku akan bagi nasihat pada aku "Belajar rajin-rajin, Berusaha, Tolong mak la dan lain-lain lagi." Time aku kecik dia akan bagi juga duit raya sorang RM10 tapi bila dah besar mesti la kurangkan. Sampai sekarang aku rasa komunikasi aku dengan dia itu je bentuknya. Maklumlah aku nie dahla pendiam lepas tu jarang pula jumpa datuk aku manalah nak berborak lebih-lebih sikit. Nak poser jadi peramah pun segan.

Hah, itula memori Raya Haji aku. Korang pula?

Okla nak gi mandi. Selamat Hari Raya!

Hari Terakhir di Bandung

Hari terakhir buat aktiviti membeli belah di Bandung dipengaruhi juga oleh stok wang yang semakin hari semakin surut. Nasib baik ada ibu yang sentiasa menyediakan payung sebelum hujan, ada juga bekalan hingga ke akhir hari. Wei tapi aku adala simpan duit lebih tau untuk makan dan cukai lapangan terbang lagi, cuma untuk berbelanja ekstra ekstra tu tak cukupla.

Kami bangun awal nak ke Pasar Baru Bandung di mana dikatakan ada menjual banyak kain kebaya bermanik, kain sutera dan juga kain telekung. Masuk-masuk je menuju ke kedai ini.


Cuba feel menjadi penjual di kedai.



Haha, hentikan pose itu.
Klise sudah jadinya.


Banyak gila benda boleh beli, tapi kena fikir dengan teliti sebab tak nak melebihi had bagasi.



Yang mana satu nak?
Yang kotak?
Dompet anyaman kecil?
Yang ada riben?
Warna pula?


Ni idaman hati juge la sebab unik dan murah tapi tak ada ready stok pula.

Cuba teka jari sape yang tengah pegang tu?

Lepas tu aku dengan chief suka jalan mencari telekung pulak.
Mak aku belila untuk anak dia sorang satu, aku tak masuk senarai pulak.
Sob sob.

Cuba teka mana satu baju pilihan OOMM?

Yan ini pula semestinya aku punya.
Bak kata chip, kena ambil yang nampak lawa dalam gambar.


Mula-mula tu aku nak ambil ini sebab semua orang kata sesuai dengan tona kulit aku.
Tapi dalam pic x lawa pulak.

Pink aum.
(Ia di kedai dalam proses menjadi kebaya)

Ini la pilihan chief suka jalan.
#Manusia millenium mesti ambil warna canggih baru gerek.


Pekedai ini tahu yang bajunya dijual dengan harga sampai 3 kali ganda di Malaysia. Kalau sepasang baru dalam RM40 di sana, manakala di sini pula boleh dijual sampai RM200 sepasang. Dia siap membekalkan kain ke pelanggannya di sini sampai 150 helai sekali pos.

Untung gila ko.


Baju mcm ini rasanya kurang daripada RM100 di sana, tapi sini mau pengsan nak beli kain aje.


Penat bershopping simpan barang dalam Kijang dan makan dahulu.
Meanwhile enjoying the view.


Makan ayam kurus lagi.

I like skinny chicken yang x liat ni so much.

Muah muah.

Amacam overdose tak cerita bandung?
Lepas nie nak cerita pasal FOS @ Factory Outlet Store yang berlambak-lambak di sana dan apa benda yang aku beli di sana dengan banyaknya. Aalahai macam la benda tu tiada di Malaysia juga kan.
Ok stay tuned.

Bandung 2 - Tangkuban Perahu dan Strawberi

Keesokan harinya pada pukul 9 pagi kami ke Tangkuban Perahu. Ia terletak kira-kira 30 km north of the city of Bandung (malas nak translate). Bayaran masuk bagi pelancong ialah 50,000 rupiah bersamaan RM18. Nilai tukaran duit kita ke duit dia lebih kurang RM36 bagi setiap 100,000 rupiah. Tapi kalau kita tukar RM ke rupiah di sana kita rugi sikit la sebab ikut rate sana yang tinggi sikit.

Mari bercerita pasal Tangkuban Perahu semula. Seperti legenda lain cerita ini ada banyak versi, tapi di sini aku terjemah semula story Wikipedia itu.

"Ia dipanggil Tangkuban Perahu yang bermaksud Perahu Terbalik dalam bahasa Sunda, bahasa tempatan di Bandung. Daripada jauh gunung ini kelihatan macam perahu yang terbalik. Anda boleh nampak macam bahagian bawah perahu yang terbalik.

Sumber Gambar : Internet

Legenda di sebalik gunung ini ialah kisah "Dayang Sumbi" yang cantik dan anaknya Sangkuriang. Semasa kecil Sangkuriang telah terbunuh bapanya dan sebab marah sangat si Dayang Sumbi ini terpaksa memulaukan anaknya sendiri. Akibat sedih sangat kehilangan suami dan anak si Dayang Sumbi pun melarikan diri namun dia kekal jelita dalam terseksa kerana ada ilmu mistik.

Selepas bertahun-tahun melarikan diri dia merancang untuk pulang ke tempat asalnya. Pada masa itu Sangkuriang yang sudah dewasa terjumpa ibunya dan jatuh cinta pula. Mereka memang tak cam la sebab dah lama sangat tak jumpa. Tapi sedang mereka bercinta si Dayang Sumbi perasan yang Sangkuriang mempunyai tanda lahir sebiji macam anak dia. Bila dah pasti mereka anak beranak, maka nak tak nak terpaksalah dia memutuskan hubungan dengan anaknya. Manakan ibu berkahwin dengan anak kan.

Tapi Dayang Sumbi tak nak kecewakan anaknya dengan berterus terang, maka dia terpaksa menjalankan satu muslihat demi mengagalkan rancangan Sangkuriang untuk berkahwin dengannya. Dayang Sumbi meminta Sangkuriang untuk(1) membina sebuah empangan di Sungai Citarum dan (2) membuat sebuah bot besar untuk merentasi sungai itu sebelum matahari terbit jika mahu berkahwin dengannya.

Demi cintanya si Sangkuriang bertafakur dan memanggil jin hijaunya @ buta hejo untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan projek mega tersebut. Bagi memastikan muslihatnya berjalan lancar Dayang Sumbi meninjau lokasi pembinaan dan terperanjatlah sebab dah 90% siap. Maka dia terus menyuruh pekerjanya merentang kain sutera merah melitupi langit di bahagian Timur bandar itu bagi menyerupai kemerahan fajar nak menyinsing.

Helah Dayang Sumbi menjadi apabila Sangkuriang yang melihat langit merah itu percaya bahawa matahari nak terbit. Dalam amrahnya dia menendang sekuat-kuatnya empangan itu dan botnya yang hampir siap lagi. Terpelangkuplah bot itu dan jadilah Tangkuban Perahu."

Tammat.



Mak aku berposing hensem berlatar belakangkan kawah kat Tangkuban Perahu.


Lepas tu kami turun ke bawah supaya dapat tengok pemandangan yang lebih dekat.
Tengah-tengah nak ke bawah ni aku snap this pic of kawan aku yang di atas.


Tengok-tengok bawah, mak aku dah sampai ke bawah tanpa aku.
Nasib baik batu-batu situ tak ade kerikil halus yang berderai,
kerana itu boleh menyukarkan mak aku nak turun.
Kalau tersalah langkah boleh tergelincir.
Lepas tu mak aku suka sangat sebab dia berjaya naik atas.


Sampai di bawah nampak sign board suruh berhati-hati.


Sila jauhi bibir kawah, kalau jatuh tanggung sendiri. Dulu-dulu dieorang kata boleh turun hingga ke dasar kawah tu. Sekarang dah tak boleh sebab dah tak selamat mcm dulu.


Ini kawah


Ini pun kawah yang sama cuma senget ke tepi je pemandangannya.


Di Tangkuban Perahu ni satu benda yang nak kena gagah pertahankan ialah duit anda. Keluar-keluar kereta ada ramai penjual barang nak jual macam strawberi dan kicin. Jika anda pandai tawar menawar bolehlah berurus niaga dengan mereka. Jika tidak buat-buat jual mahal la. Orang nie tengah menjual strawberi kat mak aku. Yang lain tu nak menjual pen dengan tanduk berukir ayat-ayat kot.


Lepas dah puas bergambar dan melihat kawah, kami pun bergerak kembali naik atas untuk pergi ke tempat lain pula. Penjual-penjual itu pun join sekaki la mengikut kami berjalan sambil menjual barangan mereka.


Satu benda yang aku suka kat penjual-penjual barang ini ialah mereka sangat sopan dan gigih. Kalau ko tolak gitu-gitu mereka akan pujuk juga. Tapi kalau tak nak, cakap aje tak nak dengan tegas dan selalunya mereka faham bahasa la dan terus tak approach ko lagi.


Aku tengah nak berposing pun ada lagi yang siap sedia nak jual barang kat aku.


Mak dan bapak aku main game plak dengan penjual-penjual tu.

Penjual : Beli Pak?
Bapak aku : Duit pada kakak.

Penjual : Beli Kak?
Mak aku : Duit pada anak saya.

Last-last aku juga jadi mangsa.


Seterusnya kami pulang ke pusat bandar Bandung. Dalam perjalanan tu banyaklah nampak kedai jual strawberi dan kelinci also known as arnab. Tour Guide kami bawa kami sekejap ke tempat petik strwaberi. Masuk kena bayar 6000 rupiah = RM2.16 dan hasil mengutip dikira ikut paun.



Aku masuk dengan mak aku manakala yang lain tengok daripada luar. I
tu mak aku tu tengah syok petik buah. Aku tengah syok posing dgn buah aje.

Pokok-pokok dekat pintu masuk tu dah habis buahnya. Maklumlah sebesar mana aje kebun strawberi dia, kalau dah 50 orang masuk kutip strawberi dalam sehari habislah buahnya. Aku rasa dia ganti-ganti pokok strawberi tu dengan yang ada buah bila dah habis sebab pokok tu semua berada dalam beg hitam dan guni yang menjadikannya mudah alih.


Makcik pekebun strawberi.

Nyum nyum.
Rasa nak picit picit je sampai penyek.

Gigih.
Alamak fail la gambar nie sebab buah dia kaler putih.
Tapi syhhh sape perasan.


Setelah lebih kurang berkebun dalam 20 minit macam tu kami pun beredar pulang. Buah nie kena timbang dulu dan bayar tapi aku tak ingat satu paun berapa harganya. Mak aku gembira gila sebab dia puas menuai dan makan sendiri. Om nom nom.

Masuk = RM2.16
Hasil tuaian = RM9
Kepuasan makan strawberi = Priceless
dapat stroberi shake plak tu wiii hih

Hasil tuaian Puan Mak Mizzy N


Lepas tu pergi makan tengahari dan malam tu makan lagi kat Jalan Chisangkuy juga. Tapi malam tu aku makan nasi goreng seafood, ratah mak aku punya ikan kaloi dengan kangkung seafood. Air aku macam biasa la teh dingin. Ok next episode coming up.

Bandung yang tak ada air bandung mahu pun mee bandung

Awal bulan hari tu aku pergi Bandung, beli tiket sejak Februari lagi tuu. Maklumlah tiket RM0 tanpa termasuk airport tax mestilah dirembat dengan segera. Pergi ke sana sekejap macam balik kampung je pun. Kami terbang ke Bandung pada hari Jumaat dan terbang balik ke sini pada Isnin berikutnya.

Sebelum pergi ramai officemate menanyakan "Beran ko pergi sana?"
Oopps ada orang x skerr kalau guna lingo beran (berani) dan cerr (cerita) ni.

"Berani ye ko pergi sana?"
Aku kata, "La dah duta dia siap datang sini promote negara dia baru nie, kenapa pula kita nak takut ke sana?"
Lepas tu aku teringat lesen ke luar negara terulung yang aku tengah mohon lagi masa tu
"Kite tengok je la macam mana nanti, kalau keadaan ok mesti boss atas akan bagi kebenaran. Tapi kalau sebaliknya kena la duduk Malaysia ni aje."

Sebagai kakitangan gomen, aku kena mintak izin boss terulung di atas sana melalui permohonan rasmi. Ia boleh menjamin hak kita bila di luar negara mahupun hak waris kita di Malaysia ini kalau apa2 terjadi. Alhamdulillah perjalanan kami ke sana dan kembali ke sini semua berjalan lancar.

Pemergianku ke sana dijoin ibu bapa ku. Mereka terpaksa la duduk jauh-jauh kejap sebab seat lain-lain nombor. Itu mak aku tu yang duk jauh sikit dan my daddy kat depan seat aku. Itu pula aku yang biji mata terjojol sebelah tu.


Pemergian ke sana juga dijoin oleh chief suka jalan nombor 1 Inner Beach, the OOMM. Ni pic khas untuk tatapan pembaca blog ini yang mana dah siap sedia disensorkan di lokasi lagi.


Penerbangan ke sana memakan masa dalam dua jam lebih, sempat jugak la tidur dengan amannya dalam kapal sebab bila dah mendarat mesti kena aktif berjalan ke sana sini.

Bandar Bandung kelihatan sangat padat daripada perut kapal terbang. Cuba tengok part bawah gambar ini, sangat rapat rumah-rumah/bangunan-bangunannya.

Rumah mereka macam tak ada laman aje aku tengok. Kalau di sini rumah sebuah-sebuah mesti nak ruang sikit untuk longkang dan rumput sikit2 baru la pagar rumah. Di sana sikit aje ruang antara rumah Encik A dengan rumah Encik B. Tapi tak adela gambar nak tunjuk kat korang.

Yehehheee, akhirnya mendarat kami dengan selamat di Airport Bandara Hussein Sastranegara tu. Melalui info daripada chief suka jalan dan info kemudian daripada tour guide kami, lapangan terbang ini pihak ashkar yang punya. Buat masa ni ia disewa oleh syarikat penerbangan yang mendarat di sini. Airport baru tengah buat rasenye.

Ibu sangat teruja sebab ini pertama kali dia naik kapal terbang. Aku pun teruja sebab ini kali pertama aku dan dia berjalan-jalan keluar Malaysia.


Kami sampai-sampai aje dah petang dan di luar airport kenderaan sewa sudah siap sedia menunggu kami. Maka kami naikla Kijang aka Toyota Avanza ke hotel untuk berehat-rehat. Untuk keselesaan ibu dan bapa aku, kami sewa hotel dengan kenderaan untuk ke sana ke mari sekali. Bayaran bagi seorang ialah dalam RM288 untuk penginapan tiga malam dan perjalanan keliling Bandung bermula 9 pagi hingga 9 malam. Kalau pergi sendiri maybe aku pegi naik pengangkutan awam je. Masa di sana ada banyak kijang warna pink yang berperanan mcm bas mini.

Bila sampai tu kan aku onkanla handphone, kalau korang set jam hp korang auto synkronize masa tempatan maka waktu akan menunjukkan awal sejam. Malaysia pukul 5 di Bandung baru pukul 4. Waktu-waktu tipikal seharian di Bandung pun berbeza contohnya waktu Subuh pukul 4 lebih dan kedai pula tutup pukul 9 malam. Di Malaysia subuh 5 lebih dan kedai tutup pukul 10 mlm.

Jadi malam tu sebelum kedai tutup kami berkunjung ke sebuah kedai minyak wangi yang menawarkan bau-bauan inspirasi daripada jenama terkenal dunia. Ini nama kedainya.


Kami masuk dan mula la memilih wangian. Selepas lima belas minit dah pening dengan kewangian yang pelbagai. Nak cuba kena cium satu-satu bau mana yang best. Kadang kala buah kopi pun tak mampu nak menjadikan kita waras kembali sebab dah mabuk perfume.


Tengoklah botol-botol berikut. Ada hampir semua jenama perfume di sini. Tapi sayangnya Paris Hilton punya dah habis pula, sob sob.


Last-last aku beli bauan faveret ku Hypnose, bauan nak cuba - Burberry, JLo Still dan juga Kenzo Flower. Harga sebotol yang aku tibai antara 25,000 ke 35,000 rupiah. Itu jika diterjemah dalam RM antara RM 9 ke RM12 untuk 25ml dan 30 ml. Tahan lama juga bauannya, lagi lama daripada perfume officemate lama aku jual RM50 (100ml) yang dikatakan tahan 8 jam. Tahan 2 jam aje rasanye.

Berikut ialah proses pencampuran elemen bauan dengan elemen alkohol, kalo ko nak tahan lama amek la yang persen bauan dia banyak. Bezanya harga super (wangi lebih) dengan yang standard (wangi biasa) hanya 5,000 rupiah aje.



Lepas beli barang kami pergi makan pula. Makan kat Jalan Chisangkuy yang terletak dekat aje dengan hotel rupanya. Bapa aku nak makan goreng-goreng jadi kami cuba cari mula-mula tu. Tapi sebab dah lapar aku belasah je la mana-mana kedai masa tu. Kami makan ayam dara@ ayam muda yang sedap sangat dengan tauhu dan tempe goreng. Ayam ni daging dia sikit tapi sedap. Hari-hari seterusnya pun aku baham juga :).


Masa makan tu ada sebotol penambah perisa berwarna hitam, aku ingatkan kicap jadi aku letak la sikit atas nasi. Sekali rasanya manis sekali dan rupanya gula hitam pekat, atau gula melaka rasanya.


Aku tak ada la cuba nak cari mee bandung mahu pun air bandung kat sana. Air teh dingin adela!

Ok, c u tomorrow untuk cerita pasal esoknya. Nak buat korang overdose dengan kisah berjalan-jalan aku.

happy weekend

Office mate aku baru beritau 'butang' itu maksudnya dalam bahasa iban ialah 'berlaku curang dengan orang'.

Contoh ayat :
Nuan butang ngau orang.

Haha, tutup kan itu perlakuan curang!
Engliss, Button the button.
Ngade-ngade - Kancing tu memang la nama lain butang.
Ayat aku, pakailah butang baju ko tu.

Tata

Happy weekend

Stereotaip

Masa aku gi belajar kelas menulis skrip dulu, pensyarah aku mengalakkan kami menjentik keluar elemen watak-watak stereotaip. Dia kata penulis skrip kena memberi watak-watak dalam cerita itu ciri-ciri kemanusiaan juga untuk menunjukkan bahawa dia juga manusia. Contohnya kalau baik tak la baik sangat sampai kawan tak belajar tu siap nasihatkan lagi, dan kalau jahat pun takdela nak jahat je 24 jam. Orang jahat pun bermula daripada menjadi anak mak dan bapak, kenalah juga ada sifat-sifat cinta mak dan bapak, anak atau perempuan simpanan dia. Takkan la lahir-lahir je jadi jahat, semua orang jahat bukan stok menjahat je bila sedar dan baik bila tidur. Macam kanak-kanak superaktif yang bila tidur rasa nak belai2 aje tapi bila bangun dan mula beraksi nakal rasa macam nak picit2 je masa mak dia toleh tempat lain.

setan

Apa itu stereotaip, mari lihat wikipedia punya definition di sini. Cis penat aje aku link padahal satu baris aje. Ok mari kita quote, menurut Wikipedia Stereotaip ialah "suatu tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan terhadap sesetengah jenis orang atau benda tetapi seringkali tidak benar di dalam realiti."

Contohnya macam kalau kita tengok orang berpakaian baju kurung dan bertudung ala-ala skema nak ke pejabat/kelas dan kita kaitkan dengan tidak pandai berbahasa Inggeris dan mendengar lagu pop melayu aje - maka itu adalah stereotaip. Sebagaimana juga kita tengok budak-budak yang berfesen seluar ketat nampak otot peha dan baju takde lengan dedah dada sebagai sangat urban dan sangat la moden itu. Ini semua hanyalah pemikiran malas dengan pengumpulan mereka yang nampak serupa dalam satu bakul dan melabelkan mereka dengan satu label sahaja.

Walhalnya manusia ni banyak jenis. Kalaupun dididik oleh ibu dan bapa yang sama, perangai dan citarasa sangat berbeza. Jika ada persamaan pun tidaklah sama daripada semua aspek. Ada yang suka bermain air tapi dekat swimming pool dan laut, dan ada juga yang suka air terjun ajae.

Macam aku nie, ketika aku tengah tidak berkata-kata dan duduk diam di dalam pejabat/meeting atau suatu masa dahulu di dalam kelas masa tengah belajar kan, aku sering dianggap macam tak tahu apa je. Kalau kena label sombong aku suka gak sebab ada masa malas nak layan orang banyak soalan. Tapi kalau kena label clueless, sodih denn. Dulukan, seorang pensyarah bernama Miss J yang suka berkata jujur, telah komen pada aku lepas aku jawab soalan dia "Nampak macam bodoh, pandai rupanya."

Itu pujian ke kutukan? mana-mana pun boleh aku rasa di dalam kes ini. :OP.

Masa aku mula-mula kerja dulu di pejabat aku pasang lagu Xtina Aguilera's 'Fighter' boleh sorang kawan nie kata "Eh N, ko dengar ye lagu-lagu macam ini." Haha, muka aku ada tulis "Muka stok ini hanya mendengar lagu jenis sekian dan sekian aje ke?" Sepertimana OOMM selalu kena komen oleh orang sekeliling dia "U ni dress macam artis la". Bukan artis je pakai tak hingat dunia dude, takkan nak tunggu perayaan baru nak berhias dan masa lain jadi macam biasa aje. Itu stereotaip jugak tuuu.

Aku pun tak bebas juga daripada stereotaip, mungkin sebab dah terbiasa fikir macam tu. Contohnya aku sangat kagum bila ada orang bangsa selain Melayu terrer cakap bahasa Melayu. Tak tau kenapa kagum sangat walhal kalau orang tu dah belajar daripada kecik atau secara intensif mestila dia pandai berkomunikasi dalam bahasa itu kan.


Perempuan ini fasih gila cakap Melayu sbb dia belajar kat U dia hok Jepang nun.

In case kalo korang terjumpa dia di Jepang, suruh dia pulangkan nombor telefon maxis aku tau. Dia nak beli prepaid local tapi yang dia beli tu tak teraktif langsung jadi aku bagi la pinjam nombor aku. Tapi last-last dia buat aksi MIA pula last-last tu.


Pembikin filem guna stereotaip dalam movie/drama kerana ia mampu buat orang gelak. dengan segera. Contohnya tunjuk orang berbadan saiz besar dan kapelkan dengan orang berbadan keding mcm dalam Cinte Luor Biase tu. Confirm orang gelak masa tengok adegan itu. Namun di sini objektif kita sebagai bakal pembikin filem ialah untuk memecahkan stereotaip itu kerana penonton zaman ini lebih bijak.

Terbaru ni masa aku tengok Jangen Pandeng Belekeng Cungkak ada scene tiga kerat watak lelaki utama nie tengah berdiri berborak dan tetiba ada nyanyian memanggil mereka. Tengok2 je rupanya love interest memanggil dan salah satunya ialah Dina. Masa kamera tunjuk Dina, semua orang gelak2. Aku rasa sebab stereotaip ini la mereka gelak.

Stereotaip dalam kehidupan akan sentiasa wujud. Jom kita latih diri kita untuk mengubah cara kita melihat orang. Orang selalu kata jangan cepat sangat judge orang masa jumpa pertama kali itu. Macam aku dulu berfikiran bahawa seorang anak yang ibu dan bapanya dah bercerai selalunya akan menjadi seorang pendendam dan tak hepi, takpun kekurangan kasih sayang. maka akan agak tak berapa stabil ke or something like that.

Manede beb. They can turn out nice and rounded like a perfect apple pie straight from the oven. Nampak sangat aku terpengaruh dengan drama kat tv, mak aku la nie suka tengok drama. Haha, sorry Mummy ini lawak sajer.

Kenapa ada stereotaip? Aku rasa sebab manusia tak suka kalau dia tak tau ape hal seseorang itu berkelakuan begitu, jadi kalau ada stereotaip boleh la dia kata "Maklumlah kena dera dengan mak dia sejak kecik maka jadilah sangat benci perempuan. Agaknye la kot." Agakan yang sangat berbahaya pabila dibincangkan di kalangan mereka yang suka membuat agakan.

Heih. Hahah sebenarnya nak rage pasal stereotaip dan benda lain, sekali terkaitkan dengan benda lain plak. Simpan cerita dulu k. See you in two days. Daaaa

Anda penyewa rumah style apa?

Sebelum aku duduk menyewa kat KL aku duk bandar bersebelahannya dan pergi kerja + balik kerja naik komuter. Aku hanya berpindah ke KL setelah 9 bulan menempel di arteeaim tu. Masa nak pindah tu liat gila tapi kerana memang dah tiba masa la aku duduk rumah area KL plus officemate aku ketika itu nak cari rakan serumah baru maka ibarat buku bertemu ruas, BERHIJRAHLAH! Tak terlarat seyhhh nak duduk secara bujang yang jauh, stress nak menunggu komuter dan pula bersesak dengan penumpang lain. Faktor-faktor ini kadang kala mematikan mood aku nak ke pejabat.

Sejak detik itu aku bersama officemate aku dan satu lagi rakan lain mulalah menyewa satu apartment lebih kurang 15 minit jauhnya daripada pejabat. Duduk rumah dengan adanya kuasa membeli belah hasil dapat gaji tiap bulan ialah surga dunia bilik sendiri! Best!

Sewa rumah aku rm7++ bahagi tiga orang maka sorang bayar dalam rm2++ la.

Ok itu back storynye. Ceritanya yang nak diemokan berbunyi begini. Selalunya kalau pergi kursus benda yang menjadi topik di kalangan orang yang tak berapa kenal ialah rumah sewa. Budak2 bujang suka nak tanya aku sewa di mana dan berapa regenya. Apabila mereka tahu aku sewa sebilik rm2++ dan jauh sikit daripada office terus aje tanya kenapa tak duduk dekat2 area office aje?

"Dekat kan senang! Rugi la bayar mahal2!" Komen mereka.

Ada sorang nie siap kata, "kenapa tak sewa kat PH sana? Sewa la dalam 6/7 orang dapat murah. Rumah pun boleh tahan saiz."

Akibat tersentuh dengan nada bertanya die itu aku kerekly jawab, "rumah saya tu lagi besar daripada pantai Hillpark dan jauh lebih murah sewa rumahnya (rumah area PH tu dlm rm800 ke atas). Lagipun tak rela nak duduk rumah beramai-ramai, dah puas masa zaman sekolah dulu."

Aku kena la jawab kerek kan sebab nak bagi mulut die diam, nanti takde la soalan follow up banyak2. Tak reti nak menangkis lagi kalau dah soalan tu lebih2 quota. Kalau aku kenal rapat takpe la boleh layan poyopoyo tapi ini complete strangers. Malahan orang yang bertanya aku tu duduk area jauh juga tapi duduk dengan ibu bapa die. Lain konsep? Jimat?

To each his own.

Kenapa bila orang bujang duduk jauh-jauh daripada office dikatakan membazir? Adakah orang bujang perlu berpusatkan pejabat aje hidupnya jadi duduk dekat2, manakala orang berkeluarga pula tak ape tinggal jauh kerana mengikut environment yang sesuai untuk family? Adakah, adakah, adakah, adakah?

Sekali lagi to each his own.

Anda penyewa rumah style apa?

Masa belajar dulu aku sewa rumah main hentam je dengan sesiapa. Malahan aku pernah tiga kali duduk rumah sewa bersama orang yang langsung aku tak kenal dan setiap kali itu aku tak suka. Lagi ramai lagi banyak ragamnya. Banyak sangat tepi kain yang boleh diganggu dan tuan empunya kain yang suka mengganggu. Lagi lemah bila ada subspesis yang suka buat spekulasi pasal housemate lain di belakang, pabila orang tu ada tak nak plak ko tanya masa tu!

Dua kali pula aku sewa dengan kawan aku masa belajar. Masa nie heaven gila la sebab boleh gi uptown damansara la pulak makan roti canai, balik daripada edit kerja rumah pukul 1 pagi dan juge menjadi mangsa kepada perempuan2 yang nak dating malam tapi duduk hostel - maka pulang itu menumpang la kawan yang berumah sewa. Heihh miss those days. So heaven.

Pekebenda yang aku merapu pagi2 nie, nak blogging tapi ngantuk nie. Silalah melayan saya!

NANOWRIMO NO 2

My nanowrimo has been updated!

Me going a bit slow here

I have been a bit slow in blogworld here this week. I did blog, plenty of postings though but frankly I did not have enough concentration to go visit friends' blogs. Anyway, I think I will take some time off this weekend, needed to see my parents before they return to JB.

Oh yeah, I still got my nanowrimo to do too.

Well, see you later on. BTW folks, I am planning something for some soon to be lucky people. But this can only be done after I have settled some overdue appointments.

Ok, bye.
Miss me lots k.

Phyt

Last weekend I went shopping with my family and I found this pair of 'oh so gorgeous kitten heels shoes' with a beige and grey phython motif. Then I asked the sales person for one in a size 10 but the store only has a size 9. Upon trying the 9 sized shoes they felt okay on my feet so I wore it to the office on the next day. However, come early evening the shoes felt tight and I so I decided to sell it to anyone interested here. Anyone? Anyone?

Details are available at my other blog the shopoholik. But if you are interested in buying them you can also contact me here.




Colour : beige, phython skin motif
material : kinda like pvc
size : 9
unit : 1 pair only



If you are interested please email to idarara@gmail.com

Statement seorang pencinta intenet 1

Awal november aritu aku duk tengok2 paper dan perasan mat salleh sibuk2 la nak sambut all hallow's eve aka Halloween. Selang beberapa hari aku teringat la pasal halloween sebab selalunya bila halloween ada cerita best kat tv/majalah. Masa lunch tu aku tanya kawan aku bila halloweeN ya sebab rasa mcm dah nak dekat? Dia kata "Aku tak tahu bila harinya, tapi Yahoo tak de keluar ikon spesel sebelah lambang dia lagi maknenye bukan hari ni la."

MizzyN mengantuk disorongkan blog

Alhamdulillah aku dah selamat pergi dan pulang daripada negara seberang. Oleh sebab bawa mak bapak aku juga makanya jadi sangat bersyukur apabila dah balik negara tumpah darah ku ini.

Pes skali aku nak ucap,

Timaseh pada tour guide agak rasmi bernama OOMM yang dah sangap pergi Tangkuban Perahu buat kali kedua, dan jua gigih melawat banyak FOS di bandung sebab nak cari the perfek beg dan barang2 dekor badan lain (oh baju putih yang comel - satu RM18 ke RM 36 aje siut).

Sama-sama kerna sudi meneman kami sekeluarga, TERIMA KASIH!

Hohoho ngantuk seh. Zzzzzzzzz. blur

Tapi nak rage kejap la.

Adeke tadi masa kat KL Sentral nak charter teksi, ada minah di sebalik kaunter bayaran/bagi kupon tu tersangatlah kerek. Kami ni manusia jarang naik teksi charter, dulu masa naik 4 bulan lalu kami bagi nama apartmen kami tapi mereka tak tau ia di mana. Jadi si penjaga kaunter ketika itu bagi kami nama lokasi sopping center terdekat ajela sebagai destinasi. Kami naik teksi dan rilek.

Tapi masa dalam perjalanan si drebar teksi tanya lokasi sebagai kepastian dan kami sebut nama rumah nan syurga ini. Tetiba rupanya salah destinasi sebab dalam kupon kata destinasinya ialah sopping center itu, jadi si drebar dah marah2 kata kami kena bayar lebih la mcm nie. Kami bengong sebab dah salah komunikasi dengan si penjaga kaunter plak tadi, dan sekarang ditambah pula amarah si drebar ni.

Jadi kami bersuaralah "Takpela pakcik kami berenti aje kat sopping center tu."

Ceitss tetiba pakcik tu mesra lak dan kata "Takpe saya hantar awak ke ke rumah terus" dan lepas tu potpet pasal lokasi ni apenama "Sebut je la nama apartment awak nanti lain kali kalau nak charter tu tau!"

"Hait pakcik!"

Nak dijadikan cerita tadi kami sebutla nama apartment kami pada minah kaunter tu, tapi dia pulak tanya balik "Batu berapa?" Kami dua kerat ni dah keliru dan kata pada pompuan tu"Lorr kata aritu sebut je nama apartment kan?" Si perempuan tu kata "Taman XXX ke? Batu berapa tu?" Kami kate la aritu orang teksi tu beritau sebut nama Apartment pun ok je, tapi pompuan ni nak gak tau Batu berapa? Kami tanya dia "Kami tak pastila. Awak tak tau ke?" Pompuan belakang kaunter yang kini dijoin sekaki oleh mamat sebelah dia boleh kata "Kami tak tau apartment awak tu kat batu berapa, kalau drebar teksi tau pergi la tanya drebar teksi" Dengan nada mcm orang kata "Tau takpe!" yang sangat annoying rasa nak pelempang je di situ dan ketika itu jua.

Jadi aku pergi le tanya drebar teksi kat luar tu dan sorang pakcik ni jawab la "Selalu sebut nama apartment aje pun, tapi saya x pasti batu berapa. Hmmm... rasa mcm Batu 113!"

Dengan jawapan itu aku beritau si oomm dan mengomel kerana kekeliruan dan seterusnya mara kembali ke kaunter. Kat kaunter si kawan aku neh kate la "Batu 113 ye." Tetiba perempuan di sebalik kaunter kata "Dah agak dah, betul la Batu 113."

Dan aku dengan SENTAPnye kata "Tak payahlah buat statement mcm tu."

Perempuan belakang kaunter kata "Betullah!"

Bengong betul. Aku sentap coz dahlah cakap dengan aku n kawan aku mcm kami budak bongok tak reti pape, tau nak kerek aje belakang kaunter. Tadi kata tak tau, nie tetiba buat statement dah agak dah kat sana. Kenapa ko tak agak2 masa aku tanya kali pertama tadi?

=======================================================

Cis

Ropa-ropanya masa aku pergi tanya drebar teksi tu minah tu dah tanya dengan orang teksi di situ di mana Apartment ku itu. Mungkin kerna itu dia baru tau itu Batu 113. "Ooooo," kate dia "betullah batu 113". Tapi silap la ko buat statement klise rasa mcm nak lempang "Dah agak dah, betul la Batu 113 itu.

Mana aku tak marah, tadi ko kata ko tak tahu, lepas tu suruh aku tanya teksi, lepas tu bila aku datang ko buat statement "Dah agak dah". Hoh! Beritau la kami yang ko baru tau itu Batu 113 minah kerek! Meletops marahs niessss!

Nasib baik kawan aku pun rupanya ada rasa mcm nak lempang minah di kaunter itu ketika statement di atas dalam tulisan merah diutarakan, kalu tak aku rasa mcm songel aku terlebeh2 plak.

Takperr rage sekali sekala, charter teksi pun 3 bulan sekali haha. Mana dia nak ingat muka aku ini kan? Ingat ke?

aNNoyed

Aku baca Achiknye posting benci dan aku teringat seperkara yang aku juga rasa annoyed.

Minta gambar tapi nak melalui email!
Aku tak tau la sama ada aku yang tak reti hantar gambar guna email ke apa tapi kalau dah 20 keping gambar nak hantar guna email maka matilah makcik menunggunya. Yang menyebabkan aku benci sebab yahoo suka diskonnect bila attach pic. Cheih, komputer aku je kot?

Satu lagi bila dieorang mintak tag kat facebook or friendster, oh no! Selalunya mereka yang minta gambar ni duduk satu organisasi dengan aku tapi lain-lain office. Kami tak kenal rapat pun cuma bila pergi kursus maka berkenalanlah. Tak denye aku nak add kat fb, tapi kalau aku post pun aku semunyi je kan pic aku.

Tapi, mereka kan boleh gi office aku dan copy gambar 120 juta keping itu. Ala, berat bontot la tu. Haha, bukan cakap pasal berat badan tetapi kemalasan nak melawat ofis orang la. Aku tampal sini ok gak, public domain tapi aku masih nak kekal separa anonimus la, ahhaaha!

Ok, nie posting skeduled so aku senyap aje tau. Ok bye!

Diwali Open Day At Siliau, N9

Last week I went to Siliau, Negeri Sembilan with my friend sempena Deepavali Open Day.




Sekodenging people.


The event officially started at 3pm but we arrived at 12.30pm and so we watched people getting ready for the performance by doing last minute rehearsals.


They even did a live percussion performance.



A percussionist doing his thing.



There were also performance by Suki, traditional dancers and Ikhwal. I heard he won 4 gold medals at an international singing contest.



There were also traditional games such as panjat pokok licin or loosely translated as climbing the slippery tree.


climbing


and climbing your friend to get above.



elevating their position


what goes up, must come down.
gravity at work!


I also layanned my childhood whim, Naruto!
Ok so we don't have Naruto decades ago but hey, it's my inner childhood.



My pren and the baluun. It costs RM5 and is more like an inflated plastic.


More balloons!



These people are lining up to get the food at the buffet table.


The end. We went home at 5pm and dozed on the way to KL.

hELLO

hELLO
:D

Followers