Pages

Kerja sampingan

Pada aku kalau aku nak buat kerja sampingan ia mestilah sesuatu yang aku minat. Kalau aku tak minat, tak kuasa aku nak mengusahakan ia walau besar mana pun keuntungannya. Contohnya macam produk kecantikan, kalau la aku guna Ayvon dah lama aku jadi agen die. Tapi hakikatnya aku suka tengok katalognye sahaja yang banyak kaler itu, alangkah bestnya kalau Loreyal/Meibellin/Reblon ada agen penjual ... mesti lama dah aku menjual dan buat pemasaran bertingkat-tingkat.

Tadi masa aku tengah nak naik office ada sorang mamat nie tanya aku pasal "Ko suka buat duit lebih tak?" Aku mesti la jawab ye. Oleh sbb die adalah kawan sekerja yang tak berapa annoying jadi aku layan la dengar kejap. Dia cerita pasal satu sistem penghantaran data ni (servis sms/mms/vp dan bla bla bla kat Internet), di mana bayaran starting die ada RM250, RM500 dan seribu. Jika aku join maka dia akan dapat la keuntungan sikit.

Daripada segi produk aku rasa ok kalau aku ni spesis nak mempromo barangan banyak atau nak promosi produk aku sebab satu mesej tu kite boleh hantar kepada ramai-ramai number. Selain untuk perniagaan kita juga boleh hantar walimatulurus dgn sms/mms aje. Itu ialah jika aku guna tapi tapi kalau semata2 nak mendapatkan duit dengan mempromosi sistem ini kepada orang lain dan mendapat keuntungan dengan mempromo maka aku tidaklah rajin nak mengejoinnya.

Aku cakap pada kawan aku lepas dia habis terangkan "Takpe kan kalau aku tak join, yelah penat kau cerita." Dia jawab tak apa sebab dia nak cerita je. Aku kata dengan penuh ikhlas kalau aku tak join pun mungkin aku boleh cerita kepada kawan-kawan yang berminat pasal benda ini. Sekarang nie semua benda boleh dipromo kan, ubat kurus, ubat sihat, alobie 5000 (hahha) atau apa-apa buletin terkini. InsyaAllah sbb aku rasa produk dia ok.

Buat masa ini aku lebih prefer nak membelanja duit untuk menuju ke arah menjadi artisan gambar pegun. Pabila aku kaya karang barulah aku berani nak menjerumuskan diri dalam perniagaan lain. Memegunkan orang dalam megabyte pun dah penat gile dan rasa seperti tak mau buat lagi, tetapi aku tau lepas tu aku tak serik pun sebab aku sangat sukakan ia. Walaupun aku late bloomer dalam pemegunan imej ni tapi inilah pilihan kerja sampingan yang paling sesuai untuk diri aku.

2 comments:

nooreen.rahman said...

go go go nadh! support kau all the way jadik artisan gambar pegun !!! wow aku terkesima bahasa penggunaan kau suma buat ku terpegun.

Naddy said...

sebenarnye kan nooreen kalo aku tulis fotografer samelan kang keluar pulak dalam results google, so aku guna perkataan pelik2 untuk tak bagi keluar.

hELLO

hELLO
:D

Followers