Pages

Stereotaip

Masa aku gi belajar kelas menulis skrip dulu, pensyarah aku mengalakkan kami menjentik keluar elemen watak-watak stereotaip. Dia kata penulis skrip kena memberi watak-watak dalam cerita itu ciri-ciri kemanusiaan juga untuk menunjukkan bahawa dia juga manusia. Contohnya kalau baik tak la baik sangat sampai kawan tak belajar tu siap nasihatkan lagi, dan kalau jahat pun takdela nak jahat je 24 jam. Orang jahat pun bermula daripada menjadi anak mak dan bapak, kenalah juga ada sifat-sifat cinta mak dan bapak, anak atau perempuan simpanan dia. Takkan la lahir-lahir je jadi jahat, semua orang jahat bukan stok menjahat je bila sedar dan baik bila tidur. Macam kanak-kanak superaktif yang bila tidur rasa nak belai2 aje tapi bila bangun dan mula beraksi nakal rasa macam nak picit2 je masa mak dia toleh tempat lain.

setan

Apa itu stereotaip, mari lihat wikipedia punya definition di sini. Cis penat aje aku link padahal satu baris aje. Ok mari kita quote, menurut Wikipedia Stereotaip ialah "suatu tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan terhadap sesetengah jenis orang atau benda tetapi seringkali tidak benar di dalam realiti."

Contohnya macam kalau kita tengok orang berpakaian baju kurung dan bertudung ala-ala skema nak ke pejabat/kelas dan kita kaitkan dengan tidak pandai berbahasa Inggeris dan mendengar lagu pop melayu aje - maka itu adalah stereotaip. Sebagaimana juga kita tengok budak-budak yang berfesen seluar ketat nampak otot peha dan baju takde lengan dedah dada sebagai sangat urban dan sangat la moden itu. Ini semua hanyalah pemikiran malas dengan pengumpulan mereka yang nampak serupa dalam satu bakul dan melabelkan mereka dengan satu label sahaja.

Walhalnya manusia ni banyak jenis. Kalaupun dididik oleh ibu dan bapa yang sama, perangai dan citarasa sangat berbeza. Jika ada persamaan pun tidaklah sama daripada semua aspek. Ada yang suka bermain air tapi dekat swimming pool dan laut, dan ada juga yang suka air terjun ajae.

Macam aku nie, ketika aku tengah tidak berkata-kata dan duduk diam di dalam pejabat/meeting atau suatu masa dahulu di dalam kelas masa tengah belajar kan, aku sering dianggap macam tak tahu apa je. Kalau kena label sombong aku suka gak sebab ada masa malas nak layan orang banyak soalan. Tapi kalau kena label clueless, sodih denn. Dulukan, seorang pensyarah bernama Miss J yang suka berkata jujur, telah komen pada aku lepas aku jawab soalan dia "Nampak macam bodoh, pandai rupanya."

Itu pujian ke kutukan? mana-mana pun boleh aku rasa di dalam kes ini. :OP.

Masa aku mula-mula kerja dulu di pejabat aku pasang lagu Xtina Aguilera's 'Fighter' boleh sorang kawan nie kata "Eh N, ko dengar ye lagu-lagu macam ini." Haha, muka aku ada tulis "Muka stok ini hanya mendengar lagu jenis sekian dan sekian aje ke?" Sepertimana OOMM selalu kena komen oleh orang sekeliling dia "U ni dress macam artis la". Bukan artis je pakai tak hingat dunia dude, takkan nak tunggu perayaan baru nak berhias dan masa lain jadi macam biasa aje. Itu stereotaip jugak tuuu.

Aku pun tak bebas juga daripada stereotaip, mungkin sebab dah terbiasa fikir macam tu. Contohnya aku sangat kagum bila ada orang bangsa selain Melayu terrer cakap bahasa Melayu. Tak tau kenapa kagum sangat walhal kalau orang tu dah belajar daripada kecik atau secara intensif mestila dia pandai berkomunikasi dalam bahasa itu kan.


Perempuan ini fasih gila cakap Melayu sbb dia belajar kat U dia hok Jepang nun.

In case kalo korang terjumpa dia di Jepang, suruh dia pulangkan nombor telefon maxis aku tau. Dia nak beli prepaid local tapi yang dia beli tu tak teraktif langsung jadi aku bagi la pinjam nombor aku. Tapi last-last dia buat aksi MIA pula last-last tu.


Pembikin filem guna stereotaip dalam movie/drama kerana ia mampu buat orang gelak. dengan segera. Contohnya tunjuk orang berbadan saiz besar dan kapelkan dengan orang berbadan keding mcm dalam Cinte Luor Biase tu. Confirm orang gelak masa tengok adegan itu. Namun di sini objektif kita sebagai bakal pembikin filem ialah untuk memecahkan stereotaip itu kerana penonton zaman ini lebih bijak.

Terbaru ni masa aku tengok Jangen Pandeng Belekeng Cungkak ada scene tiga kerat watak lelaki utama nie tengah berdiri berborak dan tetiba ada nyanyian memanggil mereka. Tengok2 je rupanya love interest memanggil dan salah satunya ialah Dina. Masa kamera tunjuk Dina, semua orang gelak2. Aku rasa sebab stereotaip ini la mereka gelak.

Stereotaip dalam kehidupan akan sentiasa wujud. Jom kita latih diri kita untuk mengubah cara kita melihat orang. Orang selalu kata jangan cepat sangat judge orang masa jumpa pertama kali itu. Macam aku dulu berfikiran bahawa seorang anak yang ibu dan bapanya dah bercerai selalunya akan menjadi seorang pendendam dan tak hepi, takpun kekurangan kasih sayang. maka akan agak tak berapa stabil ke or something like that.

Manede beb. They can turn out nice and rounded like a perfect apple pie straight from the oven. Nampak sangat aku terpengaruh dengan drama kat tv, mak aku la nie suka tengok drama. Haha, sorry Mummy ini lawak sajer.

Kenapa ada stereotaip? Aku rasa sebab manusia tak suka kalau dia tak tau ape hal seseorang itu berkelakuan begitu, jadi kalau ada stereotaip boleh la dia kata "Maklumlah kena dera dengan mak dia sejak kecik maka jadilah sangat benci perempuan. Agaknye la kot." Agakan yang sangat berbahaya pabila dibincangkan di kalangan mereka yang suka membuat agakan.

Heih. Hahah sebenarnya nak rage pasal stereotaip dan benda lain, sekali terkaitkan dengan benda lain plak. Simpan cerita dulu k. See you in two days. Daaaa

4 comments:

Ras said...

phew~I didn't read bahasa for long time,I learn somthing here ~yea sometimes people judge a book by its cover =)
it happens to me too,im a quite girl which like to listen music ying syok lol=) hope to learn from you more thanks for the post yeah~see you next post!

Lily@MamaZaraZareef said...

kejam nye lecturer ko bg komen..terlalu berterus trg..huhu

Azyze said...

ahahah ayat miss J itu pun aku ingat sampai sekarang :)

i think you should rightfully take it as a complement since she said it almost right after bashing one of our more beautiful classmate with "muka macam pengacara nona tapi otak zero, lembap."

Naddy said...

christina, we can't really judge people on the first meeting kan.

lily, memang. tapi aku suka plak.

ely, yeah as a komplemen. sian kawan kite yg kena komen sedas pengacara nona itew.

hELLO

hELLO
:D

Followers