Aku di dalam dewan seminar hotel pada hari terakhir kursus Jati Diri. Penceramah kami Dr Ahmad Lothfi yang kami gelar 'cikgu' menyuruh kami suarakan pendapat mengenai kursus itu melalui mikrofon yang dipas-pas mengelilingi dewan. Sampailah mikropon ke tanganku dan aku pun bersuara.
"Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Saya rasa saya bukan pergi ke kursus tetapi seperti datang menonton rancangan sitkom."
Itu ujarku ikhlas. Tetapi itu hanya satu daripada barisan pendapat yang aku nak sampaikan kepada beliau. Ada banyak lagi yang mana aku lahirkan di posting ini aje.
Kursus itu namanya kursus jati diri yang dianjurkan jabatan aku tapi pelaksanaannya santai. Cikgu itu memang berpengalaman dalam bidang motivasi ini sebab dia ada sarekat yang berkaitan dengan motivasi ini. Kalau korang cari dia dalam internet memang ada la. Aku dah cek tadi ada, dalam face book pun ada.
Kelainan yang aku maksudkan itu ialah penyampaiannya dipenuhi oleh pelbagai lawak jenaka yang menghiburkan terutama kepada mereka yang selalu fikir kursus ialah bebelan untuk meningkatkan prestasi diri.
Melalui kursus itu kami di bawa menghayati nilai diri daripada aspek kejadian kita yang bermula dengan cantuman sel berudu dan sel telur menjadi sekujur janin di rahim ibu. Kemudian kami di bawa meneliti nilai-nilai hidup sebagai manusia yang perlu hidup dalam masyarakat dan memang makhluk sosial yang perlu berinteraksi satu sama lain. Aktiviti semua buat dalam dewan yang berkonsepkan komunikasi dan juga baldi air.
Ada satu aktiviti ini di mana setiap kumpulan perlu menghantar sorang wakil kepada cikgu untuk dia beritahu pasal tugasan itu. Bagi kumpulan aku, akulah yang sukarela nak mendengar penerangan cikgu. Sekembalinya ke kumpulan kena cerita balik pada semua dan mulalah kami merancang macam mana nak selesaikan tugasan yang diberikan. Sementara itu cikgu itu mula sediakan keperluan untuk aktiviti itu. Pengajaran pertama yang kami dapati ialah pengumpulan maklumat dan perancangan yang teliti sebelum memulakan tugas. Bak kata omputeh 'if you fail to plan then you are palnning to fail'.
Aktiviti yang kami kena buat ialah memindahkan sebaldi air yang konon2 ada cecair radioaktif dan pindahkan cecair dalam baldi itu ke dalam baldi yang lain. Kedua-dua baldi itu terletak dalam kawasan larangan dan kami kena guna tali aje. Jadi memang kena guna skil mantap la nak mengangkat baldi itu. Siapa2 yang cikgu sekolah tu bolehlah buat aktiviti ini untuk aktiviti team building anak2 murid korang.
Satu yang kelakar masa aku beritau teammate aku pasal nak pindahkan baldi itu ada beberapa budak (atau pakcik) lelaki yang boleh tanya "Soalan dia macam mana sebenarnya? Mana tau ia adalah trick question yang memerlukan kita fikir mungkin sebenarnya tak payah nak alih pun baldi ada radioaktif itu. Sebab kalau alih dan tumpah maka akan mati la kita." Aku fikir dalam hati, alahai childishnya la dorang ini. Sah-sahlah dia nak tengok skil kita merancang dan bukan nak tengok IQ kita atau tahap pemikiran kita menyiasat.
Masa aktiviti nie kami ada dua grup aje yang buat dan grup pertama yang berjaya tuang radioaktif ke dalam baldi satu lagi dengan jaya dan laju pula tu. Masa air dalam baldi kami jatuh ke atas lantai jelas di muka semua orang kekecewaan. Cikgu tu pun suruh kami duduk dan fikirkan tentang sebab musabab kami kalah. Kesimpulannya kami semua bersetuju kalau dah gagal dalam satu tugasan tu kami kena sabar dan tidak cepat berserah. Perancangan pula kena mantap dan yang penting sekali kalau jatuh sekali jangan jadikan ia sebagai halangan malahan jadikan ia sebagai pengalaman.
Kira-kira kalau gagal boleh la mendabik dada kata "Aku dulu rugi duit ribu2 tak heran pun". Haha, tipulah. Kita mestila rendah diri dan kata rahsiakan kegagalan diri. Hehee. Tau takpe? Bulls**t gila ayat itu. Tolong, tolong hentikan guna tau takpe.
Kursus yang kami hadiri ini berjalan selama dua malam dan dua hari. Pada satu pagi tu kami buat aktiviti bernafas dalam2 kat tepi pantai. Yang taik indah pasal aktiviti ini ialah hotel itu duduk betul2 depan pelantar minyak dan memang bau tak best la sampai ke pelusuk paru2 itu.
Pada malam kedua pula kami ada persembahan berkonsepkan retro. Pesan aku kepada semua kalau pergi kursus ke apa2 silalah bawa baju berkonsepkan retro dan tak kisahlah retro zaman bila sebab memang kebanyakan majlis akan berkonsepkan retro. Tema tepi pantai dah tak laku dah sekarang. Kumpulan aku ada sorang pakcik yang juga pernah melahirkan sebuah album - tahun '70an kot - maka dia menyanyi lagu Cek Molek by Datuk M Daud Kilau sambil kami yang lain kena ketuk2 tong sampah, goncang botol air berisi duit, ting tong gelas seramik dan tong kosong sebagai pemuzik sampingan. Siapa kena jadi cek molek? Aku la itu. Kena sengih2 depan 32 yang lain sambil bergelek2 secara sederhana. Namun hasilnya kami yang jadi juara malam itu. HUYOOOO!
Aku tak bawa kamera sebab aku fikir jadual pack tapi aku dah pasang paparazzi daripada Kelantan untuk menangkap pic aku masa malam tu. Nanti aku upload bila dah ada. Aku sendiri belum tengok rupa aku hari tu. Horror ke Honeyish?
Mini-ManCat Monday
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment