Perkataan Kasih sangat popular se due menjak ini. Jelas dan nyata ia disebabkan oleh drama bersiri Nur Kasih arahan Kabir Bhatia tu. Kerana glamer dan mendalamnya kesan drama ini maka ramai ibu dan bapa yang menamakan anak mereka Kasih atau nak nampak lain sikit letak nama dengan variasi ejaan Qaseh. Teringat pulak aku masa aku duk rumah flet dengan family aku ada jiran baru aku tu panggil nama anak dia Mira, nama penuhnya Mira Edora. Siapa yang dah besar sikit masa tahun 1990 tu pasti akan teringat filem Melayu bertajuk Mira Edora
Kasih itu maknanya yang aku terfikir sekarang ialah cinta, sayang, segala yang berkaitan dengan suka pada seseorang. Tanpa merujuk kepada kamus aku rasa kasih itu perasaaan seorang manusia kepada sesuatu yang hidup sahaja. Setakat ni tak pernah pulak aku dengar orang kata aku kasih kepada negara tetapi akan kata aku cinta negara, atau aku kasih pada kereta baharu aku tetapi akan kata aku sayang kereta baru aku. Jelas kasih hanya pada yang bernyawa atau pernah bernyawa aje.
sambung ke Part 1
ok, pos ini unkomenabel.
Mini-ManCat Monday
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment