mereka yang menajwab GWE PERLU DAPAT PHOTOSHOOT FREE INI KERANA?
LilyAzliyana sebab bday anak dia April ini. Maka dia nak merakamkan saat-saat anak dia sambut bday dan berpakaian cantik di hari istimewa itu. Sebenarnya Lily ni kawan sekolah aku jadi aku paksa dia promo juga freebie aku ini di sini. Tima kasih Lily.
norly saliana @ mamazahra pula minat bergambar dan memang terrer bergaya tuk photoshoot tapi dia selalu pakai kamera henpon aje jadi dia kata dia perlu dapat peluang ini untuk bergambar dengan sakannya. Malahan dia pun ada tolong promo freebie ini di sini.
Queenin Murni pula nak ambil gambar di siang hari sebab nampak cerah sikit. Dia tanya boleh camtu? Boleh aje Queenin.
Anin pula perlu dapat peluang bergambar ini supaya ia menjadi peluang yang hebat utk dia bertiga satu keluarga meluangkan masa bersama. Katanya dia asyik membizi saje selalunya jadi peluang untuk bermesra sambil dirakam ini memang dialu-alukan.
Kujie nak photo shoot ini sebab masa dia kahwin dulu tak sempat nak berposing 'open air' macam pengantin zaman sekarang. Lagi satu besday dia pun dah dekat 18 april ini jadi cocok sekali la kalau dia dapat.
Ummi Dania Yasmine kata dia nak peluang untuk bergambar kerana bajet dia tak membenarkan dia upah kameraman untuk photoshoot jadi peluang photoshoot free ini memang dia alu-alukan sangat la.
Mama umar yang memiliki dua orang tak pernah ada can bawa anaknya pergi ambil gambar dalam studio atau di suasana luar jadi dia memang teringin nak gambar anak-anaknya dirakamkan secara eksklusif.
Siti yang tak meninggalkan alamat untuk contact balik (boleh bagi email awak nanti?) pula perlu dapat fotoshut nie sebab dia nak merakamkan saat-saat dia bahagia berbadan dua dengan hubby tercinta.
CkYnHaShiM kata dulu dia pernah pergi photoshoot tapi tak dapat pergi sebab ada aral melintang, jadi kali nie kalau dia dapat memang best la. Plan dia nak pakai baju sedondon satu keluarga jika dapat.
@>--ummi zahra--<@ yang mempunyai anakanda yang baru setahun umurnya ingin dirakamkan gambar dia sekeluarga semasa sedang bergembira dan spontan jadi bila tengok balik rasa sentimental la. Gambar time-time gembira memang menggamit memori kan. Sebab tu aku pun suka sangat nak ambil gambar korang.
itafukada pula siap bersajak. puitis dia kata semasa gembira, sedih, ketawa, menangis maupun bercanda, gwe mau potretkan segalanya, menjadi garapan untuk tatapan sehingga gwe menjadi nenda.
AzieAzah kata sselama ini ramai kata dia kelihatan kurang menarik dalam gambar, maka jika dapat dia nak buktikan pada ramai orang yang dia boleh nampak vava voom.
Rasa2 ini aje yang masuk. ok itu aje. Kita tengok siapa yang akan terpilih nanti ok.
Keputusan 1 April 2010 kay.
1 ORANG PEMENANG AKAN DAPAT PHOTOSHOOT dengan syarat-syarat berikut :-
1. Bertarikh bulan April 2010, hari Sabtu/Ahad di siang hari. Tarikh spesifik akan dibincangkan dengan pemenangnya yang berwarganegara Malaysia aje. Kalau korang 18 ke bawah kena minta izin mak/abah/penjaga dan bawak mereka sekali ke sesi ini.
2. Lokasinya hanya sekitar kawasan outdoor Lembah Klang, Malaysia di tempat yang xde caj bawak kamera mcm zoo atau kawasan larangan. Contoh selain taman macam tepi jalan pun ok. Tambang dan mobiliti ke tempat yang dijanjikan ditanggung sendiri (Syarat tipikal pertandingan). Aktiviti di darat aje yang tidak melibatkan aksi racing ke, bungee jumping atau yang tahap X-Games gwe tak nak tanggung kalau ada kecelakaan.
3. Pemenang yang nak bergambar kena berpakaian selain warna hitam.
4. Pemenang boleh bawak kawan/keluarga tapi tak lebih empat orang dalam satu sesi.
5. Sesinya dua jam aje.Selalunya photoshoot pengantin secara purata sejam je pun.
6. Bagi saya kebenaran untuk guna pic itu di blog ini dan blog2 lain milik saya.
5. Pemenang akan memenangi salinan gambar 4R kertas Matte sebanyak 8 keping dan juga sekeping DVD gambar unlimited shoot itu dalam masa 2 minggu selepas photoshoot.
Jika pada tarikh itu bespren saya free beliau juga akan datang join sekaki sebab dia suka bab2 amek pic dan menyibuk dengan saya. Beliau ialah tokey bersama Gambaqq yang boleh diusha di outtamymind.
Posting asal di sini.
Wonderful Wordy Wednesday
2 days ago
2 comments:
Terimakasih kerana nama Kak Azie tersenarai.. hehehehe...
tunggu keputusan dgn sabar....
Post a Comment