Pages

Hi, saya kenal awak ke?

Nie cerita bulan lepas tapi tak kira nak ungkit juga. Pada suatu hari ada sorang kawan baru kepada kawan aku nie yang sesuka hati aje kata aku poyo. Hi, saya kenal awak ke?

Orang kata aku kelihatan poyo tapi ada juga yang kata aku kelihatan seperti budak-baik-yang-tak-reti-buat-apa. Kata mereka nampak macam aku jenis buat hal sendiri dan tak reti kacau orang, bab nie best sebab orang tak dapat nak tau siapa aku yang sebenarnya. Tapi pandangan Justify Fullorang lain-lain kan, ko tak leh mengawal apa orang pandang terhadap kau lebih-lebih lagi orang yang tak pernah berbual sepatah haram pun dengan kau.

Kawan aku beritau kawan office dia ada bertanya pasal aku. Mari buat drama sikit, kawan aku tu OOMM la dan kawan dia KONON-KONON nama Su.
SU: Ko kawan dengan dia ke?"
OOMM : Kenapa?
SU: Takde ape, dia tu nampak nerd.

Si Su nie kata yang dia pernah pergi kursus dengan aku dan setelah aku ingat2 aku memang pernah pergi kursus dengan dia. Cis! Tapi aku tak pernah bercakap dengan dia pun. Malahan aku rasa aku selalu beriak wajah 'rusa masuk bandar' sepanjang dalam kursus sebab tak de kawan masa tu. Jadi persoalannya macam mana ko boleh kata aku poyo ha? Sentap la aku, memang sebakul kerbau jantan. Malahan aku tak pernah segrup atau sekhemah pun dengan dia.

Lepas tu esoknya budak tu perasan yang OOMM ni memang hari-hari lunch dengan aku dan bertanya lagi.
SU: Ko memang makan dengan dia hari-hari ke?
OOMM : Yela, kenapa tanya?
SU : Dia tu P kan.
OOMM : P tu apa?
Su : Poyo.

Arrrrrrrrrrrrrgh, so kerbau jantan!

Esoknya lagi aku ada meeting dan lepas habis aje meeting aku terus call OOMM untuk ajak pergi lunch. Si OOMM memang anti kantin jadi hari2 makan kat luar la kami. Masa pergi makan tu OOMM cerita kat aku yang minah tu persoalkan kenapa OOMM tu kawan rapat dengan aku walhal aku poyo. OOMM kata Itu aku tak tau tapi yang aku tau dialah kawan paling best aku pernah jumpa.

Best sangat jawapan untuk orang mereng yang suka-suka hati buat pendapat dan menyuarakannya pada orang lain sebelum dia beri salam pun pada aku. Aku kata pada OOMM, lain kali kau jawablah, Entahlah. Aku rasa aku sorang aje yang boleh kawan dengan dia sebab dia memang poyo pun.

Hai cik puan Su, aku rasa kelakar kenapa kau boleh mengumpat dengan OOMM dan kata Jangan cerita pada aku pulak pasal itu. Tapi kalau OOMM atau office mate dan bekas office mate aku nak kata aku poyo silakan. Aku memang poyo pun dengan mereka. Hehe.

Nasihatku kalau kau belum kenal orang tu sila simpan pendapat kau pasal dalam poket dulu ok. Bila dah cukup bukti baru kau cashkan kat kaunter. Memang jaga tepi kain orang.

6 comments:

intan izani said...

biaselah
org kadang2 menilai dari luaran
bile dah kenal baru berubah persepsi
kita pun kdg2 macam tu kan
;p

DrSam said...

agaknya si Su tu jeles you tak ajak dia makan sama kot? Belanjalah si Su ni sekali,pasti lepas tu dia pun akan poyo sama :)

AchiQue said...

yeah aku pun anti dengan orang seperti itu. takde pasal tetiba nak cari pasal. hampehh!!

Naddy said...

intan, standard la perangai orang mcm tu kan huhu.

dr sam, mungkin memang patut belanja sama.

acik, tu la tetiba aje.

ninieZUERYANNIE said...

hahahaha.. aku suka!

thoyol said...

cuba kau cari maksud poyo..

mesti ko bangga. Haha..

hELLO

hELLO
:D

Followers