Pages

Parti dalam office

Berikut ialah,

Makanan sumbangan setiap officemateku,

Pengepit yang dah sedia ada menunggu lauk datang sebab orang katering sesat jalan,

Sudu yang menjadi hiasan sebab makan pakai tangan lagi best,

Pinggan menanti nasi dituang,

Cawan tunggu kesejukan air laici berais,

Makanan dah tiba, doa dah baca, mari mula makan, tapi apa cerita nie?

Officemate aku 11 orang aje termasuk bos. Bagi merapatkan silaturrahim antara kami yang sikit ini dan mewujudkan keceriaan dalaman bos aku suggest kami buat parti dalam office setiap enam bulan. Hari tu kami buat parti pertama untuk tahun 2010. Sesiapa yang besday dia antara Januari sampai Mei diraikan dahulu.

Untuk mencetuskan keriangan ini kami mengumpula sorang RM10 setiap bulan. Dana terkumpul itu bukan sahaja untuk bergembira malahan boleh buat beli hadiah kalau ada orang nak kahwin ke dan duit sebagai sumbangan kalau ada sesiapa yang memerlukan. Takdelah nak kena kutip RMXX setiap sorang secara ad hoc. Jenuh macam tu nak memenuhkan tabung.

Bagi memeriahkan meja makan semua orang bawa makanan sampingan. Aku bawa twisties.

Ada yang bawa buah-buahan. Bagus nie memenuhi diet seimbang.

Besday aku Januari jadi dapatlah hadiah daripada diaorang. Selalunya pembeli suka benar nak beli daripada Jusco sebab dapat pembalut hadiah percuma. Tapi bab ini mengantoikan la sebab tengok pembungkus hadiah dah boleh teka dapat apa.

Apa aku dapat? Budak2 nie belikan birthday boys and girls tempat letak majalah ini. Aku letak kat office je buat masa nie.
Dan juga mug ini. Lama dah tak dapat mug. Aku rasa hadiah yang lame gila zaman sekarang ialah mug yang serupa bertulis ikhlas daripada bla bla bla. Lame sebab macam malas nak fikir dah.


Kad besday aku sukarela nak buat. Jadi aku buat indie habis la.
Indie - buat sendiri bukan belin kat kedai.
Haha.

Modal nak membuat kad ini semua ialah RM2 harga kertas kuning tu. Pengsan aku baca ucapan dorang dalam kad tu. Semua duk bercakap pasal moga bahagia di samping pasangan. Ia membuat aku tertanya-tanya, adakah ini kad selamat pengantin baru atau kad happy birthday.


Happy birthday juga kepada siapa2 yang sambut birthday



5 comments:

Sherry said...

oh.. party at office good :D hehe.. saving!

Lily@MamaZaraZareef said...

gmbar last tu kek day ker..nmpak sedaaapppppp...=D

azieazah said...

Wahh bestnya sepakat di ofis leh organise majlis macam ni. Bagus tu..

Selamat Ulangtahun Kelahiran. Selamat Pengantin Baru, bleh? hehehehe

ouT oF My MinD said...

ooo nie ye keja korang orng gomen. patutlah orng asyik dok komplen korang x buat keja. tau berparti je...

p/s:sgt jeles sbb xleh n join/

Naddy said...

outtamymind, tau jeles.

azieazah, saya belum jadi pengantin baru pun. entah kenapa semua ucap mcm tu. baru tunang je pun.

lily, sodap tuu. kek chiffon limau.

sherry, yep savings.

hELLO

hELLO
:D

Followers