Team office aku baru berpindah ke office kami yang sekarang ini bulan 12 lalu. Sebenarnya perpindahan kami ini sebab orang dalam offis baru nie kena pindah naik tingkat atas. Tapi, ada satu row meja dan manusia yang masih kekal di sini. Aku tak tau kenapa mereka duk sini lagi sebab katanya ruang kat atas tu ada lagi untuk diisi. Mungkin sini khusyuk cari idea kot, dah takde orang jadi lebih tenang agaknya.
Pada suatu petang sedang kami lepak2 dalam office dorang duk borak2 pasal keje-keje part time dorang. Topik yang aku tertarik nak dengar pasal amek pic dan video kawin. Sorang nie kata la
"Zaman sekarang nie paling relevan ambil gambar la. Pada aku kalau kita ambil video orang kawin tak ada maknanya dah sekarang sebab medium untuk merekod gambar sentiasa berubah. Kalau dulu orang guna tape dan lepas tu bergerak ke arah DVD dan sekarang guna soft copy. Medium merekod video sentiasa berubah dan ini payah kerana kita kena sentiasa tukar format. Makanya, ambil gambar la cara merakamkan suasan kahwin yang paling sesuai dan tak lapuk dek hujan dan senang."
Haha tergelak aku dengar.
BTW ayat dia tak la skema macam tu la...
Mini-ManCat Monday
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment