Pages

Tanggal bulan 1 hari tu aku sambut besday kawan aku sambil bekerja. Bulan Januari memang indah la sebab awal tahun baru dan juga masa tu la umur meningkat. Seperti biasa sebulan sekali aku makan Pizza H. Sebenarnya sejak kakak aku mula bekerja dengan Pizza H 10 tahun lalu aku mula ketagih pizza h jadi tiap bulan aku akan makan Pizza H. Tapi ada masa sampai 2, 3 kali sebulan. Sampai dah boleh agak dah menu apa ada kat restoran itu. Jadi besday kawan aku sambut juga la di pizza h dengan pembiayaan oleh aku.

Masa nie kawan aku merasmikan wide lens dia yang maha mahal itu.


Dulu juga aku pernah kerja Pizza H 3 bulan sebagai part timer. Nama aje part timer tapi kerja sampai 8 jam sehari. Ada satu masa tu aku kerja 6 hari seminggu sebab tak cukup pekerja. Masa tu aku cuma pelayan dan tak pernah jaga pun mesin wang dia. Bagus juga sebab kadang2 keadaan jadi kacau bila ada pelanggan tak bayar dan terus blah.

Masa aku kerja Pizza H ada beberapa perkara yang aku perasan berlaku. Selalunya kalau orang Malaysia dia suka makan pizza saiz regular kongsi dua orang atau seorang akan order personal. Tapi kalau orang putih atau pak arab dia akan order regular pizza untuk dia sorang. Kalau dia datang dua orang dia akan order large pizza terus. Kalau kapel datang nak makan mesti gilpren dia segan nak pilih pizza, kalau aku dah ada orang nak belanja kau belasah ajelah order. Pizza paling glamer semestinya Hawaiian Chicken.

Apabila menjadi pelayan di restoran benda paling best kalau pelanggan suka dengan cara kita layan dia tapi tak best kalau dia kerek nak mati dan terus hilang mood kita. Kalau dia agak-agak layanan kita best maka dia akan bagi tips tapi setakat 3 bulan bekerja tu aku dapat tips dalam RM20 aje pun dan semua daripada pelanggan bukan berasal daripada Malaysia. Bagi masyarakat Malaysia memang tak biasa kot bagi2 tips nie, lagi2 bila dah siap2 kena bayar caj perkhidmatan di bil makanan tu.

Satu benda yang aku suka kalau pergi kedai pizza nie ialah pelayan akan berikan kita potongan pizza pertama jika dia ada masa banyak nak menghiburkan pelanggan. Ada satu masa tu aku melayan satu keluarga berbangsa cina nie nak makan pizza. Oleh sebab tetamu tak ramai maka aku offer la nak potongkan kepingan pizza dia. Kalau dalam bahasa inggeris kita kata "May I serve you the first slice sir/madam?" Mamat cina ni kata ok so aku angkat la potongan pizza cheese tu tinggi-tinggi alam sampai dia putus dan baru letak atas pinggan pelanggan Tengok pizza tu berantai panjang dia punyalah suka sampai kata banyak ongg aaa. Agaknya serupa tradisi dorang yang angkat makanan tinggi-tinggi tu. aku google nie tapi tak jumpa lagi apa nama tradisi tu, siapa2 boleh tolong?

Kalau kita makan pizza suatu masa dahulu kita boleh minta dorang masakkan pizza aisktim kalau ada besday boy/girl kat situ. Tapi pada hari aku sambut besday kawan aku tu dah habis pula promonya jadi dia tukar dengan ais krim.

Minah nie punya la suka dapat ais krim sampai dia tak offer sikit pun kat aku, cheh.


Ketika ini kalau aku pergi ke Pizza H dengan tunang atau bespren aku mesti nak makan meatball ini. Dalam dia ada 6 ke 8 biji bebola daging banyak, tapi sebab sebelum makan meatball dah pelahap pizza jadi selalunya mesti kena bungkus dua biji bawak balik.


Aku rasa setakat nie aku tak bosan lagi boring makan pizza h sebab aku penggemar susah mati piza. Macam mana nak bosan sebab makan sebulan sekali aje setakat nie. Ada satu masa tu ketika aku masih berhabitat di Shah Alam dan pakwe aku balik kampung aku jadi bosan dan makan pizza dua hari sekali selama sebulan, Restoran kat SACC tu kan kosong jadi tak ade la mata pelik nak tengok aku makan sengsorang. Sambil makan sambil baca magazine atau paper.

Hari ini pizza h boleh dijumpai di mana-mana ceruk di Malaysia ini dan walaupun aku dah boleh order pizza h sambil tutup mata tapi aku akan kembali ke sini lagi dan lagi.

Nie adalah umur kawan aku tu, perasan muda uuu, masih 18 di jiwa katanya.

Tunang aku duk sebelah nie sambil tengok aku taip posting ini. Dia tanya "pizza h bayar kat awak ke tulis pasal ni?" Aku senyum aje sebab pizza h akan sentiasa jadi tempat melahap aku dulu, kini dan akan datang.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers