Pages

Candawara Aktif 5

Nota: Pandangan saya sebagai penonton semata-mata, saya BUKAN PENERBIT program ni cuma keje kat tempat situ aje.


Tadi aku tengok Candawara Aktif 5 kat TV, masa tengok iklan di tv announcer tu dok sebut Candawara Aktif 5 tapi bila siaran akhirnya disebut tajuk Aktif 5. Sampai la siaran program tu hari ni baru aku tau Candawara tu maksudnya 'gameshow'. Entah kenapa aku tak rujuk Kamus Dewan dulu pun aku tak tau, selalu aku rajin je rujuk.

Perkataan lain yang seakan-akan sama dengan Candawara ialah.
Bicarawara - Talkshow
Jerayawara - roadshow

Perkataan-perkataan ini semua untuk ganti perkataan bahasa inggeris dalam usaha "mempopularkan beberapa istilah dalam bidang penyiaran yang telah diterjemahkan daripada istilah asal dalam Bahasa Inggeris dan telah diterima pakai."

Kembali kepada Aktif 5 tadi program ni ada 5 segmen dan 5 peserta. Pengacara dia nampak macam Ahdan bekas kumpulan Flava dan finalis Pilih Kasih. Esok aku confirmkan keh.

gambar pinjam daripada budiey.com


Masa aku tengok tu dah mula segmen pertama. Segmen pertama peserta kena menyanyi diiringi band dan diberi markah oleh juri episod ni iaitu penyanyi Siti Nordiana. Markah yang diberi sampai 10 aje dan Siti Nordiana pun bagi markah berdasarkan orang tu buat persembahan menarik ke tak pada dia, walaupun ada yang menyanyi salah lirik dan salah teka penyanyi bagi lagu yang dia nyanyikan tu. Setelah semua dah menyanyi maka masa untuk perbandingan markah pula sebab empat sahaja yang akan mara ke segmen kedua.

Segmen seterusnya pula, peserta kena menari ikut gerakan penari-penari yang dijemput. Dalam episod tadi penari-penari profesional dia menari macam tarian gabungan kaum-kaum utama di Malaysia aje, ala-ala tarian 1Malaysia. Ada tiga penari dan peserta jadi penari keempat dan kena menari. Tarian yang kena tiru sama sahaja untuk setiap peserta. Antara empat peserta tu ada yang ok dan ada yang fail. Peserta yang terakhir tu menari dengan lancar dan bila tanya dia penari ke dia jawab samar-samar. Aku saspek mesti dia dah siap hafal gerakan tu daripada masa peserta nombor pertama menari lagi. Kalau dia tak tau sekurang-kurangnya nampak la dia tere dalam menari secara spontan dan bukan sebab dia hafal step sebab tak adil untuk peserta pertam dan kedua yang tak sempat buat pemerhatian.

Maka aku nak cadangkan pada penerbit untuk tutup mata semua peserta yang belum menari buat macam sesi soal jawab miss Universe. Dulu masa aku tengok final Miss Universe, para finalis dia dipakaikan penutup mata dan dimasukkan dalam bilik kuarantin kalis bunyi supaya mereka tak dengar soalan yang diajukan kepada peserta sebelumnya. Masa tu soalan yang ditanya kepada para finalis sama aje. Sekarang tak tau macam mana sebab dah lama aku tak tengok Miss Universe.

Segmen 'next' pula hanya empat peserta yang markah tertinggi sahaja yang layak masuk. Holenga aku tau apa nama segmen dia 'Tukang Muzik' sebab aku tengok tv masa ni, masa lain aku baca paper selang seli tengok tv. Dalam segmen ni mereka kena pilih pasangan peralatan harian untuk dimain macam 'percussion'. Pemilihan alat dibuat secara rawak dan katalah dapat tong biskut dan mangkuk maka kenalah ketuk2 ikut beat yang dimainkan oleh band.

Masuk segmen baru hanya ada tiga sahaja peserta yang ada dan mereka kena jadi konduktor muzik untuk band tu. Lagu yang dimainkan pun berbeza untuk setiap peserta. Pengarah Muzik band tu ada bagi komen katanya, ada imaginasi tapi ada yang tak ikut beat lagu dan berhenti sebelum lagu habis. Macam biasa la semua markah ditentukan oleh juri Siti Nordiana.

Tiba segmen terakhir hanya dua orang peserta terakhir yang top aje masuk. Episod tadi kedua-duanya jantan, satu nama Alex dan satu lagi yang hafal tarian tadi tu. Alex tu main gitar sambil menyanyi manakala penari tu pula menari sambil memakai pakaian tradisi sabah yang warna hitam tu. Dan akhirnya 'penari' yang menang!

Aku rasa candawara ni nak fokus pada Orkestra la sebab tadi semua segmen melibatkan band tu. Ok la kan ada program game baru takdela asyik nak tengok pertandingan menyanyi aje memanjang. Tak sangggup dah nak mengadap program realiti menyanyi. Maka tv cenel semua bagi la kami penonton sesuatu yang baru k.

Tadi ada soalan untuk penonton di rumah. Sudah pasti aku tak bleh masuk kan sebab nanti ada kontroversi di situ tapi aku tak berapa ingat soalan dia. Aku google dan cari di fb tak ada pula laman facebook dia ke apa. Nanti ada kot tak lama lagi.

6 comments:

DrSam said...

Candawara ni hanya untuk kita bercanda-canda aje, cuma bukan ditepian pantai :)

p/s: Happy birthday mizzyN!

ouT oF My MinD said...

ahdan dia nye compare.
dia dh ada album. dan cuba teka sapa tuan manager dia. u know whoo....d

amazing m a r i a said...

slh sorg y terbitkan rncgn tu ke?
kalo gtu aku la pnonton episod 1st aktif 5 scr live time tu. student masscom uitm..haha

Naddy said...

dr sam, itu pun canda juga kan hahaha.

ps: tq for the wish :D

oomm, ooo itu. definitely tahu.

maria, saya bukanlah penerbit. penonton daripada rumah sajer.

reaza said...

macam mana nak jadi peserta prgrame ni?

Naddy said...

borang sini http://www.rtm.gov.my/rtmnew/index.php?option=com_phocadownload&view=file&id=99:borang-penyertaan-aktif-5&Itemid=102%E3%80%88=bm%E3%80%88=bm

hELLO

hELLO
:D

Followers