Pages

Meh gossip jom?

Gosip office sangat berbahaya kan. Aku yang agak anti sosial di organisasi aku ini pun pernah difitnah sebagai poyo. Sangat unsangkarable. Tapi kita kena terima bahawa gossip itu mandatory dalam kehidupan. Kadang-kadang bahan gossip yang mewarnai kehidupan sosial. Jika kita tidak suka pada orang yang sama kadangkala boleh jadi alas an untuk bersama.

Ceritanya begini aku pergi ke sebuah kursus awal tahun lepas dengan orang-orang daripada pelbagai jabatan. Aku buat hal aku aje, bukan ada aku bercerita dengan gahnya kepada orang lain atau apa pun tapi rupanya ada yang menjadikan itu isu.

Minah ni beritau kawan aku yang baru masuk unit dia dengan mengatakan aku poyo. Tang mana tah yang poyo. Ajaib sungguh apabila aku tak mengusik barang sehelai pun bulu mereka, tapi mereka boleh sebarkan gossip kata aku poyo.

Kawan aku pun dapat gossip yang best juga. Semua orang kata dia tak mesra dan sebagainya. Lagi best bila mereka dah mula bekerjasama dan tetiba kawan-kawan baru di office dia boleh kata “Saya ingatkan awak ni teruk, tapi OK rupanya.” Itu yang kita katakan lain kali PLEASE KEEP YOUR THOUGHTS TO YOURSELF. Tak semua benda yang ko fikirkan tu ko kena beritahu pada orang.

Aku juga punya rakan sekerja yang reputasi dia mendahului dia. Jika mereka tahu saja aku bekerjasama dengan dia terus dieorang tanya dia macam mana orangnya? Kadangkala mereka ni tak pernah pun bekerja dengan dia malahan tak kenal pun yang mana satu dia, tapi sebab sebelum ni asyik dengar cerita pasal dia maka sibuklah nak tahu pasal dia. Aku tahu lepas ni bercerita yang elok-elok aje pasal rakan sekerja aku ni. Nanti tak pasal apa yang aku cakap akan diquote sebagai “MizzyN kata itu memang macam tu dan ini”.

Aku pernah duduk satu dorm masa baru belajar dulu dan aku bersama sorang ni tak suka dekat satu budak perempuan nie. Budak perempuan yang kami gosipkan ini suka pinjam henpon dan lepas guna letak sana sini. Kalau handphone ko mula-mula atas meja sebelah sini, bila dia habis berbual aje mesti dah ada kat meja hujung dunia sana. Bukan nak geti bagi kat tuannya semula. Masa ni semua orang tak pakai hp. Aku beli hp pun sebab dapat gaji akhir lepas berenti keje tu. Hp gua 3210 masa tu. Bayangkan masa tu hp ko jadi saluran orang nak call in. Takkan nak kedekut kata tak boleh kot.

Jadi aku dan kawan aku ni bergosip la pasal budak sorang ni. Kami menjadi sangat rapat, tapi bila lama-lama berborak mestilah tajuknya bergerak pasal benda lain pulak. Budak ni macam mana tah tak suka bila aku komen terlalu direct. Katanya aku laser sangat. Last-last kami berkawan macam biasa, aku pun malas nak sembang dengan dia sebab dia duk marah aku sebab aku laser. Tak paham la dah mintak pendapat tapi marah pulak dengan pendapat aku.

Aku teringat mak aku kena gossip dengan sedara kami sebab tuduh mereka, mak aku pandai aje na kata orang. Mereka kata mak aku kurang ajar. Dah sedara aku tu duk bercerita pasal problem sedara mara dia yang membawa banyak masalah maka mak aku bagi la pendapat. Lepas mak aku tau dia dikatakan kurang ajar mak aku cuma kata, “Memanglah aku kurang ajar, dah dia tak pernah ajar aku.”

The end.

3 comments:

DrSam said...

biorle orang bergossip dan bercerita sakan tentang kita. banyak pahala dia transfer kat kita dan dosa kita pindah kat dia...yang penting kita bahagia :)

Ellen Whyte said...

How odd, we were just discussing how evil the gossip is in Malaysia compared to Spain and the UK.

sallehfauzi said...

Lazimnya bila ngam, dikata orang itu baik, tapi bila tidak, dikata macam-macam. Yang menjadi menanah bila tak suka digossip melampau-lampau. Yang menderita lagi bila bos menilai ikut gossip. Dan haru lagi bila bos tersedar, tapi nasi dah menjadi buburu.

hELLO

hELLO
:D

Followers