Pages

My Review: Season Of The Witch

Semalam tengok Seasons Of The Witch, lakonan Nicholas Cage dan Ron Perlman. Jika anda cam, Ron Perlman sebelum ini muncul dengan mekap tebal kaler merah dalam Hellboy. Aku tonton tayangan 10 malam dan keluar daripada panggung pukul 11.40 malam, maka aku teka jangka masa file mini dalam 90 minit sahaja.

Filem ni dah keluar di pawagam sejak Khamis 6 Januari 2011 lalu dan rating dia 18. Patutla masa dalam panggung tu tak ada kanak-kanak langsung oooooooooooooooh….

Filem ini hero dia Behmen (Cage) dan Felson (Perlman), dua orang kesatria Kristian yang gagah perkasa. Mereka telah mengorbankan banyak nyawa dalam peperangan memperjuangkan gereja mereka sekitar tahun 1400 AD. Namun sejurus setelah menyerang satu kota ni mereka dapati peperangan ini sudah tersasar daripada objektif asal gereja. Maka mereka pun meninggalkan gereja dan pasukan perang mereka dan mencari destinasi baru.

Sebulan lepas tu mereka sampai ke satu kota di mana hampir semua orang dijangkiti wabak penyakit membawa maut. Mereka singgah untuk mendapatkan kuda dan bekalan makanan tapi identiti mereka terbongkar. Sebabnya mereka meninggalkan gereja sebelum habis kontrak dan perlu dipenjarakan. Tapi Cardinal kota itu memberi mereka peluang untuk bebas, syaratnya dengan membawa seorang gadis yang didakwa ahli sihir ke gereja utama di Severac untuk dihukum. Dakwa Cardinal itu ahli sihir tersebut telah menyumpah mana-mana kampung yang dia lalu dengan wabak berbahaya tersebut dan perlu dibicarakan.

Maka Behmen & Felson - bersama-sama penunjuk jalan dan ‘penipu’ Hagamar, seorang paderi Debelzag, seorang kesatria kota itu taktaupenama, serta seorang budak suruhan gereja yang menyeludup ikut mereka – pun mengiringi ahli sihir tersebut ke Severac yang terletak 6 hari perjalanan daripada kota itu.

Dalam perjalanan itu masing-masing mempersoalkan identiti sebenar gadis tersebut yang kelihatan seperti gadis biasa tetapi miliki kekuatan fizikal luar biasa. Setelah beberapa nyawa terkorban dan sampai ke gereja itu mereka mendapati semua paderi di sana sudah mati akibat wabak tersebut. Kakau nak tahu tengok apa endingnya dan siapakah gadis tersebut silalah ke pawagam berdekatan anda.

Komen aku ialah tak berapa seram untuk orang dewasa, efek khas dia agak child friendly juga dan jangkamasa dia tak lama, jadi tak kan tidur sampai hujung cerita. Nicholas Cage serius aje dalam filem ni dan semua jenaka diutarakan Perlman dengan dialog satu baris dia.

Sekian, selamat menonton.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah