Pages

ucap selamat tinggal

Hidup kita ada permulaan ada pengakhiran, semua benda berubah. jadi logiklah kalau orang yang kau jumpa 10 tahun dulu mungkin makin mesra ataupun makin sombong dengan kau, makin matang banyak ataupun matang sedikit. Kadangkala baby-baby yang aku jumpa masa mereka masih belum pandai merangkak sangat mesra tapi selepas 2 tahun buat taktau sahaja kat aku. Ye aku memang perasa orangnya zaman dahulu. Sekarang perasa juga tapi aku selalu abaikan perasaan itu. Sesetengah sifat aku rasa akan tertanam selamanya dalam diri cuma bagaimana kita uruskan perasaan itu yang berubah. Jika dulu pemalu dan tak buat apa tentangnya, tapi sekarang walaupun pemalu namun dah boleh bercakap dengan orang walaupun tulung rusuk rasa nak roboh digegar sang jantung yang nerves.

Awal tahun ni je ofismate aku hilang sorang. Dia cuma pekerja freelance tahapnya tapi sebab kerjanya dikatakan tidak memuaskan maka ditiadakan lagi bermula Januari 2011. Aku dengar pun sosek sosek dalam opis je lebih kurang seminggu sebelum dia chow. Senyap aje perginya, masa last day tu dia ucap babai macam biasa. Aku tak fikir apa pulak.

Awal tahun nie juga ex kelasmate aku yang tak berapa rapat anak dia meninggal. Sebabnya biarkan rahsia ajela, tapi agak mengejut juga dengarnya. Sebelum tu anak kepada junior sekolah aku pergi menyambut seruan ilahi. Moga ibubapa mereka bersabar lah atas pemergian anakanda mereka.

Tahun baru juga opis aku dapat sorang pegawai baru. Dia ni dulu join isteri dia ke Los Angeles dan bercuti tanpa gaji. Dia okla, faham pasal internet dan media baru ni. Apa yang dah diutarakan oleh kami sebelum ni dia tau. Takdela macam asyik2 nak kata "saya dah tua, tak tau menda2 nie."

Kami pun tengah ngerjakan sesuatu yang baru di opis nie. Dah siap aku beritau ye. Yang penting dah nak ucap selamat tinggal pada rekaan laman web lama.

Bye

4 comments:

DrSam said...

setiap perkara yang berlaku, jika diperhalusi memang bertujuan untuk kita bermuhasabah diri dan diambil iktibar. Semoga perjalanan seterusnya dipermudahkan dan senantiasa mendapat hidayah.

azieazah said...

Seseorang/sesuatu memang tidak akan kekal di suatu tempat selamanya.

Pasti akan perubahan dan akan pergi. Ini lumrah, biasa.

Semoga yang pergi mendapat kejayaan, yang datang akan memberikan lebih kemakmuran...!

Azyze said...

" jadi logiklah kalau orang yang kau jumpa 10 tahun dulu mungkin makin mesra ataupun makin sombong dengan kau, makin matang banyak ataupun matang sedikit. "


aku setuju!

Naddy said...

dr sam,
yep dr sam. i agree with your words.

kak azieazah,
"
Semoga yang pergi mendapat kejayaan, yang datang akan memberikan lebih kemakmuran!"

saya setuju. nak yang datang best2 aje, tapi kalau tak best sabar ajela.

azyze,
semua benda berubah. tapi penat amat bila orang expect kite untuk stay the same. sentiasa aje humble/pemalu/kurus/gemok/gitu. kena la ubah ikut musim, tak selamanya angel.

hELLO

hELLO
:D

Followers