Pages

Teater Muzikal Tun Mahathir Siri 2

Jumaat lepas aku pergi tengok Teater Tun Mahathir 2 di Istana Budaya atas nama media. Terima kasih kawan-kawan yang supply tiket. Terima kasih walaupun aku tertidur masa lepas intermission. Biasak a it was a long day. Serius hari yang panjang sbb pagi tu aku nganga kat klinik selama 4 jam untuk test kandungan gula dalam darah. Tapi janganlah sesal nak bagi tiket media lagi ye. Okeh mari sambung.

Ini ialah tokoh yang diteater muzikalkan hidupnya itu.

Tun Dr Mahathir

Watak dia masa kanak-kanak dimainkan oleh budak kecik bernama Syafieq Shazwan, masa dia sekolah menengah dan remaja dimainkan oleh Ezany dan masa kawin sampai tua oleh Esma Daniel. Esma Daniel wa cakap lu tiru bulat2 gaya Che Det jadi kita macam tersentuh di situ.



Tun Dr Siti Hasmah

Watak beliau masa remaja dimainkan oleh Misha Omar dan masa kahwin sampai usia tua pula dimainkan oleh Elly Mazlin. Suara Misha Omar begema seluruh teater ko, gila hebat wa cakap lu.



Kisah muzikal ini bermula daripada saat Che Det dilahirkan sehingga dia umumkan dia nak bersara daripada UMNO kat PWTC beberapa tahun lalu. Selain lakonan, nyanyian dan tarian simbolik, muzikal ni juga guna skrin besar untuk membantu jalan cerita. Bagi cepatkan peredaran cerita la, kalau semua dilakonkan maka jadi mini series muzikal la mungkin. Sebab masa aku masuk tu lebih kurang 9 malam dan habis lebih kurang 12 malam termasuk la dengan 15 minit waktu melegakan kaki. Ok banyak plak info tambahan, ni nak cite yang skirn besar itu digunakan untuk memaparkan antaranta perjalanan Che Det masuk Pilihan Raya mula-mula tu.

Teater berlagu Che Det No 2 ni dimainkan di Istana Budaya mulai 21 Januari sampai 30 Januari ini. Kalau mau info pasal tiket teater ni sila rujuk sini

Semua gambar aku punya, diambil masa Tun DrM melawat MAHA 2008.

1 comments:

Au and Target said...

Gong Xi Fa Cai! Hope you have a good holiday.

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah