Aku jarang nak pergi mengadah kat benda yang takde kaitan dengan aku sebab ia mengotorkan jiwa aku yang dah tak berapa innocent ni. Sekali-sekala aku nak mengadah ialah bila ia terjadi pada kawan-kawan dekat dan aku rasa aku nak tegor. Contohnya satu kapel ni kat ofis lama aku, asyiklah melepak berdua dalam office tika lebih pukul 6.00 ptg. What the hell? Aku juga kemaruk masa baharu bercinta dulu but dah pandai dah dengan tidak menjalankan aktiviti cintan cintun dalam opis. Opp, opp, makcik still kedaraan lagi tau. Ok, berbalik pada story tadi... Masa 6 ptg tu majoriti makcik dan pakcik ofis dah balik dan yang tinggal selalunya anak bujang cam aku dan ny. Hheheh selit nama ny di sini.
So aku suarakan pada ny dan ny pun perasan benda yang sama dan kami suarakan pada rakan seopis dia, Puan Matahari yang juga kawan lama aku. Anyway aku rasa memang patut aku jaga tepi kain ni kali ni sebab -
1. Orang tau ko kapel so bila berdua orang ingat ko buat macam2.
2. Pintu dia ada cermin kecik yang kalau jenguk memang boleh nampak siapa ada di dalam.
3. Ramai makcik/pakcik dah tegow tapi buat bodos je rupanya.
4. Sekali tu dia tumpang cetak laporan kat mesin ny dalam pukul 7 ptg lebih dan aku ada gak di situ. Pastu dalam 8 lebih kami nak blah balik tapi cik ni tak datang ambil kertas dia yang selambak tu dan kenalah singgah ofis dia sebelum ke lif. Ofis dia ngadap lif je dan sebab tu aku suke jenguk ke dalam ofisnya sambil2 tunggu lif. Pintu dia tutup dan lampu terbuka tanda dia masih ada. Jadi Ny ketuk, masuk dan melihat ada dia dan pakwesnya duduk buat keje, bukanlah tengah berdrama ke apa. Tapi kamon la bebeh it's an office kenapa nak tutup pintu di malah hari kalau nak duk berdua.
Pada hari seterusnya Puan Matahari bagitau pada aku yang dia dah tegur rakan opisnya itu tapi beliau buat bodo aje. Rupa-rupanya ramai orang dah perasan tapi sebab tak kenal so cakap2 belakang. Aku dan ny je yang sergah secara terus guna Pn Matahari, part ni memang kurang ajar seket la kan ny.
Anyway aku ada gak fikir pasal betapa penyibuknya aku tapi selepas minta pandangan senior ofis ni, dia kata betul juga la korang sound dia. Baik la dia tau apa orang fikir pasal sikapnya itu daripada orang yang tengok2 pastu spiking belakang. Betul juga kata-kata anda Encik HB.
Selalunya honesty is the best policy sbb lagi sakit hati apabila orang yang tak kita kenal cakap belakang kita. Alih-alih sampai aje pada kita mesej itu dah bertukar rupa dan menyakitkan hati. That one lagi oh no. Mcm Ny, suka je nak melaser aku kerjanya ;-P. Katanya nasib baik aku beritahu kau, kalau aku senyap aje macam mana. Selalunya aku gelak bila dia komen dengan penuh perasaan dan disertai mimik muka dramatik mengkritis apa yang tidak digemarinya. Dia buat begitu kerana aku boleh menerima kritikan depan2.
Kakak aku yang mulakan benda honesty ni semua. Suka aje nak mengkondem aku dari start bercakap sampai sekarang. Akak tenkiu tak berjuta, you reveal to me the harshness of the spoken words. Dan kerna akak juga aku jadi sarkastik cam eliana. Sebab tu aku pernah cakap dengan fizafeya yang aku tak gemar berkawan dengan orang senyap, kecuali diri aku. Yelah beb, aku takkan tau apa yang nak cakap padanya. Kalau aku berkawan dengan orang senyap cam encik A tu pun sebab dia kawan Ny, kalau aku yang secara natural nak kawan dengan dia jangan harap persahabatan itu mekar. Dan sebenarnya family aku memang jenis pok pek dan sarkastik, pagi petang siang malam kalau berbual direct dan terus ke batang hidung. Aku je yang naturally senyap sepi di first impression. Baru aku tau kenapa aku suker kawan dengan gegadis mulut pok pek sebab family aku pun macam tu juga. I love my family and my friends.
5 comments:
seingat aku, kau memang macam tu dari zaman uitm pun.
selambe je ko lauhkan perasaan ko seperti:
kisah 1:
"siti ely, ko ni pemalas la. balik-balik aku ikut ko, ko taknak pun ikut aku gi giant! pemalasssssss!!!" sambil ko exit bilik dan keluar rumah.
kisah 2:
aku: apasal ha orang macam pandang serong je t-shirt fila aku ni. best ape...
ko: sebenarnya hodoh jugak la... hodoh.
kisah 3:
aku: apa pendapat ko tentang aku?
ko: ko sarkastik. cuba tone down kesarkastikan ko.
aku: (dumbfounded) oh. ok.
(lepas tu ko hanguskan tempe dan aku terpaksa buat lawak gelakkan ko)
tapi aku tak kesah dan menerima komen ko seadanya pasal it's what makes you you, y'know? :)
aku tak ingat semua benda ni beb. selamba juga aku rupanya. tapi part hangus tempe tu memang ingat sebab itu je saat aku goreng tempe sepanjang duk rumah sewa dulu.
dut dit dut.
ko rasa antara akn ngan ko, sapa boleh menang mulut laser azwana ali?
ko la mesti menang dengan jayanya! Tak perlu aku terangkan kenapa. Blog dia mak tak sanggup nak baca lagi, takut ilmu bersepai hilang you all.
Post a Comment