Ok la, jadi aku pergi Bangkok dengan Cik Ny dan Cik JellyQueen. Hehe, ni la mispronounciation namanya oleh satu travel agent ni. Aku guna nick ni untuk ko iye Jac? Izin diterima? So sambung cerita, maka terbanglah kami naik kapal airasia ke sana. Sebelum tiba set masa satu jam awal dahulu.
Tempat pertama kami lawat ialah Ayutthaya (Phra Nakhon Si Ayutthaya) yang namanya sempena nama bandar kat India, Ayodhya. Check out wikipedia nye artikel ini. Bayaran ke sana sorang 800 baht (RM84) dari stesen Hualumphong.
Kitaorang sakan betul bergambar daripada lokasi pertama ke lokasi kedua dan seterusnya. Berbekalkan kamera Canon comel aku dan juga kam power Nikon Cik Ny, inilah antara hasil kepoyooan kami di sana.
Multi Still Camera Production versi Multi Camera Production pegun. Best pulak buat cenggini. Next time nak guna 3 ke empat kamera sekali. Kalau le ada 300 biji kam ala matrix mesti cun giler.
Jac, ko pergi sana aku ambil pic ko dari sini ye. Maka berlarilah Jackie J . Kat Ayutthaya pun ada CCTV, tapi dia nye gambar kaler2 la... Canggih!
Oh ya masuk tempat-tempat ini kena la bayar dalam 20 ke 50 baht. Kalau korang local free aje aku rasa. Macam kat Malaysia lah, ada mykad murah sikit cajnye.
Esoknya pula kami pergi floating market. Cajnye sorang 1050 baht (ala-ala RM110).
Kalau nak beli barang dinasihati tahu harga barang itu dahulu supaya nanti bila tertahu harganya di tempat lain takdela rasa menyesal beli. Maklumlah, aku beli kicin rege 100 baht kat sini padahal kat pasar chatuchak hanya 80 baht ajerrr. Rugi 2 hengget.
Hanya selepas settle melawat ke sana sini Bangkok baru la last day tu kitaorang pergi jenguk pasar terbesar Thailand, Chatuchak! Sini teh tarik pun ada tau. Kaya abang ni sebab teh ais dia seunit 30 baht. Pasar ni tutup sekitar 7 petang. Kitaorang pergi daripd pukul 12 tengah hari sampai dia tutup pun tak sempat nak jelajah semua.
Setiap malam sebat pergi pasar malam lak. Ada satu pasar malam ni jual maggi goreng tak de rasa. Aku and geng duk menambah cili, kicap dan sebagainya dari gerai tolak dia tu. Di suatu sudut lain pula ada akak foreigner ni menawarkan khidmat melukis body art secara percuma. Masa dia duk melukis ni kami pula sibuk berphotoshoot kat sebelah ala America's Next Top Model dengan berlatarbelakangkan dinding bergraffiti ni.
Inap di mana?
Perkataan Thai yang aku asyik sebut kat sana Khob-kun-Ka (terima kasih) dan Sawadi. Tapi bunyinya lebih kepada Khap Khun Kap. Orang sana juga selalu menganggap kami orang Thai, dan selamba aje salesman/girl tegur-tegur dalam bahasa Thai. Aku dok ingat dia nak jual barang aje so buat dono je la. Lepas tu ada pula yang mengecap kami local sombong.
Selalunya juga di kalangan aku, ny dan jac selamba borak dan of course umpat-umpatan dalam bahasa Melayu. Tapi awas sebab ada juga orang selatan thai yang boleh bertutur bahasa Melayu kat sana so kena manis bicara dan testing-testing suara dulu ya.
Lagi satu ada sa perkara yang salesman Malaysia selalu buat dan aku rasa tak logik, tapi bila salesman Thai buat aku rasa memang logik. Contohnya setiap kali aku beli telefon kan, aku tanya la orang kedai tu berapa dapat kurang harga handphone tu. Dia akan selalunya fikir-fikir dan menekan nombor tu dalam kalkulator dan tunjuk pada aku. Tapi lepas tu boleh deal dalam BM plak. Kalau kat Thai, ada salesorang yang fail englishnya dia akan guna kalkulator untuk beritahu kita harga barang yang kita nak. Ini sangat logik!
Bangkok Dangerous: No one dead, No one die...
Alhamdulillah kami selamat pergi dan pulang ke negara orang. Wahahaha, cuti nanti bolehlah aku jejak Singapura yang sangat dekat tapi main cak-cak aja selama ini.
Baby, you ikut I ye. Wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!
7 comments:
woh, bestnye orang itu!
bestnye holiday awal tahun!
jeles jeles jeles!!
huhahahah!
bawak la aku pulak pi telen nadh....
nak jugakkk...
oit..bangkok ok ke..takde huru hara ek..
aku teringin btol nk pergi pasar terapung tuh..nmpak cam best jek. dh lame usha kat dlm tv..hehehehe..
jgn lupa tambang teksi kat sana harga dia lain2.
kalau teksi hijau kuning, stat dengan rm4.00.
kalau yang kaler merah pink dan selain dr hijau kuning rm3.50.
cik ely : aku pun dibawa orang ke telen. next2 taim kita pergi ya cik ely.
makcik lily : Baca la doa sebelum pergi, semestinya kan. ok je bangkok, ko jangan taim huru hara tu la nak pergi, tengok suasana la. Sama je macam Malaysia, ada masa sangat nak hiruk pikuk dengan tunjuk perasaan segala.
cik aida : ye ketua rombongan tq atas info tu. Amat terpesona aku hari-hari naik teksi Toyota ke sana sini.
woii mizz n.. hampes la ko.. nak mintak izin tapi ko dah tulih nama aku cam gitu!huk huk .. dah la letak gambar aku lari lari.. ko tak nampak ker lemak lemak aku dok jiggle jiggle jingle bell??
ala saiz mikroskopik aje. Nanti aku tarik keluar ahhahaha.
Post a Comment