Aku baca blog obefiend dan tak sangka dalam dunia blog pun ada juga sang blogger yang plagiat posting orang (tengok yang bertarikh 13 November - So Some Fu***er Stole My Blog Content ). Bodo giler. Macam assignment pulak nak plagiat-plagiat ni. Aku kata bodo sebab walau se-tak best mana dan merapu pun seseorang tu memblog dia patut hasilkan posting dia sendiri. Kalau nak gak curi pun quote la dan bagi kredit. Ni la individu yang tak belajar sopan santun kat sekolah dulu. Blog aku pun tak best mana, ye la makcik banyak angkat bakul sendiri guna pam hidraulik. Tapi aku maintain mereka-cipta posting sendiri. Aku cuba jadi original!
PS : PEMBERITAHUAN (26.2.09)
Sebenarnya aku mahu bercerita tentang obefiend yang postingnya diplagiat oleh blogger lain. Posting aku belum pernah kena plagiat pun. Saje nak kongsi pasal bentuk penipuan seperti ini. Mahap atas apa-apa salah faham di sini.
Boleh baca posting obefiend di sini!
LINK KE OBEFIEND
LINK KE OBEFIEND
6 comments:
Buat tukang plagiat. Jangan terkejut jika anak kamu nanti menjadi peniru di sekolah.
Pakcik simpati dengan kamu
pakcik, bukan diriku yang diplagiat sebenarnya, encik obefiend yang diplagiat. Saya tak letak link yang jelas di sini nampaknya.
mmmm condolance... ahahaha
sadis. Takde ke orng nak plagiat akunyer blog? bukukan pun ok gak. Pastu aku saman dia, dapat duit juta2.bestnyer........
kejadian ni dah lama dah beb... so kalau ko takde keje ko ambik le barang satu dua ayat dari posting ko yang popular dan googl kan. kalau keluar kat blog lain, maka ko boleh pi bambu.
aku pun belum kena lagi, alhamduillah (posting aku buhsan gamaknya hehe)
almaklumlah aku kan late blogger, manalah sangka benda2 cam ni ada jadi. like so bodo, personal tots pun nak curi. Kalau dapat promo pun ok gak.
ny : kalau ada orang lanunkan posting pasal bos ko pasti meletop bos itu.
Post a Comment