Sebelum aku duduk menyewa kat KL aku duk bandar bersebelahannya dan pergi kerja + balik kerja naik komuter. Aku hanya berpindah ke KL setelah 9 bulan menempel di arteeaim tu. Masa nak pindah tu liat gila tapi kerana memang dah tiba masa la aku duduk rumah area KL plus officemate aku ketika itu nak cari rakan serumah baru maka ibarat buku bertemu ruas, BERHIJRAHLAH! Tak terlarat seyhhh nak duduk secara bujang yang jauh, stress nak menunggu komuter dan pula bersesak dengan penumpang lain. Faktor-faktor ini kadang kala mematikan mood aku nak ke pejabat.
Sejak detik itu aku bersama officemate aku dan satu lagi rakan lain mulalah menyewa satu apartment lebih kurang 15 minit jauhnya daripada pejabat. Duduk rumah dengan adanya kuasa membeli belah hasil dapat gaji tiap bulan ialah surga dunia bilik sendiri! Best!
Sewa rumah aku rm7++ bahagi tiga orang maka sorang bayar dalam rm2++ la.
Ok itu back storynye. Ceritanya yang nak diemokan berbunyi begini. Selalunya kalau pergi kursus benda yang menjadi topik di kalangan orang yang tak berapa kenal ialah rumah sewa. Budak2 bujang suka nak tanya aku sewa di mana dan berapa regenya. Apabila mereka tahu aku sewa sebilik rm2++ dan jauh sikit daripada office terus aje tanya kenapa tak duduk dekat2 area office aje?
"Dekat kan senang! Rugi la bayar mahal2!" Komen mereka.
Ada sorang nie siap kata, "kenapa tak sewa kat PH sana? Sewa la dalam 6/7 orang dapat murah. Rumah pun boleh tahan saiz."
Akibat tersentuh dengan nada bertanya die itu aku kerekly jawab, "rumah saya tu lagi besar daripada pantai Hillpark dan jauh lebih murah sewa rumahnya (rumah area PH tu dlm rm800 ke atas). Lagipun tak rela nak duduk rumah beramai-ramai, dah puas masa zaman sekolah dulu."
Aku kena la jawab kerek kan sebab nak bagi mulut die diam, nanti takde la soalan follow up banyak2. Tak reti nak menangkis lagi kalau dah soalan tu lebih2 quota. Kalau aku kenal rapat takpe la boleh layan poyopoyo tapi ini complete strangers. Malahan orang yang bertanya aku tu duduk area jauh juga tapi duduk dengan ibu bapa die. Lain konsep? Jimat?
To each his own.
Kenapa bila orang bujang duduk jauh-jauh daripada office dikatakan membazir? Adakah orang bujang perlu berpusatkan pejabat aje hidupnya jadi duduk dekat2, manakala orang berkeluarga pula tak ape tinggal jauh kerana mengikut environment yang sesuai untuk family? Adakah, adakah, adakah, adakah?
Sekali lagi to each his own.
Anda penyewa rumah style apa?
Masa belajar dulu aku sewa rumah main hentam je dengan sesiapa. Malahan aku pernah tiga kali duduk rumah sewa bersama orang yang langsung aku tak kenal dan setiap kali itu aku tak suka. Lagi ramai lagi banyak ragamnya. Banyak sangat tepi kain yang boleh diganggu dan tuan empunya kain yang suka mengganggu. Lagi lemah bila ada subspesis yang suka buat spekulasi pasal housemate lain di belakang, pabila orang tu ada tak nak plak ko tanya masa tu!
Dua kali pula aku sewa dengan kawan aku masa belajar. Masa nie heaven gila la sebab boleh gi uptown damansara la pulak makan roti canai, balik daripada edit kerja rumah pukul 1 pagi dan juge menjadi mangsa kepada perempuan2 yang nak dating malam tapi duduk hostel - maka pulang itu menumpang la kawan yang berumah sewa. Heihh miss those days. So heaven.
Pekebenda yang aku merapu pagi2 nie, nak blogging tapi ngantuk nie. Silalah melayan saya!
Mini-ManCat Monday
6 hours ago
8 comments:
cik mizzy, saya pun mengalami benda yang sama.
bila saya bagitau saya duduk lebih sejam setengah dari rumah (tempoh ambil public transport) ramai gila orang skeptikal:
1. tak percaya
2. kagum
3 mesti disusuli dengan ayat suruh pindah sewa tempat dekat, jimat blablabla.
whatever.
owhhh babe seriously heaven duduk sewa luar ngn kawan2...gilesss..balik lambat lepak kuar ngn bf skrg hubby yea, eheh...buat sesukati perghhh...tapi xdela lebey2 pasal pe tau...kat situ rukun tetangga babe pakcik2 makcik2 menjaga kebajikan anak-anak muda esp perempuan...which aku tak berpa suka tapiii bagus sbnrnya....tapi xdelah diorang busy body sgt pun....aku ni plak manggatal rumah kt kg,jawa klang sewa umah kt shah alam padahal selalu aku naik motor je dari umah ke fac dalam 15-20min...aiseehhh mish those daysssss....and nasib housema8 sume satu fac and satu course....besshhhh
selepas duduk hostel bertahun2 ms zaman sekolah + setahun ms zaman u, berebut toilet, toilet busuk (kt uni dulu. yg tersumbat, yg ada stalagtit stalagmit lg banyak dr yg boleh pakai. kongsi plak dgn berpuluh2 orang), aku memang tak sanggup menghadapinya sekali lagi. biarlah bayar mahal sikit asalkan selesa.
btol kate acik tuh.. biar bayo mahal sikit asal selesa.. life mase study xleh la nk samekan ngan life dah keje nih.. pressure die lain.. nadhrah, aku setuju ngan ko!
rumah itu syurgaku. kalau kita hepi sewa rumah tu, mahal macam mana, jauh macam mana pon kita akan tetap bayar dan gembira.
me sorang penyewa yg sgt cuak kalau bhgian tmpat bercengkerama ramai-ramai semak dan kotor...me nak naik hingin je rasanya. me tak kisah kalau u all nak sepahkan dalam bilik u all....
me jugak benci dgn orang yg malas nak cuci pinggang mangkuk sndiri...me nak rage bagai nak maut nie.
mie jugak tak suka housemate yg harta kita buat harta dia...marah nie.
aih..
jadi ruangan komen housemate plak.. haha..
aku takleh komen.. aku duduk dengan parents, biarpun umah di wangsa maju, tempat kerja di PJ, parents aku tetap tak bagi pindah keluar..
fuel consumption = house rent = lebih kurang jer..
haih..
azyze,tula whatever.
(tapi dalam hati, kepala hotak ko nak nasihat2 aku)
fauzus, wow! rumah dekat pun duk rumah sewa juga, seronok kan.
achique, stalagmait dan tait drpd zaman bila tu? agaknye ye. :P
ninie, aku stju kembali.
pakcik, gimme 5!
outOFmyMIND, :)
haih
Post a Comment