Alhamdulillah aku dah selamat pergi dan pulang daripada negara seberang. Oleh sebab bawa mak bapak aku juga makanya jadi sangat bersyukur apabila dah balik negara tumpah darah ku ini.
Pes skali aku nak ucap,
Timaseh pada tour guide agak rasmi bernama OOMM yang dah sangap pergi Tangkuban Perahu buat kali kedua, dan jua gigih melawat banyak FOS di bandung sebab nak cari the perfek beg dan barang2 dekor badan lain (oh baju putih yang comel - satu RM18 ke RM 36 aje siut).
Sama-sama kerna sudi meneman kami sekeluarga, TERIMA KASIH!
Hohoho ngantuk seh. Zzzzzzzzz.
Tapi nak rage kejap la.
Adeke tadi masa kat KL Sentral nak charter teksi, ada minah di sebalik kaunter bayaran/bagi kupon tu tersangatlah kerek. Kami ni manusia jarang naik teksi charter, dulu masa naik 4 bulan lalu kami bagi nama apartmen kami tapi mereka tak tau ia di mana. Jadi si penjaga kaunter ketika itu bagi kami nama lokasi sopping center terdekat ajela sebagai destinasi. Kami naik teksi dan rilek.
Tapi masa dalam perjalanan si drebar teksi tanya lokasi sebagai kepastian dan kami sebut nama rumah nan syurga ini. Tetiba rupanya salah destinasi sebab dalam kupon kata destinasinya ialah sopping center itu, jadi si drebar dah marah2 kata kami kena bayar lebih la mcm nie. Kami bengong sebab dah salah komunikasi dengan si penjaga kaunter plak tadi, dan sekarang ditambah pula amarah si drebar ni.
Jadi kami bersuaralah "Takpela pakcik kami berenti aje kat sopping center tu."
Ceitss tetiba pakcik tu mesra lak dan kata "Takpe saya hantar awak ke ke rumah terus" dan lepas tu potpet pasal lokasi ni apenama "Sebut je la nama apartment awak nanti lain kali kalau nak charter tu tau!"
"Hait pakcik!"
Nak dijadikan cerita tadi kami sebutla nama apartment kami pada minah kaunter tu, tapi dia pulak tanya balik "Batu berapa?" Kami dua kerat ni dah keliru dan kata pada pompuan tu"Lorr kata aritu sebut je nama apartment kan?" Si perempuan tu kata "Taman XXX ke? Batu berapa tu?" Kami kate la aritu orang teksi tu beritau sebut nama Apartment pun ok je, tapi pompuan ni nak gak tau Batu berapa? Kami tanya dia "Kami tak pastila. Awak tak tau ke?" Pompuan belakang kaunter yang kini dijoin sekaki oleh mamat sebelah dia boleh kata "Kami tak tau apartment awak tu kat batu berapa, kalau drebar teksi tau pergi la tanya drebar teksi" Dengan nada mcm orang kata "Tau takpe!" yang sangat annoying rasa nak pelempang je di situ dan ketika itu jua.
Jadi aku pergi le tanya drebar teksi kat luar tu dan sorang pakcik ni jawab la "Selalu sebut nama apartment aje pun, tapi saya x pasti batu berapa. Hmmm... rasa mcm Batu 113!"
Dengan jawapan itu aku beritau si oomm dan mengomel kerana kekeliruan dan seterusnya mara kembali ke kaunter. Kat kaunter si kawan aku neh kate la "Batu 113 ye." Tetiba perempuan di sebalik kaunter kata "Dah agak dah, betul la Batu 113."
Dan aku dengan SENTAPnye kata "Tak payahlah buat statement mcm tu."
Perempuan belakang kaunter kata "Betullah!"
Bengong betul. Aku sentap coz dahlah cakap dengan aku n kawan aku mcm kami budak bongok tak reti pape, tau nak kerek aje belakang kaunter. Tadi kata tak tau, nie tetiba buat statement dah agak dah kat sana. Kenapa ko tak agak2 masa aku tanya kali pertama tadi?
=======================================================
Cis
Ropa-ropanya masa aku pergi tanya drebar teksi tu minah tu dah tanya dengan orang teksi di situ di mana Apartment ku itu. Mungkin kerna itu dia baru tau itu Batu 113. "Ooooo," kate dia "betullah batu 113". Tapi silap la ko buat statement klise rasa mcm nak lempang "Dah agak dah, betul la Batu 113 itu.
Mana aku tak marah, tadi ko kata ko tak tahu, lepas tu suruh aku tanya teksi, lepas tu bila aku datang ko buat statement "Dah agak dah". Hoh! Beritau la kami yang ko baru tau itu Batu 113 minah kerek! Meletops marahs niessss!
Nasib baik kawan aku pun rupanya ada rasa mcm nak lempang minah di kaunter itu ketika statement di atas dalam tulisan merah diutarakan, kalu tak aku rasa mcm songel aku terlebeh2 plak.
Takperr rage sekali sekala, charter teksi pun 3 bulan sekali haha. Mana dia nak ingat muka aku ini kan? Ingat ke?
Mini-ManCat Monday
7 hours ago
3 comments:
rage ko bukan rage sembarangan pasal sebagai orang yang keje kaunter, dia patut lebih sopan, lebih prihatn dan lebih helpful.
Kengkadang macam nak je kata
"Bukan salah aku ngko malas belajar pastu result hampeh lalu terpaksa kerja kat tempat yang memerlukan ko bersopan santun dan berbudi bahasa 12 jam sehari."
wahaaa azyze!!!
setuju sangat dengan ko!
aku slalu buat statemnt tu ely...kalau dah tau xnak keja kat kauter tuh..napa dulu xnak skolah pandai2...kalau tak dah lama ko jadi dokter, lawyer, majistret. nie tak....tau nak hamun orng je. nasib ko la kan....
tapi tu lah...sian pulak...hehhehe.
tapi yg paling kelakar...dia boleh suruh call orng kat aparment tu. aku pun dengan hanginnya cakap la...itu rumah saya la. nak call sapanya. stupid. ass betul.
-ida-
Post a Comment