Pages

SHRH

SELAMAT HARI RAYA HAJI DUDE AND DUDETTES!!!

Aku tengah melepak di pagi raya nie, sebelum mandi nak berblogging dulu. Sebenarnya hasrat hati nak shut down laptop nie sebab selalu hibernate aje tapi dah nampak ikon blogger terus aje nak berkarya. Ceihh, dah bunyi mcm journal hidup plak.

Ok darlings yang tengah beraya nak makan nanti apa hari ini? Selamat masak dan selamat makan. Aku belum keluar bilik lagi ni, tapi dah dengan tuala nak gi mandi. Hari Raya Haji ni aku buat program homestay kat rumah orang di Baling, Kedah ini. Konon nak merasai experience dengan orang cheheheh, sangatlah. Oleh sebab Mak aku dah datang KL awal bulan hari tu nak pergi Bandung jadi aku fikir tak de la ralat sangat tak balik raya tahun ni. Lagipun bulan depan aku balik lagi jadi excuse la konon.

Kenangan Hari Raya Haji dulu-dulu masa kat JB, aku selalu pergi rumah atuk dan nenek aku. Tapi sekarang semua dah tak ada kerana dah menemui Illahi kembali jadi aku selalu duk diam2 kat rumah pada raya haji. Kini kalau tak melepak di rumah aku pergi la melawat makcik dan pakcik yang terdekat. Tahun nie ayah su kepada bapak aku dan isterinya juga dapat pergi haji. Alhamdulillah sebab mereka pun baru sahaja bersara daripada bekerja baru-baru ini dan persaraan itu dimulakan dengan sesuatu yang istimewa.

Raya Haji ini juga membangkitkan kenangan sayu sebab Tok yang merupakan bapa kpd mak aku meninggal di Makkah. Ada la dalam tiga tahun kot dia meninggal di sana dan tak lama lepas tu nenek tiri aku pulak di Malaysia.

Aku sedih la juga walaupun perhubungan aku dengan Tok itu tidak rapat kerana tidak dapat menziarahi dia kali terakhir. Jenazahnya dikebumikan di Kota Makkah dan aku dengar best gile kalau dapat mati sana. Dia meninggal di Makkah semasa sedang beribadah dan bekerja, bak kata mak aku Atuk aku kerjanye 'membawa orang pergi Mekah'. Boleh kata tiap-tiap tahun dia pergi sana kalau ada keperluan. Selalunya bila balik dia akan bawak berguni-guni barangan daripada sana untuk dibahagi kepada anak-anak dan cucu-cucu di sini. Aku pernah dapat rantai manik, cincin perak (yang longgar jadi masa aku lambai sedara aku daripada balkoni rumah flat lama ia terjatuh pula) dan kain untuk baju kurung.

Selalunya masa itu mak akan bawa aku berjumpa dia selepas dia pulang ke Malaysia. Dia ada office dalam rumah jadi sementara tu kami duduk la luar menunggu dia. Bila dia keluar aku salam la dia. Lepas tu dia borak la dengan mak aku dan tanya apa khabar family aku. Selalunya mak aku akan khabar la juga tentang perkembangan akademik kami, dah tingkatan berapa, nak periksa besar apa.

Kemudian arwah Tok aku akan bagi nasihat pada aku "Belajar rajin-rajin, Berusaha, Tolong mak la dan lain-lain lagi." Time aku kecik dia akan bagi juga duit raya sorang RM10 tapi bila dah besar mesti la kurangkan. Sampai sekarang aku rasa komunikasi aku dengan dia itu je bentuknya. Maklumlah aku nie dahla pendiam lepas tu jarang pula jumpa datuk aku manalah nak berborak lebih-lebih sikit. Nak poser jadi peramah pun segan.

Hah, itula memori Raya Haji aku. Korang pula?

Okla nak gi mandi. Selamat Hari Raya!

5 comments:

nooreen.rahman said...

slamat hr raya nadh! ;)

DrSam said...

Salam Aidul Adha (dan selamat mandi :)

Naddy said...

Selamat Hari Raya to u too nooreen.

dr, sam - salam idul adha & selamat mandi.

ouT oF My MinD said...

raya di rumahku...apa takdak kampung ka....?
takdak la..dia kan orang bandaq

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

hELLO

hELLO
:D

Followers