Pages

Menjadi tua.

Semakin aku mendekati usia lewat 20an ini semakin aku rasa aku sangat matang. Nak jadi jahat pun kena brain storming 2 tiga jam. List kan manfaat jadi jahat, kalau agak2 tak berapa berat sangat akibatnya maka barulah aku akan laksanakan..

Tapi bila dah tua nie juga aku rasa macam aku tak kisah kalau aku kena bertanggungjawab dengan semua apa yang aku kata. Kalaulah orang yang aku termengumpat tu dengar maka kena ngaku bersalah ajelah. Kalau semasa kerja tak puas hati maka katakan saja. Tak efek punya gaji kerana nak jadi tulus ikhlas tu.

Semakin meningkat usia semakin ramai juga pekerja dan kawan-kawan baru yang muda belia. Kalau pergi kursus mana-mana mesti majoritinya berumur 26 ke bawah. Bila dorang tau je aku umur 28 boleh tanya, ehh tak nampak macam 28 pun? Apa rahsia? Mesti keje tak stress? Aku kata mana ada keje tak ade stress.

Lagi satu aku lupa nak tanya dorang balik, macam mana muka umur 28 tu?

Pewangi bentuk selipar, Selipar jamban wangi

Selipar jamban ini wangi. Ada jual kat pasar2 malam dengan harga RM2. Aku tak paham kena dalam banyak2 bentuk, bentuk selipar jamban juga dia pilih.


Selipar jamban wangi.
Hahaha.

Menembak : Norly dan keluarga

Semalam berjaya juga aku buat date dengan pemenang freebies ini. Masa itu juga kawan aku pree jadi pergi sekali la. Kami buat photo shoot kat taman sebelah muzium seni islam shah alam. Aku tak pasti pename taman tu tapi yg depan masjid biru tu. Cantekk gile shoot sebab memang tak de orang kat sana.

Kami sampai 20 minit terlepas pukul 10 pagi. Masa sampai tu nampak family nie tengah rilek amek feel. Maafkan kami Norly, banyak sangat iklan sebelum tiba. Selepas memperkenalkan diri kami pun terus keluarkan senjata masing-masing dan mula menembak.


Itu oomm in observation mode.






Norly nie ibu kepada Zara yang umurnye 2 tahun lebih. Sporting sangat-sangat dan pandai berposing. Aku dan kawan aku sibuk suruh dia jadi model majalah sebab dia fotogenik.




Masa nie Zara tengah main cak-cak dengan mak dia. Dalam menembak gambar kanak-kanak nie memang kena kerjasama ibu yang hebat sebab budak2 akan rimas bila ada orang x kenal sibuk kacau dorang dengan kamera. Mula-mula tu dia siap marah outtamymind sebab duk amek pic dia, tapi lepas sejam dia dah tak heran dah.




Pasangan kekasih nie sweet gile. Korang memang best. Aku ingat nak shoot dorang rapatkan muka dan flare matahari dicelah tu tapi tak de masa nak ejas pulak dan lagi pula tengah hari matahari tegak di atas kepala jadi ini je jadinye.


Tiga gambar seterusnya dirakamkan oleh OOMM.
Budak nie mcm anak patung.



Mummy and daughter


Satu faveret pic kami.

OOMM nie aku tgk geti amek feel suasana. Aku bila amek pic kadang berfikir secara teknikal dan selalunya bila dah lama sikit baru aku amek feel. Orang berjiwa halus kah?


Okeh, dah sejam amek pic pergi lepak-lepak.

Nie tengah preview pic nie.


MizzyN : I want a D90 darling.
Rara : Okeh, bulan 5 I bagi k.
Haha, monolog sorang diri.



Satu mood rileks daripada Norly dan keluarga.



Aku dan mereka yang sporting. Thanks Norly.
Ini yang semangat nak pergi buat photo shoot suka2 lain kali nie.

Tanggal bulan 1 hari tu aku sambut besday kawan aku sambil bekerja. Bulan Januari memang indah la sebab awal tahun baru dan juga masa tu la umur meningkat. Seperti biasa sebulan sekali aku makan Pizza H. Sebenarnya sejak kakak aku mula bekerja dengan Pizza H 10 tahun lalu aku mula ketagih pizza h jadi tiap bulan aku akan makan Pizza H. Tapi ada masa sampai 2, 3 kali sebulan. Sampai dah boleh agak dah menu apa ada kat restoran itu. Jadi besday kawan aku sambut juga la di pizza h dengan pembiayaan oleh aku.

Masa nie kawan aku merasmikan wide lens dia yang maha mahal itu.


Dulu juga aku pernah kerja Pizza H 3 bulan sebagai part timer. Nama aje part timer tapi kerja sampai 8 jam sehari. Ada satu masa tu aku kerja 6 hari seminggu sebab tak cukup pekerja. Masa tu aku cuma pelayan dan tak pernah jaga pun mesin wang dia. Bagus juga sebab kadang2 keadaan jadi kacau bila ada pelanggan tak bayar dan terus blah.

Masa aku kerja Pizza H ada beberapa perkara yang aku perasan berlaku. Selalunya kalau orang Malaysia dia suka makan pizza saiz regular kongsi dua orang atau seorang akan order personal. Tapi kalau orang putih atau pak arab dia akan order regular pizza untuk dia sorang. Kalau dia datang dua orang dia akan order large pizza terus. Kalau kapel datang nak makan mesti gilpren dia segan nak pilih pizza, kalau aku dah ada orang nak belanja kau belasah ajelah order. Pizza paling glamer semestinya Hawaiian Chicken.

Apabila menjadi pelayan di restoran benda paling best kalau pelanggan suka dengan cara kita layan dia tapi tak best kalau dia kerek nak mati dan terus hilang mood kita. Kalau dia agak-agak layanan kita best maka dia akan bagi tips tapi setakat 3 bulan bekerja tu aku dapat tips dalam RM20 aje pun dan semua daripada pelanggan bukan berasal daripada Malaysia. Bagi masyarakat Malaysia memang tak biasa kot bagi2 tips nie, lagi2 bila dah siap2 kena bayar caj perkhidmatan di bil makanan tu.

Satu benda yang aku suka kalau pergi kedai pizza nie ialah pelayan akan berikan kita potongan pizza pertama jika dia ada masa banyak nak menghiburkan pelanggan. Ada satu masa tu aku melayan satu keluarga berbangsa cina nie nak makan pizza. Oleh sebab tetamu tak ramai maka aku offer la nak potongkan kepingan pizza dia. Kalau dalam bahasa inggeris kita kata "May I serve you the first slice sir/madam?" Mamat cina ni kata ok so aku angkat la potongan pizza cheese tu tinggi-tinggi alam sampai dia putus dan baru letak atas pinggan pelanggan Tengok pizza tu berantai panjang dia punyalah suka sampai kata banyak ongg aaa. Agaknya serupa tradisi dorang yang angkat makanan tinggi-tinggi tu. aku google nie tapi tak jumpa lagi apa nama tradisi tu, siapa2 boleh tolong?

Kalau kita makan pizza suatu masa dahulu kita boleh minta dorang masakkan pizza aisktim kalau ada besday boy/girl kat situ. Tapi pada hari aku sambut besday kawan aku tu dah habis pula promonya jadi dia tukar dengan ais krim.

Minah nie punya la suka dapat ais krim sampai dia tak offer sikit pun kat aku, cheh.


Ketika ini kalau aku pergi ke Pizza H dengan tunang atau bespren aku mesti nak makan meatball ini. Dalam dia ada 6 ke 8 biji bebola daging banyak, tapi sebab sebelum makan meatball dah pelahap pizza jadi selalunya mesti kena bungkus dua biji bawak balik.


Aku rasa setakat nie aku tak bosan lagi boring makan pizza h sebab aku penggemar susah mati piza. Macam mana nak bosan sebab makan sebulan sekali aje setakat nie. Ada satu masa tu ketika aku masih berhabitat di Shah Alam dan pakwe aku balik kampung aku jadi bosan dan makan pizza dua hari sekali selama sebulan, Restoran kat SACC tu kan kosong jadi tak ade la mata pelik nak tengok aku makan sengsorang. Sambil makan sambil baca magazine atau paper.

Hari ini pizza h boleh dijumpai di mana-mana ceruk di Malaysia ini dan walaupun aku dah boleh order pizza h sambil tutup mata tapi aku akan kembali ke sini lagi dan lagi.

Nie adalah umur kawan aku tu, perasan muda uuu, masih 18 di jiwa katanya.

Tunang aku duk sebelah nie sambil tengok aku taip posting ini. Dia tanya "pizza h bayar kat awak ke tulis pasal ni?" Aku senyum aje sebab pizza h akan sentiasa jadi tempat melahap aku dulu, kini dan akan datang.

This week/ Minggu ini

Bespren aku ada kat sini minggu nie dan bakal hilang lagi bulan Mei karang. Sementara dia sibuk membakar sel kulit jadi telur pindang aku pula sibuk berplan nak kawin dalam masa terdekat ini. Hidup aku akan berubah kawan-kawan. Aku dah gatal nak kawin nie.

Aku suka la nak kawin tapi aku berdebar-debar juga. Yela, setelah 28 tahun hidup bujang akhirnya aku akan memulakan fasa kehidupan baharu bersama jejaka yang aku dah kenal setengah dozen tahun itu. Aku baru pergi kursus pra kawen minggu lepas jadi ada beberapa purnama lagi baru aku akan bertukar gaya hidup dan juga housemate.

Kepada bespren aku aku sayang sangat pada ko. Sayang gile punyalah sampai nak pergi outstation kalau dia sorang2 pun aku sanggup ambil cuti pergi temankan. Kadang-kadang aku bersuara pada tunang aku kenapa aku boleh cintakan dia dan sayangkan kawan aku. Kata Tunang aku kata x pelik la. Oh sebab tu juga aku nak kahwin dengan lelaki itu kerana dia memahami aku yang pelik2 ini.

Kepada my bespren yang satu lagi tu aku pun sayanggggg sangat kat kau. Minggu depan dating ek. Windu windu windu. Aku duk belek katalog kompeni kau tadi terfikir nak beli eye shadow pula.

Korang kena teka juga! Har har

Bestnya duduk arteeaim sebab sentiasa dapat cuci mata tgk seleb. Lagi2 kan bila ada event besar mcm Besday die yg ke 64 aritu maka banyak la lagi artis yang ada.

Okeh, so aku nak test korang dengan tanya, korang kenal sape seleb nie semua? Siapa peneka pertama yang tepat akan dapat hadiah misteri sebagai motivasi. Tarikh tutup bila dah ada yang agak2 berjaya meneka maka berakhirla. Semua boleh masuk kecuali ida yunus sebab dia sekarang tokey seleb jadi jangan sibuk meneka ye.


Okey mulakan.

Seleb 1
Mengetengahkan muzik k-pop.


Seleb 2
Jika ikut nama mcm ada dua aje tapi ramai sebenarnya.


Seleb 3
Aku mula2 tak tau dorang glamer juge tapi ada yang dapat mengecam mereka di sini.


Seleb 4
Ni kalau tak tau nasiblah haha.


Seleb 5
Suara vokalis dia lemak merdu, untung sape dapat jadi gf boleh dodoikan tiap2 malam.


Masa aku tengah rilek daripada shoot aktiviti kat karnival tu ... ehh maleh nak pakai topeng.

Vokalis tu tetiba enter frame kamera aku. Har har har.

Ok, selamat meneka.
Tata

Ujibakat Bintang Klasik 2010

17 APRIL 2010, 9 AM
plaza metro point kajang, selangor
dan
kompleks penyiaran pahang

17 APRIL 2010, 9 AM dan 18 APRIL 2010, 9 AM
Perkarangan Bangunan Persekutuan Keningau
dan
Eastern Plaza Tawau, Sabah

sila-sila, mari menyanyi.

FINAL AI MINNAL AHAD INI



AHAD
11 APRIL 2010
8.30 MALAM
DI TV2
LIVE STREAMING
WWW.RTM.GOV.MY

taggd by wawa

salwa rakan mozac tag aku.

ARAHAN :
+BOLD the statements that ARE true to you.
+ITALICIZE the statements that you WISH were true.
+Leave the fibs alone.
For me, i'm deleting all the fibs.

•I love dancing.
•I'm studying Fashion.
•I have a business running.
•I buy CLEO every month.- so very true!!!
•My parents don’t know about my blog.
•My school mates know about my FB - 90 percent of them
•I wanted to be a fashion designer.
•I hate it when people cancel last minute meet ups.
•My parents have faith in me.
•I’ve bought shoes this month - later this month kot
•I hate meeting new people.
•I hate nail polish. - i like!
•The mother bear gives me hugs.
•High school was the worst time of my life. - secondary school was d bomb
•I have red hair.
•One Utama is my second home - yes, i play pool there most weekends
•I’m a guy. - sometimes, but having smoother skin and fine hair are better
•We’ll last :)
•I still have a best friend.
•I have a cat.
•I hate surprise parties - i like la tapi sape nak seprais aku?
•I hate planning parties - clueless tau
•I’m hot :P - aircon tarak
•I’m a sinner.
•I’ve got a DS light. - what the heck is a DS light?
•I have a Wii.
•I cant live without music.
•Video games are a waste of time. - hey it latihs the eye-hand coordination
•I love being in love.
•I know how to cook.
•Boys are assholes. - half truths
•I hate Math. - I LOVE MATH!
•I’m happy with what I have.
•My old friends keep in touch with me.
•I love Orange juice.
•I’ve got a new phone.
•I’m going to get a new pair of shoes by the end of this month.
•I love swimming - albeit childish splashings
•I haven’t worked out since March.
•I love my friends and family

don wan to tag, happy weekend

Opisku

Team office aku baru berpindah ke office kami yang sekarang ini bulan 12 lalu. Sebenarnya perpindahan kami ini sebab orang dalam offis baru nie kena pindah naik tingkat atas. Tapi, ada satu row meja dan manusia yang masih kekal di sini. Aku tak tau kenapa mereka duk sini lagi sebab katanya ruang kat atas tu ada lagi untuk diisi. Mungkin sini khusyuk cari idea kot, dah takde orang jadi lebih tenang agaknya.

Pada suatu petang sedang kami lepak2 dalam office dorang duk borak2 pasal keje-keje part time dorang. Topik yang aku tertarik nak dengar pasal amek pic dan video kawin. Sorang nie kata la

"Zaman sekarang nie paling relevan ambil gambar la. Pada aku kalau kita ambil video orang kawin tak ada maknanya dah sekarang sebab medium untuk merekod gambar sentiasa berubah. Kalau dulu orang guna tape dan lepas tu bergerak ke arah DVD dan sekarang guna soft copy. Medium merekod video sentiasa berubah dan ini payah kerana kita kena sentiasa tukar format. Makanya, ambil gambar la cara merakamkan suasan kahwin yang paling sesuai dan tak lapuk dek hujan dan senang."

Haha tergelak aku dengar.

BTW ayat dia tak la skema macam tu la...

New baju for my blog

i need new baju. nak cari tailor. kena pikir kain kaler apa nak pakai. manik apa nak bubuh.
nak bling ke nak subdued. nak terang alam ke nak warna lembut.

A working mother

A working mother is a multi tasker. She wakes early, feeds her children, hands them to carers and off to work. After 9 hours (if you are a gomen servant) she returns home and wade through traffic to get back to her children. If she is late she will have to pay over time fees to the day care center.

Now are the days where it's a norm to be a working mother. A dual income home can afford to own a lot of things that makes life more comfortable like a second car, mortgage and vacations every now and then. I was brought up to believe that a woman can do whatever she wants to do with her own life as long as her loved ones are okay with it. But what do you do when work demands more of your time and commitment.

It looked like a tough thing to be a working mother especially when one needs to work overtime for special projects or sent to courses out of the state. One person I know avoided such things because she said no one will be there to manage her children. One friend in facebook who got sent to an important course hoped that she wouldn't have to go as her daughter still breastfeeds. To me that is a legitimate reason to skip the course as she can always attend them at a later time.

A senior at work said that some people just had to leave their children behind most of times because as a working woman she has made a commitment to the organisation she serves. In fact the bigger a woman's role in the work place the more she spends time at work and less with her children.

A co worker who has 6 children told me that nobody asked her how her children are doing when she is busy shooting on certain weekends. She said never use children as a hurdle to work. If you want to work some sacrifices are needed. And I say, or else find another job which does not require extra hours from you. Some times the singletons are there to bear the responsibility but most times you need to shoulder the work too.

ps : Recently on a friday i had a late lunch at 4pm and a coworker commented.
Why are you eating so late?
i said I only felt hungry now.
Don't do the same thing when you are married. Your husband will be very angry when you serve lunch so late like this.
I was like This is me feeding myself in the office, when I get married I wouldn't be so stupid as to let my husband go hungry and eat according to my own sweet schedule.

Hari RTM

Veteran RTM



Battle of d Band

DJ Corner

Gerak Khas

Gerak Khas Demo

esok

esok hari terbuka rtm untuk semua orang. kalau free datanglah ye.

Me, my boss and my other co workers will be promoting the website along with RTM's role as the FIFA Licenced Broadcasting (live).


We also have live streaming on the web. So visitla www.rtm.gov.my.

Last time they had auditions on a green screen. Last night doing recce they said that they were going to do virtual karaoke on saturday and sunday. So the participants will sing on a green screen and appear on a computer generated graphic much like this.

Yours truly will surely be there.
But I won't be karaokeing though.


I will be there the whole day. See u there!

RESULTS ARE IN!

Selamat Hari RTM


Hello hello. Dalam kebizian aku sempat juga cari pemenang untuk freebies ini. Bagi menjadikan results tak bias aku undi guna random dot org. Mereka yang menang ialah... Mereka? Sebab pemenangnya ada dua kerana memiliki jumpah vote yang sama. (28 kali aku tekan butang random tu tau). Jadi sorang bulan 4 dan sorang bulan 5 ok. Lagi 1 bila lagi nak try test skill kat orang kan.

norly saliana @ mamazahra yang minat bergambar dan memang terrer bergaya tuk photoshoot tapi dia selalu pakai kamera henpon aje jadi dia kata dia perlu dapat peluang ini untuk bergambar dengan sakannya. Malahan dia pun ada tolong promo freebie ini di sini.

dan

Ummi Dania Yasmine kata dia nak peluang untuk bergambar kerana bajet dia tak membenarkan dia upah kameraman untuk photoshoot jadi peluang photoshoot free ini memang dia alu-alukan sangat la.

OK. Please email ke mznadhrah@yahoo.com ye untuk urusan selanjutnya.
Terima kasih kepada semua yang join sekaki.
Ok c u later.

hELLO

hELLO
:D

Followers