Pages

Kontroversi baju kurung

Beberapa bulan lalu apabila aku mula mengenali An@ R@falli yang memakai baju kurung mcm biasa aje aku rasa sbb baju kurung ialah pakaian wajib ke kuliah dan kerja masa kini. Masa tu pula baju kurung kain cotton kembali glamer sampai ada yang mengaitkan baju kurung dengan gerakan independent anak muda negara nie. Tak kisah indie lagu atau indie gaya hidup.

Bagi aku yang telah didisplinkan untuk memakai baju kurung setiap Isnin dan Jumaat di UiTM, memakai baju kurung bukanlah sesuatu yang gempar. Ia bukan fesyen nak saje mengada-ngada aje tau. Uniform sekolah dah semestinya baju kurung dan malam masa nak pergi prep (kelas persediaan buat kerja sekolah) pun pakai baju kurung juga. Masa tu siapa yang masuk ke asrama dan tak ada baju kurung akan menerima dermaan baju kurung daripada sedara mara yang ada banyak stok baju kurung lama. Bagi aku yang beribu kan seorang tukang jahit freelancer ini laju je mak aku cukupkan stok baju kurung aku untuk dipakai hari-hari.

Dalam blog mana tah dua tiga bulan lalu aku baca ada orang tuduh baju kurung cotton sebagai 'indie' la konon. Eh hello?? Ko tau tak baju kurung tu pakaian wajib pergi kelas. Lagi2 la kalau hari Isnin dan Jumaat macam kat UiTM tu. Kadang2 baju kurung menjadi penyelamat sebab tak payah fikir panjang nak pakai apa tapi kalau dah tiap2 minggu asyik pakai baju tu pengsan juga. Masa aku sekolah aku tergezut bila ada kawan aku sebut dia ada 20 helai baju kurung. Padahal aku hanya ada dalam 12 aje. Maka untuk elakkan pakai baju yang sama dekat2 hari aku akan pakai ikut urutan. Hahaha, iye ke? Selalunya aku pakai baju kurung ikut kaler mood hakikatnya.

Kain baju kurung memang murah sehingga RM8 pun ada lagi-lagi kalau kain itu ikut musim macam kain yoyo, kain ala saree dan kain-kain lain yang datang dan pergi. Masa mula2 jenis kain ini memasuki pasaran harganya mungkin RM50 empat meter dan kemudiannya akan keluar pula versi murah dan lama2 bila kain baru nak keluar, maka kain pesen lama ini akan dijual 3 plastik RM20.

Selalu bila kawan2 aku buat liputan Persidangan UMNO mesti nak membeli baju kurung RM10 sepasang. Bila beli mesti nak komen 'baju murah tapi upah jahit mahal'. Hahahha, dalam satu kedai kain aritu pun aku dengar benda yang sama. Mak dia kata pada anak dan suami dia "Kain memang murah tapi nak upah dia mahal". Bayangkan mak aku pun amek upah RM35 satu baju kat JB tu sementara kedai Cina amek upah sampai RM55 sepasang. Nak murah belajar jahit la tak pun beli baju siap RM30 nanti. Ade je yang cantik2 kalau pandai cari.

Baju kurung kalau cutting dan kain tak kena tempat boleh menjadi seksi. Lagi2 kain jenis chiffon yang jarang dan dipakai dengan singlet aje sekarang. Masa aku sekolah dulu singlet perempuan dipanggil 'simis' dan aku tak tahu apa nama sebenarnya sahaja. Biasala satu sekolah mesti ada slang-slang tersendirikan. Fuhhh kalau tak pakai simis lagi hebat pemandangannya.

Kadang-kadang bila lepak tengah-tengah bandar dan melihat keadaan sekeliling maka akan ternampak lah kaum wanita berbaju kurung pelbagai reka bentuk. Bila mereka mula bergerak maka akan nampak la liuk tubuh mereka dan masa nie baru la sedar baju kurung tu seksi. Serius ko boleh nampak boobs and butts sexeh. Aku memang mata keranjang sikit. Hehehe.

Apa pendapat anda tentang baju kurung?

6 comments:

azieazah said...

Benar, baju kurung penyelamat. Tetapi tetap berbangga kerana baju kurung baju tradisi, lambang budaya Melayu sejak berabad lamanya.

Baju kurung tetap manis dipakai wpun oleh nenek berusia 70-an... apalagi dipakai anak dara manis seawal usia 15 tahun...

Aina Rieqa said...

suke tgk org pakai bju kurung..
nmpk sweet je..
tp sy xsuke..
sbb xpandai nk jalan pkai kain..
huhuhuhuhu..
tp sy suke hr jumaat..
sbb pakai bju kurung..
huhuhu..
(kne pandai pilih baju yg sesuai...klu bertudung pastikan bju xjarang..klu x, nti org kate: pakai tudung tp nampak dalam baju..cmne??)

Azyze said...

Beb, simis tu perkataan slanga orang melayu (especially org selatan) untuk chemise. Singlet untuk lelaki, chemise untuk pompuan.

and yes, gua rasa baju kurung sungguh tak indie, its traditional. rasa nyampah pun ada bila benda macam baju krg and checkered shirts yang kita dah pakai dari zaman2 tok kadok dulu bebudak (dan Mak bapak bebudak) panggil indie.

urgh.

myz ramz said...

kain murah...antar jahit mahal...pastu pakai x sedap...hohoho...sangat lah membaranya perasaan ini...payah betul nak cari baju kurung yang sedap pakai...

Naddy said...

kak azah azie, baju kurung stail tradisiional juga yang saya suka.

cz aina, betul tu. saya nie baru nak belajar jenis2 baju kurung yang proper. Yo la dah bertudung kena hati2 juga dlam pemakaian. kalau dulu boleh belasah tapi dah makin dewasa nie kena proper la kan.

azyze, yang kotak2 ala tahun pra merdeka itu ke? ahahaha. klasik indie.

januskiez, aponie?

myz ramz, ye stuju2. kalau kain mahal dan upah mahal mahupun murah pun rasa marah. huhuhu.

akubisikdisini said...

aku suke baju kurung..cumenya leceh sbb nk kene iron...hehheh..
dan aku sgt tak setuju (ni br aku dgr sbnrnya) psl baju kurung cotton tu style budak indie..kejadah?
pendapat ko psl keseksian baju kurung tu ye..lagi2 bile angin tiup..lg ikutla segala lekuk yg ade..igt ms kat skolah, dahle skolah atas bukit..angin kuat..bile tibe2 angin kuat je..mule la gelabah, tarik2 baju ke depan, atau kalo angin dr blakang, btol2kan baju kt blah blakang..takut nmpk sgt yg bulat tu..huhuhuhuh

hELLO

hELLO
:D

Followers