Sebagai kanak-kanak bila waktu malam aku tengok apa yang mak dan abah aku tengok. Abah aku pula suka tengok cite orang puteh mcm MacGyver, Mission Impossible dan Remington Steel. Mak aku pula antara faveret dia drama, program wanita dan Majalah 3. Budak kecik kan suka nak mencontohi apa yang dilihatnya jadi drama memang banyak mempengaruhi aku, tapi nasib baik aku tak terpengaruh dengan wrestling.
1. Kalau mak bapak bercerai, anak mesti membesar dengan masalah.
Masa aku umur 18 dan kerja di pizza hut ada sorang minah ni sangat ceria dan suka senyum. Bila dah berminggu kerja macam tu aku tanya la dia asal mana semua kan, dia pun cerita la asal usul dia. Rupanya mak dan bapa dia bercerai dan nenek dia yang jaga. Tapi nenek dia pun bekerja jadi pengasuh yang jaga waktu siang. Aku agak tak sangka dia begitu latar belakang hidupnya, maklumlahkan bukan selalu kita tahu asal usul orang tu macam mana. Dia kata ok aje la, tak rasa apa sangatlah tak dijaga ibu bapa dia.
Drama kan suka gambarkan anak-anak hasil perceraian bermasalah dan sentiasa buat hal. Konon kalau dia buat hal sebab nak tarik perhatian bapa dan ibu dia. Dan ayah dan ibu kepada anak-anak ini selalu tak faham dan lagi marah la jadinya. Maka apabila anak rasa terabai dan dimarah pula maka lagilah bermasalah jadinya. Tetapi dalam realiti tak semua macam tu.
2. Mak tiri itu jahat.
Semua drama yang aku tengok mesti mak tiri jahat. Jarang la ada yang baik dan ikhlas nak jaga anak tiri dia. Sampai kawan-kawan sekolah rendah pun selalu kata mak tiri jahat.
3. Orang jahat mesti dapat ending puaka hebat.
Orang jahat dalam drama mesti ending dahsyat selalunya, kena langgar, kena bunu, kena kanser dan selalunya mati. Walhal dalam realiti ada yang meringkuk dalam penjara, atau terlepas tapi hidup gitu-gitu aje. Namun mungkin ada juga yang lepas taubat nasuha hidup bahagia sebab dah Tuhan janji kalau bertaubat maka akan ok hidup dia sebab sesal daripada dosa sebelum ini.
Hehehehe. Ini semua klise cerita melayu la ni, sesuatu yang dah selalu sangat diguna sampai orang menyampah dengannya. Kalau dapat drama macam ni aku cepat2 aje chow daripada depan tv sebab tutup mata pun dah boleh tau apa penghujungnya. Kecuali Cinta Kolesterol dulu, rupanya Erra Fasira gemok masih ada dan Erra Fazira kurus hanyalah pelanduk dua serupa. Serius aku terperanjat juga dengan ending yang tidak disangka-sangka itu.
Drama ialah sesuatu yang pendek tetapi menggambarkan perjalanan hidup dalam sesuatu tempoh masa. Drama selalu ada tempoh daripada seminggu ke bertahun-tahun. Ia juga selalu ada watak jahat gila dan watak baik waras. Penggunaan watak yang satu dimensi ni menjimatkan masa sebab tak ada lah nak tunjuk cara hidup dia. Bila kamera on dia jahat je memanjang, kalau bini dia tempeleng, anak dia lempang, jiran sebelah rumah dia tikam, musuh semua dia tembak je. Samalah macam kalau nak lawak guna orang kurus kering atau orang gemok gila. orang sengau, orang bantut atau orang yang cacat. Kejikan??? Memang keji.
Jarang nak ada drama sejam dan 30 minit meletakkan watak yang ada layer2 macam manusia sebenar. Manusia sebenar tak jahat daripada pelbagai segi, ada part baik dan ada part jahat. Tapi watak dalam drama kalau jahat memang kaw kaw lah dan kalau baik jadi bodoh pula.
Tadi aku duk korek the net untuk rujukan da terjumpa ini yang menyenaraikan benda2 klise dalam drama omputeh. Antaranya ialah
- pasangan bercinta mesti berlari2 sambil gurau di pantai, taman atau atas salji
- adik-beradik/sepupu/kawan baik mesti terminat pada gadis yang sama walaupun ada ramai lagi calon2 lain.
Dan juga ini - antaranya semua orang ada cancer.
ps: Sekarang ni aku rajin tengok Trilogi Cinta sebab bila bebudak ni preview untuk jaga kualiti siaran drama malam lepas aku join sekaki tengok sikit-sikit. Malam sabtu hari tu aku tengok menantu tip top, okla juga. Drama-drama ringan yang tak berapa klise ni yang menarik nak tengok. Kalau setakat cerita2 tipikal tak yah la. Tapi kalau buat filem jalan cerita tak tipikal ada ke yang laku di pawagam kan?
Mini-ManCat Monday
6 hours ago
2 comments:
Sekarang drama Melyu sungguh variety. Ada tu sampai tak tau lagi keasliannya, seolah macam kita dah tengok di drama lain (dlm bahasa lain la maknanya). Ciplak.
Apapun tetap ada drama-drama hebat yang wajar mendapat pujian. Bernasib baik jika dapat tengok drama sebegitu.
Sekarang ini, rasanya drama GEMILANG antara drama yang waja ditonton, dan juga wajar mendapat pujian.
uuuuu...siannya kwn u kan.
Post a Comment